Dengar sahaja perkataan ganja pastinya anda ragu – ragu dan muskil dengan menu seperti ini. Tertanya – tanya samada menu tersebut dicampur dengan bahan terlarang atau apakah ramuan yang dicampurkan ke dalam menu ini.

Nasi ‘Ganja’ Repoh pastinya mampu memikat selera anda. Dengan haruman ayam goreng berempahnya yang mewangi. Oh, sungguh mengasyikkan.

Nasi ‘Ganja’ Repoh ini dijual di sebuah gerai di tepi jalan sahaja. Jika diamati, ia tidak ubah seperti sebuah gerai  menjual pisang goreng yang sering kita lihat di mana sahaja. Kelihatan barisan pelanggan beratur untuk mendapatkan Nasi Ganja ini.

Nasi Ganja Repoh

Imej via ra1m1

Nasi Kuning

Nasi Ganja ini berwarna kuning dan bukannya berwarna putih. Ia seolah – olah tampak seperti nasi minyak, namun ianya berbeza sekali. Nasi dimasak bersama ramuan istimewa dengan tambahan warna kuning bagi memberi kelainan serta sebagai tarikan para pelanggan.

Resepi asal Nasi Ganja Repoh ini adalah dari Selatan Thailand. Ia sebenarnya dikenali sebagai Nasi Kumok atau ejaan Bahasa Thailand ialah Nasi Khao Mok. Namun, apabila ia menjadi ketagihan para pelanggan, maka ia lebih dikenali dengan Nasi Ganja.

Nasi Ganja

Imej via facebook

Gulai Kari Yang Menyelerakan

Gulai kari antara pelengkap Nasi Ganja ini. Ia enak dimakan bersama dan gabungan ini cukup memberi impak yang begitu ketara tatkala perut kosong berkeroncong. Anda akan merasai satu kenikmatan semasa merasai hidangan ini.

Ayam goreng berempah yang digoreng bersama bahan – bahan asli membuatkan ayam ini terasa juicy serta rangup di bahagian luaran. Ayam goreng yang telah siap dimasak diletakkan di atas talam atau dulang untuk dipilih oleh para pelanggan.

Saiz Hidangan Tidak Sepadan Harga

Nasi Ganja ini menyajikan hidangan bersaiz besar membuatkan para pelanggan sering ke sini untuk mendapatkannya. Tidak hairanlah jika anda melihat banyak kereta yang di letakkan di kiri kanan bahu jalan dan melihat ramai insan – insan gigih beratur panjang untuk mendapatkan hidangan di sini.

Hidangan ayam goreng yang tersedia bersaiz besar sememangnya cukup membuatkan anda kenyang agak lama. Tambahan pula ayam gorengnya berbau harum dan wangi, sudah pasti seakan – akan memanggil anda untuk mendapatkannya.

Nasi Ganja repoh

Imej via facebook

Harga  makanan di sini pula adalah sangat berpatutan dan semestinya berbaloi dengan saiz hidangannya yang besar. Jika dibandingkan harga makanan di ibu kota, sudah tentu sangat berbeza, tambahan pula saiz makanan yang dijual di ibu kota adalah bersaiz kecil dan kurang memuaskan hati.

Pelanggan yang ingin mendapatkan Nasi Ganja ini dinasihatkan agar dapat bersabar sekiranya datang di waktu puncak kerana sememangnya orang agak ramai ketika menjelang makan tengahari. Kesabaran para pelanggan yang datang ke sini sangat dihargai oleh pengusaha kedai dan tidak perlu berebut untuk mendapatkannya kerana biasanya stok nasi yang dimasak adalah mencukupi. Jadi, para pelanggan tidak perlu risau dengan jumlah stok yang disediakan.

Elak Beratur Panjang

Bagi anda yang tidak gemar untuk beratur lama, anda sebaiknya tiba lebih awal supaya tidak perlu menunggu lama. Gerai ini dibuka 5 hari seminggu mulai jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang. Sabtu dan Ahad gerai ini tidak beroperasi.

Alamat : 703A, Persiaran Jubli Emas, Kampung Tanjong Gorah, 01000 Kangar, Perlis.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.