Bagi yang gemar foodhunting, apa kata anda ke De Sundays Café. Terletak di Lagenda Heights Sungai Petani, kafe ini menawarkan makanan yang pasti membuat anda ingin ulang kembali ke sini.

Kafe yang baru dibuka bulan Ogos lalu. Sesiapa datang sini mesti nak datang lagi. Banyak hidangan menarik di sini terutama makanan barat. Boleh makan tengahari atau makan malam bersama keluarga dan sahabat.

De Sundays Café

Suasana dalam kedai ini sangat ringkas. Pengunjung boleh menikmati hidangan dengan suasana yang tenang.

Walaupun kafe ini masih baharu, namun hidangan yang disajikan sunguh menyelerakan. Pengunjung boleh memilih hidangan barat seperti Grilled Chicken Chop, Braised Lamb Shank atau makanan tempatan Sunday Noodles dan Ayam Goreng Rice.

Nikmati Hidangan Western Sedap di De Sundays Café

Bagi penggemar daging kambing, jangan lupa untuk memesan Grilled Charmoula Lamb Chop. Pinggan yang dihidangkan untuk kesemua hidangan adalah sangat besar. Portionnya pun banyak.

Untuk lamb chop, dihidangkan dua kepingan daging dengan pilihan 3 jenis sos dan potato wedges. Anda boleh memilih sos thyme, black pepper atau BBQ.

Grilled Charmoula Lamb Chop

Rasa sos memang sedap. Dagingnya lembut, mudah dipotong dan senang dihadam.

Bagi melengkapkan hidangan pesan pula Cream of Mushroom Puree dan garlic bread. Rasa garlic bread yang dicicah dengan sup cendawan memang sedap.

Cream of Mushroom Puree

Jika ditanya, penulis syorkan anda memesan juga Mango Salsa Chicken Chop. Hidangan ini gabungan rasa timur dan barat. Ayam yang disadur tepung sempurna dimakan bersama salsa mangga dan dicurahkan sos pedas enak. Hidangan ini juga dilengkapi dengan potato wedges.

Mango Salsa Chicken Chop

Primavera Fettuccine perlu dipesan jika anda seorang penggemar pasta. Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang hanya mengambil sayuran sebagai diet. Cendawan Shinoji, zukini, brokoli dan tomato ceri dimasak sempurna bersama krim pasta didalam hidangan ini.

Primavera Fettuccine

Satu lagi hidangan pasta yang wajib dipesan Baked Chicken Bolognese Penne. Didatangkan didalam bekas ramekin pasta ini dilimpahi keju bersama ayam yang dibakar.

Baked Chicken Bolognese Penne

De Sundays Café tidak lupa kepada mereka yang menggemari nasi. Terdapat 10 pilihan nasi untuk anda pesan. Antaranya Sunday Friend Rice, Kerabu Fish Rice dan Soy Braised Duck Rice.

rice rice

Kafe ini juga sesuai untuk santai petang. Anda boleh minum kopi bersama sahabat sambil menikmati Curry Chicken Mantau.

Curry Chicken Mantau

Keistimewaan De Sundays Café

Antara kelebihan di sini beberapa hidangan dimasak menggunakan kaedah sous vide.

Di dalam bahasa Perancis, sous vide merupakan teknik masakan yang diamalkan oleh tenaga profesional kulinari sebagai suatu keajaiban yang memudahkan kerja di dapur.

Begitu mudah dipelajari dan digunakan, sous vide boleh mengurangkan risiko makanan menjadi terlebih masak atau tidak masak.  Di samping itu ia juga menjimatkan masa yang sangat berharga di dapur.

Jadi anda akan mendapat hidangan yang berkualiti tinggi setaraf hotel 5 bintang.

Apa yang menarik di kafe ini, chef mereka merupakan chef yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun. Mereka mempunyai latar belakang bekerja di hotel bertaraf antarabangsa.

chef

Pekerja di sini juga mesra dan jika anda tidak tahu untuk memesan makanan yang sedap, tanyalah mereka. Semua sedia membantu.

staf

Info

Jadi kepada yang teringin menikmati hidangan yang sedap dengan harga berpatutan, kami syorkan anda ke kafe ini.

Nama kafe : De Sundays Café

Lokasi : 146, Lorong Legenda 5, Legenda Heights 08000 Sungai Petani

Waktu beroperasi : Khamis – Selasa 11 pagi – 11 malam. Tutup hari Rabu

Facebook : https://www.facebook.com/DeSundaysCafe/

Terdapat juga promosi set makan tengahari bermula dari RM15 termasuk minuman.

Promosi ini hanya untuk Isnin hingga Jumaat sahaja kecuali cuti umum.

set lunch set lunch

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.