Sebut sahaja tentang restoran ‘hipster’, anda pasti terbayangkan restoran yang mempunyai interior urban yang menghidangkan makanan yang agak mahal harganya, bukan?

Ada sesetengah antara pembaca di sini pasti sudah bosan dengan restoran ‘hipster’ yang namanya sahaja gah tapi makanannya biasa-biasa sahaja. Usah gundah, restoran ‘hipster’ yang bakal kami cadangkan ini bukan calang-calang restoran ‘hipster’ tau!

Nick's Gastro

Imej via Instagram

Restoran Nick’s Gastro ini beroperasi sejak November 2015 lagi. Walaupun ketika itu ianya baharu sahaja dibuka, sambutan yang terima cukup menggalakkan! Kafe yang berkonsepkan ‘hipster’ dan santai yang menghidangkan masakan Barat ini juga cukup dikenali sehingga sekarang. Mari kita lihat apa yang membuatkan Nick’s Gastro begitu menarik sekali!

Spicy Salmon Carbonara @ Nick's Gastro

Imej via Instagram

Spicy Salmon Carbonara, Berkrim dan Pedas

Kebanyakan menu di restoran Nick’s Gastro ini berasaskan makanan Barat, sesuailah dengan citarasa kebanyakan orang kita yang cukup menggemari makanan Barat.

Di Nick’s Gastro, antara hidangan yang paling digilai ialah Spicy Salmon Carbonara. Hidangan pasta ini yang menggunakan isi salmon yang segar memang cukup berkrim namun pada masa yang sama, pedas. Sepinggan memang tak cukup!

NZ Lamb Shoulder @ Nick's Gastro

Imej via Foursquare

NZ Lamb Shoulder, Lamb Shoulder Bukan Biasa-Biasa

Kebanyakan pembaca di sini pasti sudah terbiasa dengan Lamb Shoulder, namun pernahkah anda mencuba daging Lamb Shoulder New Zealand? Yang membezakannya dengan daging Lamb Shoulder yang biasa ialah ianya lebih segar.

Lamb Shoulder panggang yang dihidangkan bersama sos rosemary yang cukup beraroma, ubi kentang dan jagung bakar, menu yang berzaiz besar ini ternyata luas biasa sedapnya!

Chicken Parmigiana @ Nick's Gastro

Imej via Foursquare

Chicken Parmigiana, Bikin Pencinta Keju Jatuh Cinta

Pencinta keju, kami yakin menu ini pasti akan buat anda jatuh cinta! Chicken Parmigiana di Nick’s Gastro ini menyajikan dada ayam yang digoreng garing  dan di atasnya, dibanjiri dengan sos tomato dan keju.

Sos kejunya cukup pekat namun tidak terlalu memuakkan. Bagi sesiapa yang inginkan sedikit kepedasan buat hidangan ini, sos lada hitam juga boleh dipesan. Fuhh, memang bikin kecur air liur!

Big Nick @ Nick's Gastro

Imej via Foursquare

Big Nick, Himpunan Hidangan Istimewa dalam Satu Pinggan

Hidangan ini merupakan antara hidangan yang digilai ramai – Big Nick! Lihat sahaja hidangannya yang bersaiz besar, dilengkapi dengan berbagai menu ‘panas’ di Nick’s Gastro.

Ada tiga jenis spaghetti yang dihidangkan – spaghetti aglio olio, carbonara dan bolognese. Di tengahnya pula ada Lamb Chop dan Chicken Chop yang dipanggang garing. Dijamin enak dimakan bersama French Fries dan sos lada hitam!

Nick's Salmon @ Nick's Gastro

Imej via Instagram

Banyak Lagi

Keistimewaan utama Nick’s Gastro ialah bahan mentah di sini semuanya asli dan bukan yang jenis ‘segera’. Jadi, tidak hairanlah menu-menunya cukup segar.

Nick’s Salmon merupakan antara hidangan yang dikatakan cukup segar dan ‘juicy’ oleh pelanggannya sendiri. Dihidangkan bersama ikan salmon panggang yang diletakkan diatas kentang lenyek dan dilengkapi bersama sayuran panggang, cukup menyelerakan!

Hot Brownies with Ice Cream @ Nick's Gastro

Imej via Instagram

Untuk pencuci mulut pula, Hot Brownies With Ice Cream menjadi kegemaran ramai. Brownies yang kaya dengan coklat yang dihidangkan panas-panas bersama aiskrim vanilla, hidangan ini cukup manis dan menyegarkan tekak! Bagi yang mengidamkan aiskrim, kami cadangkan agar anda cuba Ice Cream with Chocolate Sauce, pasti anda akan berpuas hati!

Banyak betul menu yang menarik dan enak-enak di Nick’s Gastro ini, bukan? Kami sendiri turut terliur, inikan pula anda yang membacanya! Beroperasi setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 4 petang hingga 11 malam, bagi yang sudah mula berkeroncong perut itu, cepat-cepatlah terjah restoran Nick’s Gastro yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor ya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.