Tak sangka ada sebuah restoran yang menyajikan nasi ayam dan itik di Petaling Jaya. Bukan senang nak makan masakan daging itik! Tambahan pula, restoran MyChick ini dimiliki oleh Bumiputera Melayu, jadi ianya halal, selamat dan dipercayai.
Di MyChick Nasi Ayam dan Itik ini, serendah RM 8.50 pun anda sudah boleh dapat makan tengahari yang menarik. Menu utama di MyChick Nasi Ayam dan Itik ini adalah aneka nasi ayam dan masakan daging itik.
Jom lihat antara menu menarik yang boleh anda cuba di sini.
Bagi anda yang ingin makan tengahari di sini, sudah tentu ingin makanan yang mengenyangkan seperti nasi. Anda boleh memilih sama ada ingin makan nasi ayam roasted, nasi ayam hainan, nasi itik roasted, wanton mee itik roasted ataupun wantan mee ayam roasted. Ini adalah menu utama Mychick Nasi Ayam dan Itik.
Masakan ayam dan itik yang dipanggang memang sangat harum aromanya. Malah sangat juicy dan lembut isinya setelah siap masak. Ini antara menu yang sangat laku keras dan cepat habis. Sebab itu, kalau datang ke MyChick Nasi Ayam dan Itik ini, anda wajib menikmati masakan ayam dan itik ini.
Makanan dihidangkan fresh dan panas-panas setelah siap masak. Untuk lebih jimat, anda boleh tempah set combo. Jika ada promosi, anda boleh dapatkan makanan beserta minuman dengan harga penjimatan.
Selain itu, menu ayam seperti mee ayam roasted, mee ayam hainan, mee ayam BBQ juga terdapat di sini. Selain nasi ayam, anda juga dapat menikmati nasi lemak ayam berempah, nasi lemak udang, kerabu mangga, sayur taugeh, pak choy dan macam-macam lagi.
Selepas makan makanan berat, pasti nak makan pencuci mulut pula. Terdapat beberapa jenis dessert yang dapat melengkapkan selera anda. Antaranya adalah roti bakar kaya, banana split chocolate, pau kari ayam, pau petai dan juga dimsum.
Staff Restoran yang menyajikan nasi ayam dan Itik ini sangat ramah dan mudah membantu pelanggan. Ruang restoran ini juga sangat selesa dan luas, sesuai jika datang seisi keluarga atau bersama kawan-kawan.
Jika anda ingin tempah dalam jumlah yang banyak, MyChick nasi ayam dan itik akan sediakan mengikut kemahuan anda. Nak tempah secara online pun boleh, dimana sahaja pun boleh menikmati keenakan nasi ayam dan itik selangor ini.
Harga makanan di Restoran MyChick Nasi Ayam dan Itik ini juga berpatutan dan sesuai dengan hidangannya. Untuk pengetahuan anda, restoran MyChick ini berada di bangunan berhadapan jalan sahaja. Jadi, tidak susah untuk anda mendapatkan tempat letak kereta yang berdekatan.
Jom baca juga tempat makan menarik di Lala Laksa Sarawak, Little Penang Cafe dan Satay Station Cyberjaya.
Alamat: 31A, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 11 Pagi – 7 Malam
No Telefon: 012-2292257