Sekarang ni kalau nak cari kedai yang jual mee goreng mamak yang sedap cukup susah. Kebanyakan cukup-cukup rasa sahaja. Jika anda tercari-cari mee goreng mamak yang memang asli, cukup dengan rencahnya, sayur, telur dan tauhu boleh singgah Mee Thajudeen Sungai Petani.

mee thajudeen sungai petani

Kalau nak cari Mee Thajudeen ni cari sahaja Restoren Taulat. Landmark paling mudah jalan ke Hotel Seri Malaysia, stesen KTMB dan pasar besar Sungai Petani. Bukan sahaja mee goreng, ada juga pasembor dan mee rebus yang sedap dijual di sini.

Ramai generasi tak tahu yang Mee Thajudeen dah lama berniaga di Sungai Petani. Dulu mereka berniaga di tepi pagar landasan keretapi. Disebabkan projek landasan berkembar dijalankan, mereka berpindah ke tempat sekarang.

restoran taulat mee thajudeen

Imej via Foursquare

Tempat sekarang lebih besar dan bersih serta kemas. Cuma ruang parking agak terhad.

Pelanggannya terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Mee goreng terbaik rahsianya terletak pada penggunaan bahan-bahan segar yang disediakan setiap hari dengan mee yang berkualiti.

Mee Thajudeen Sungai Petani Pilihan Warga SP

mee thajudeen

Tak dinafikan di Sungai Petani banyak yang jual mee goreng mamak. Tapi ada yang rasanya biasa-biasa sahaja.

Mee Goreng Thajudeen ni memang original Mee Goreng Mamak. Ada rasa unik masam cukanya. Sekarang memang susah nak cari Mee Goreng Mamak original. Setakat ini kebanyakanya Mee Goreng Mamak mereka macam Mee Goreng Melayu. Basah dan banyak kicap.

Yang ini tak basah. Masam cuka. Bertelur dan banyak cucur mamak di dalamnya. Kalaulah mee goreng mamak tak ada cucur dan rasa kacang ia bukan mee goreng mamak tetapi ia mee goreng ‘ala Mamak’.

Rahsia mee goreng Mamak tak sama dengan mee goreng lain-lain kerana ia menggunakan perencah untuk senang digoreng seperti mee segera. Pes atau perencah ini yang membezakan mee goreng mamak dengan yang lain.

Kalau anda nak cuba Mee Thajudeen ni boleh ke:

Mee Thajudeen

Restoran Taulat, No. 214-B, Jalan Hospital, 08000, Sungai Petani, Kedah, Malaysia.

Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk singgah Mee Thajudeen Sungai Petani.

Antara komen pelanggan:

One of the best mee goreng ever I had in my life.Everyone must try this mee goreng especially those from selangor. – Nava Micky

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.