Dengar nama pun dah rasa nak tahu macam mana makanan nasi daging rusa bakar menangis ini. Bagi anda yang sudah tak tahu nak makan dekat mana lagi atau inginkan sesuatu yang berbeza, jom cuba menu nasi daging rusa bakar menangis ini. 

Imej via [fb]

Bertempat di Hop In Wangsa Melawati, anda boleh makan di sini atau bungkus bawa pulang. Gerai makan Nasi Daging Rusa Bakar Menangis ini menyediakan set nasi bersama lauk yang beraneka jenis dan anda boleh memilih mengikut citarasa lauk yang anda inginkan.

Menu Menarik Di Nasi Daging Rusa Bakar Menangis KL

Imej via [fb]

Walaupun kedai ini terkenal dengan nama nasi daging rusa bakar menangis, bukan daging rusa sahaja dijual, tetapi pelbagai jenis daging lagi boleh anda cuba di sini. Antaranya adalah daging lembu bakar, kambing bakar, ikan bakar, sotong bakar serta ayam bakar. 

Semua menu nasi disini sudah siap dipakejkan menjadi set nasi dan lauk daging. Amat memudahkan pelanggan memilih dan nampak sangat kemas serta teratur. 

Tak pernah makan daging rusa, wajib cuba menu Nasi daging rusa bakar menangis. Kalau tidak, kempunan nanti siapa yang susah!

Senarai Menu Makanan Di Nasi Daging Rusa Bakar Menangis KL

Terdapat beberapa set menu yang menjadi hidangan disini, antaranya adalah rusa bakar, kambing bakar, lembu bakar, ayam bakar, keli bakar dan sotong bakar. Anda boleh memilih untuk makan dengan kuah sup atau kuah lemak bagi set lauk tersebut. 

Imej via [fb]

Makan dengan nasi panas memang sedap sangat! Makanan yang ramai orang cuba di sini adalah nasi daging rusa bakar menangis. Bukan senang nak makan daging rusa bakar, tak semua restoran ada. 

Pelanggan juga memberi komen tentang keenakan makanan di sini, jadi kena cuba sendiri baru tahu macam mana rasa daging rusa bakar tu. Memang sedap! 

Suasana Gerai Dan Kemudahan

Imej via [foodpanda]

Makan dekat kedai atau nak bungkus makan di rumah pun boleh. Paling mudah, beli online sahaja, terus sampai ke rumah. Nasi daging rusa bakar menangis ini juga ada di aplikasi Food Panda. Bila-bila pun boleh makan. 

Sekiranya datang dine in, suasana di sini santai-santai sahaja. Memang selesa untuk lepak dan beristirehat bersama kawan-kawan. Ramai yang lepak dan datang makan pada malam hari. Makan di sini lebih seronok dapat rasa suasana angin malam.

Nasi daging rusa bakar menangis ini bukan hanya ada di Wangsa Melawati sahaja tetapi terdapat beberapa cawangan lain yang boleh anda kunjungi. Antaranya adalah di Selayang Baru dan kampung Baru. 

Cari sahaja di waze Nasi Daging Rusa Bakar Menangis. 

Jom baca juga Restoran Nasi Ulam Guru

Lokasi:  HOP-IN WANGSA MELAWATI

Waktu Buka:  4 Petang – 12 Malam (Setiap Hari)
Telefon: : 012-2443143

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.