Kafe Plan B ini ada beberapa cawangan di sekitar Malaysia, dan Ipoh merupakan salah satunya. Dari sini sahaja kita boleh tahu yang kafe ini bukan calang-calang kafe.

plan b ipoh

Imej via Foursquare

Seperti yang dilihat, Plan B ini kelihatan seperti kebanyakan kafe ‘hipster’ yang kini menjadi ‘trend’ terutamanya dalam kalangan remaja. Namun, ianya ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri.

Jadi, agak-agak apa yang membuatkan kafe Plan B di Ipoh ini begitu terkenal sekali? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Variasi Hidangan Berat Yang Enak & Mengenyangkan

Jika anda lihat menu untuk hidangan berat di kafe ini, pasti anda akan rambang mata. Mana tidaknya, menu di sini memang sangat berbagai dan kesemuanya enak-enak belaka!

Sekiranya anda datang ke kafe ini dengan perut kosong, jangan risau. Cuba sahaja hidangan berat mereka yang berkonsepkan makanan Barat. Kebanyakannya bersaiz besar, jadi kekenyangan pasti dijamin.

american spy plan b ipoh

Imej via Foursquare

grilled peri peri chicken @ plan b ipoh

Imej via Foursquare

Antara hidangan berat yang boleh anda cuba ialah American Spy, Grilled Peri-peri Chicken, Steak and Chips dan banyak lagi. Jika dikenakan bersama secawan kopi, pasti lebih menyelerakan!

Pencuci Mulut Yang Lazat & Sangat Berbagai

Sukakan pencuci mulut terutamanya pencuci mulut Barat? Memang rugi jika anda tidak cuba pencuci mulut yang berbagai  di Plan B Ipoh ini!

Hal ini kerana kafe ini ada menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek, tart dan brownie. Kek mereka merupakan antara pencuci mulut yang sangat digemari.

kek @ plan b ipoh

Imej via Foursquare

caramel banana cheesecake @ plan b ipoh

Imej via Foursquare

Antara kek yang wajib anda cuba ialah Classic Chocolate Cake, Lemon Meringue Cake, Salted Egg Cheesecake dan banyak lagi. Kesemuanya cukup manis namun tidak memuakkan. Baunya juga cukup memikat, memang bikin terliur!

Menu Sarapan Yang Mengenyangkan

Selain makanan berat dan pencuci mulut, menu sarapan di sini juga merupakan antara yang laku keras. Plan B ini dibuka seawal jam 10 pagi, jadi bolehlah anda singgah bersarapan di sini.

breakfast @ plan b ipoh

Imej via Foursquare

Antara menu sarapan yang menjadi kegemaran pelanggan ialah Big Breakfast dan Egg Benedict. Jika anda pesan kedua-duanya sekali, pasti berganda kekenyangan dan kelazatannya!

Banyak Lagi

Bukan makanan Barat sahaja yang disediakan, malah hidangan tempatan dan Asia juga turut disajikan! Jika anda masih teringin nasi, jangan risau, cuba sahaja menu-menu ini.

asian cuisine

Imej via Foursquare

Antaranya ialah Lebanese Chicken on Rice, Japanese Grilled Salmon Rice Bowl, Nasi Lemak Ayam Berempah dan banyak lagi. Pasti kena dengan citarasa anda!

Kesimpulan

Banyak juga makanan berat dan pencuci mulut yang boleh anda cuba sini. Kebanyakannya juga jarang didengari namun cukup digemari. Kami yakin anda juga akan turut jatuh hati!

Kami yakin anda pasti tak sabar-sabar mahu ke Plan B Ipoh jika berpeluang, bukan? Jika ya, singgah sahaja sebelum terlepas peluang. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi kafe, selamat menjamu selera!

Alamat: No. 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis bermula 10 pagi – 11 malam manakala Jumaat & Sabtu bermula 10 pagi – 12 tengah malam

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.