Adakah anda sedang merancang untuk melancong ke negeri Johor? Bila berkunjung ke sana, selalunya makanan apakah yang anda biasa cuba? Kacang Pool? Laksa Johor?
Apa kata kali ini anda cuba makanan luar yang dihidangkan di negeri Johor? Haa, anda pasti tercari-cari restoran apa yang patut anda kunjungi sambil anda melancong di JB, bukan? Kami yakin restoran ini pasti cocok buat anda!
Nama restoran Nasi Kerabu Cikgu CT memang tidak asing lagi di Skudai, JB. Terkenal dengan aneka menu Nasi Kerabu yang menggunakan resepi asli dari Kelantan, tidak hairanlah penggemar Nasi Kerabu begitu menggemari menu Nasi Kerabu di restoran ini!
Selalunya Nasi Kerabu menggunakan lauk daging lembu bakar, bukan? Restoran Nasi Kerabu Cikgu CT ada menyajikan kelainan yang tersendiri kerana lauk yang sememangnya ‘laku keras’ di sini ialah daging kambing bakar!
Daging kambingnya lembut, tidak liat dan dibakar dengan sempurna. Cukup enak dicicah bersama sambal yang pedas dan diselangi pula dengan isi kelapa yang manis, memang ‘padu’!
Mungkin anda tidak percaya, tetapi menu ini memang wujud di restoran Nasi Kerabu Cikgu CT tau! Tambahan pula, ianya juga merupakan antara menu yang paling banyak dipesan di sini!
Ketam yang disajikan memang segar dan bersaiz besar, berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Bagi yang menggemari makanan laut, kami yakin menu ini pasti cocok dengan anda!
Menu ini mungkin kedengaran biasa sahaja kerana ianya selalu termasuk dalam senarai lauk-lauk yang biasa dihidangkan untuk Nasi Kerabu, namun restoran Nasi Kerabu Cikgu CT ada menyajikan kelainan yang tersendiri.
Ayam bakar yang dibakar dengan sempurna menjadi punca utama menu ini cukup digemari ramai. Hidangannya juga bersaiz besar, cukup menyelerakan dan mengenyangkan!
Menu ini juga cocok buat pencinta makanan laut – Nasi Kerabu Sotong! Nasi Kerabu yang dihidangkan bersama sotong yang digoreng rangup ini dijamin boleh bikin sesiapa sahaj kecur air liur melihatnya.
Sotong yang bersaiz besar dan dihidangkan dalam kuantiti sederhana banyak ini digoreng rangup. Rasanya juga tidak terlalu masin, tapi tidak pula tawar, anda wajib cuba merasai keenakannya sendiri ya!
Jangan terkejut ya, bukan Nasi Kerabu sahaja yang dihidangkan di sini. Menu-menu lain seperti Laksam, Pulut Mangga dan Nasi Dagang turut disajikan di Nasi Kerabu Cikgu CT.
Bagi yang teringin mencuba menu nasi selain Nasi Kerabu, anda boleh mencuba Nasi Dagang. Nasi Dagang yang merupakan menu yang cukup terkenal di negeri Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan ini turut tersenarai sebagai menu paling laku di sini.
Nasi Dagang di restoran Nasi Kerabu Cikgu CT ini menyajikan lauk Gulai Ikan Tongkol yang pekat kuahnya dan juga mempunyai rasa yang berempah. Dihidangkan bersama acar timun, menu ini wajib anda cuba!
Banyak betul menu-menu istimewa di restoran Nasi Kerabu Cikgu CT ini, cukup beraneka sehinggakan kami yakin pasti ramai pembaca sudah rambang mata! Bagi yang teringin tuntuk mencuba menu-menu ini, anda wajib terjah restoran Nasi Kerabu Cikgu CT!
Terletak di Taman Anggerik Emas di Skudai, Johor dan beroperasi setiap hari bermula dari jam 7 pagi hingga 11 malam, cepat-cepatlah serbu restoran Nasi Kerabu Cikgu CT sebelum terlepas peluang ya!