Nasi lemak di PJ kini menjadi tumpuan ramai di kalangan penggemar nasi lemak dan food hunter. Petaling Jaya atau PJ kini menjadi perhatian ramai untuk mendapatkan nasi lemak yang sedap.
Sudah menjadi signature menu bagi bandar ini, penggemar nasi lemak mempunyai banyak pilihan kedai untuk merasai menu kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Jika dahulu nasi lemak adalah menu terkenal untuk sarapan, namun kini anda boleh mendapatkannya tidak kira waktu siang atau malam.
Nasi lemak yang sedap bukan sahaja dinilai dari segi keenakan sambal malah turut dipengaruhi oleh kelembutan dan aroma nasinya tersendiri. Berikut merupakan cadangan nasi lemak di PJ yang dicadangkan oleh penggemar nasi lemak.
Nasi Lemak Burung Hantu mempunyai beberapa cawangan seperti di Hartamas, TTDI dan di Petaling Jaya. Dengar cerita, kedai nasi lemak terbesar di Petaling Jaya ini menjadi pilihan bukan saja penduduk setempat, malah ada yang sanggup datang dari jauh untuk merasai keenakan nasi lemak di sini.
Nasi lemak di sini menggunakan beras basmathi yang turut dikukus. Dihidangkan di atas daun pisang dan nasi yang masih panas, menambahkan lagi kelembutan dan aroma nasi yang wangi.
Pelbagai pilihan lauk ditawarkan dan lauk yang menjadi pilihan ramai semestinya sambal udang petai, sambal sotong, rendang daging dan tumis kangkung. Jika ada yang tidak makan nasi lemak, di sini juga ada Quackteow dan Local Burger.
Alamat: Nasi Lemak Burung Hantu, 2 Jalan 51A/225, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya
Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-2.00 am)
Nasi lemak di PJ yang paling viral semestinya Nasi Lemak Bumbung. Anda bernasib baik jika anda tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan nasi lemak di sini. Walaupun sentiasa dipenuhi ramai orang, namun pengunjung tidak perlu beratur dengan lama kerana servisnya teratur dan cepat.
Nasi lemak menjadi pilihan ramai adalah nasi lemak ayam. Ayam goreng yang diperap dengan rempah istimewa dan digoreng rangup. Nasinya pula wangi dan lembut. Ramai yang setuju sambalnya sedap, tidak terlalu manis dan ada rasa sedikit pedas.
Pengunjung boleh merasai nasi lemak dengan harga bawah RM 10 sahaja. Selain nasi lemak, mi goreng telur mata turut menjadi pilihan ramai. Pesan sekali pulut mangga yang dapat menyegarkan tekak anda.
Alamat: 6, Jalan 21/22b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm – 12.00 am)
Pasti ada yang tidak suka makan di tempat yang sesak tetapi masih ingin mendapatkan nasi lemak yang sedap. Serunai Nasi Lemak antara port nasi lemak yang selesa dan tidak terlalu padat dengan pengunjung. Bukan sahaja bersih, malah persekitaran restoran cantik dan nyaman.
Banyak pilihan lauk yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilihnya seperti udang sambal petai, ayam goreng berempah, ayam rendang dan ayam masak merah. Antara keunikan nasi lemak di sini adalah dihidangkan bersama bawang goreng.
Tiga menu sampingan yang istimewa perlu anda makan bersama nasi lemak adalah tempe goreng rangup, tumis bendi, kacang botol dan kacang panjang serta kangkung belacan. Tambah ketiga-tiga menu sampingan ini pasti lebih lazat. Banyak juga pilihan kuih dan pemanis mulut untuk anda sarapan.
Alamat: 43, Jalan SS23/15, Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (11.00 am-10.00 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am-10.00 pm)
Nasi Lemak Village Park juga terkenal dan berada di Petaling Jaya. Beroperasi lebih 20 tahun, rasanya masih sama dan sedap dari dulu hingga sekarang.
Nasi yang wangi, gebu dan lembut sesuai untuk dimakan untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Ayam goreng besar, rangup dan juicy! Kuantiti hidangan banyak dan pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan.
Seperti kedai nasi lemak yang lain, Village Park turut menawarkan aneka lauk termasuklah ayam rendang, ikan goreng, sambal kerang dan sebagainya. Nak makan bersama nasi putih pun boleh.
Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (6.30 pagi-5.30 pm)
Di Medan Selera 223 atau Gerai Selera Jaya 223, ada dua buah kedai nasi lemak di PJ yang sedap dan salah satunya adalah Nasi Lemak Gerai Yatie/ Pak Cu 916. Kedai nasi lemak ini lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Merah kerana banner kedai yang berwarna merah.
Buat penggemar nasi lemak dengan sambal yang pedas, anda boleh cuba nasi lemak di sini. Sambalnya pedas dan pekat. Nasi yang disediakan sangat lembut.
Alamat: Medan Selera 223,Jalan 51A/223, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Turut berada di Medan Selera 223, Suri Nasi Lemak Panas 223 turut menjadi pilihan ramai dan kedai ini digelar Nasi Lemak Biru kerana banner kedai berwarna biru. Warna banner ini menjadi gelaran pelanggan untuk merasai keenakan nasi lemak mengikut selera masing-masing.
Sambal nasi lemak di sini juga sedap dan sambalnya lebih pedas. Paling penting, nasinya mengeluarkan aroma yang wangi dan rasa santan yang cukup berlemak.
Sambal sotong, ayam goreng crispy, paru berlada, daging rendang dan sambal kerang antara menu yang digemari ramai. Ada juga menu unik iaitu sambal sosej dan telur.
Alamat: Medan Selera Jaya 223, Jalan 51A/223, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (7.00 am-1.00 am) | Jumaat (7.00 am-12.00 am)
OG Street Kitchen pernah viral dan masih viral sehingga sekarang. Nasi lemak di sini memang unik dan terkenal dengan nasi lemak dengan beberapa jenis set. Nasi lemak pula dihidangkan di atas talam.
Jika kebanyakan kedai nasi lemak lain menawarkan lauk-pauk yang dimasak dengan sambal, lain pula di OG Street Kitchen. Mereka menawarkan baby crab goreng, kulit ayam goreng dan sotong goreng. Memang sedap makan nasi lemak panas dan lembut, sambal yang mempunyai rasa seimbang dan lauk yang rangup belaka.
Satu portion sangat banyak walaupun hidangan untuk seorang. Lengkap dengan telur mata, timun, ikan bilis dan telur rebus.
Alamat: Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Khamis-Selasa (5.00 pm-11.00 pm)
Botak Nasi Lemak mempunyai cawangan di Sea Park dan SS23. Nasi lemak di sini terkenal dengan keenakan ayam goreng dan nasinya. Ayam yang digoreng rangup, juicy dan mempunyai isi yang lembut. Nasinya pula wangi lembut dan rasa santan yang lebih kuat seperti nasi lemak air tangan orang terdahulu.
Dengar kata nasi lemak di sini mempunyai rasa yang unik dan sedap. Jika kebanyakan nasi lemak di PJ yang lain menghidangkan pelbagai jenis sambal untuk dimakan bersama menu utama, lain pula di Botak Nasi Lemak yang terkenal dengan kari ayamnya yang pekat berkrim. Bukan itu sahaja, ada juga sayur campur, sambal sotong dan lain-lain.
Alamat:10, Jalan 21/19, Sea Park Complex, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Waku operasi: Selasa-Ahad (6.30 am-11.30 pm)
Nasi Lemak Limoka antara nasi lemak yang kini sedang hangat diperkatakan bagi penggemar nasi lemak di Selangor. Berada di Kampung Lindungan, banyak lauk sedap disediakan buat pengunjung.
Sambal tumis ikan bilis petai, sambal sotong kering, rendang daging dan sambal kerang antara menu pilihan ramai. Nasi lemak turut diletakkan papadom. Nasi lemak dikukus terlebih dahulu bersama daun pandan dan dihidangkan panas-panas buat pelanggan. Baru asyik menjamu nasi yang lembut dan wangi.
Nak bungkus nasi lemak pun boleh. Paling best, sambal diasingkan dengan nasi agar nasi tidak menjadi kembang. Restoran sangat selesa dan ada ruangan berpendingin hawa.
Alamat: No 10 Jalan PJS 6A, Kampung Lindungan, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Selasa-Ahad (12.00 pm-12,00 am)
Nasi lemak di sini memang luar biasa! Mana tidaknya, nasi digoreng terlebih dahulu. Apa yang lebih unik cara dan ramuan nasi goreng juga berbeza dari biasa dimana nasi digoreng bersama minyak ayam, sambal istimewa dan serbuk ayam goreng berempah!
Hanya nasi yang berbeza dan bahan lain tetap sama seperti nasi lemak yang lain. Ada sambal, timun, ayam goreng dan udang goreng untuk nasi lemak goreng biasa. Dengan kuantiti yang banyak untuk satu pinggan, harganya bawah RM 10 sahaja. Murah kan?
Alamat: Jalan Sentosa 3/57, PJ Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (6.00 pm-10.00 pm)
Sudah berada di pasaran lebih 20 tahun, yang lejen pasti tahu keenakan nasi lemak yang berada di Taman Medan ini. Banyak juga pilihan lauk seperti sambal sotong kering, daging goreng, hati ayam dan ayam sambal.
Paling istimewa nasi lemak diletakkan sambal tiga rasa iaitu tiga jenis sambal berbeza yang pekat dan sedap. Ada juga sambal kentang, sambal sardin dan sambal paru. Harga sangat murah dan kuantiti banyak, membuatkan ramai berpuas hati.
Alamat: Jalan PJS ⅔, PJ Seksyen 2C-2D, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pm sehingga habis)
Kedai nasi lemak ini baru dibuka dan makin dikenali ramai. Terletak di Bandar Utama, Harga untuk nasi lemak juga berbaloi dengan kuantiti nasi yang banyak dan saiz lauk yang besar.
Lauk utama yang menjadi pilihan ramai semestinya ayam goreng berempah dan dihidangkan bersama serbuk ayam yang rangup. Rasa sambal seimbang dimana tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis.
Kedai sangat selesa dimana ruang makan luas, tidak terlalu padat dan paling penting sangat cantik! Lepas makan bolehlah anda ootd!
Alamat:G10, Oasis Businesss Centre BU4, Changkat Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Selasa-Ahad (11.30 am-8.30 pm)
Memang banyak nasi lemak di PJ yang terkenal dan viral. Jika anda bukan warga Selangor dan ingin mencuba nasi lemak sedap, anda boleh ke salah satu kedai di atas. Bukan apa, warga Selangor boleh ke sini setiap hari namun untuk penggemar nasi lemak di luar kawasan pasti ingin merasai nasi lemak yang betul-betul sedap. Baru puas dan rasa berbaloi datang dari jauh!
Setiap kedai mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri dari segi nasi, sambal dan jenis lauk yang ditawarkan. Sambal kerang, ayam goreng berempah dan paru berlado antara menu yang top untuk dimakan bersama nasi lemak. Jadi apa lauk kegemaran anda?
Berikut merupakan tempat makan menarik di sekitar Petaling Jaya yang boleh anda terjah selepas ini: