Pagi & Daisy

Imej via Twitter

Orang Kuantan! Anda tercari-cari restoran yang menyediakan sarapan dan makan tengahari yang sedap dan pelbagai? Restoran yang mempunyai dekorasi dan interior ala-ala Inggeris? Semasa rehat pada waktu tengahari, anda mesti buntu memikirkan tempat makan mana yang patut anda singgah, bukan? Isi perut anda dengan sarapan pelbagai jenis dan cuci mata anda dengan dekorasi restoran yang cantik dengan menyerbu restoran yang kami cadangkan ini.

Kafe Pagi & Daisy ini terletak di Jalan Besar, Kuantan dan mula beroperasi pada Disember 2017. Lokasinya agak strategik kerana ia terletak di tengah-tengah bandar di Kuantan. Saban hari, pelanggan tidak putus-putus menyerbu Pagi & Daisy, nasib baik restorannya agak besar untuk memuatkan ramai pelanggan. Mari kita lihat apa yang menarik di sini!

Bila sebut tentang ‘sarapan’, anda pasti teringat nasi lemak, roti yang disapu kaya dan kopi o’ panas sahaja, bukan? Anda akan teruja kalau anda singgah bersarapan di Pagi & Daisy! Mana tidaknya, sarapan yang disediakan di sini memang banyak variasinya! Dari masakan Melayu ke masakan Barat, kuih-kuih Melayu ke pencuci mulut dan banyak lagi, kami yakin anda pasti tidak akan jemu walaupun anda bersarapan di sini setiap hari!

Pagi & Daisy

Imej via Instagram

Menu Sarapan yang Lain Daripada Biasa

Antara menu sarapan Melayu yang disediakan di sini termasuklah Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Minyak. Yang seronoknya, nasi dan lauknya dihidangkan dalam kuantiti yang banyak. Harganya juga sangat berpatutan dan hiasan makannya tampak begitu menarik dan boleh bikin sesiapa sahaja kecur air liur. Kami berani jamin anda akan pulang dengan perut yang kenyang, hati pun senang!

Kuih @ Pagi & Daisy

Imej via Instagram

Pencuci Mulut @ Pagi & Daisy

Imej via Instagram

Kuih Tradisional Melayu dan Pencuci Mulut yang Berbagai

Siapa saja tak suka makan kuih-muih Melayu? Pagi & Daisy juga ada menyediakan kuih-muih tradisional Melayu yang mendapat hati di kalangan orang kita. Antaranya kuih cara berlauk, kuih cara manis, ketayap, karipap, seri muka dan banyak lagi! Semestinya kuih-muih Melayu asli yang enak sekali! Selain itu, di sini juga ada menyajikan pencuci mulut. Antaranya brownies, kek cawan yang beraneka topping dan pavlova. Boleh dikatakan, memang banyak juga kuih-muih tradisional Melayu dan pencuci mulut yang menarik di sini, kalau ambil sepinggan pun tak puas!

Teh Tarik @ Pagi & Daisy

Imej via Instagram

Teh Tarik Nona, Semestinya yang Teristimewa

Antara minuman paling istimewa di Pagi & Daisy ialah teh tarik! Umum sudah mengetahui tak kira bangsa atau kaum, teh tarik sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Di Pagi & Daisy, Teh Tarik Nona memang selalu mendapat pesanan yang banyak, sehinggakan Pagi & Daisy menyediakan sampai 200 gelas sehari untuk teh tarik sahaja! Apa yang istimewa tentang Teh Tarik Nona ini, ya? Menurut pelanggan-pelanggan Pagi & Daisy sendiri, Teh Tarik Nona ini rasanya sesedap teh tarik di kedai mamak! Berkrim, manis dan memang ‘kaw’, anda wajib cuba!

Pagi & Daisy

Imej via Instagram

Pagi & Daisy

Imej via Instagram

Terkenal dengan konsep dekor dan interior yang cantik ala ala restoran Inggeris, tidak hairanlah mengapa Pagi & Daisy begitu terkenal. Selain daripada dapat mengenakan sarapan pagi yang sedap dan mengenyangkan dengan penuh santai, anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan, pasti cantik dan menarik! Tunggu apa lagi? Jom terjah Pagi & Daisy di Kuantan!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.