RAMAI yang mengatakan Pulau Pinang sebagai ‘syurga makanan’. Nasi kandar dan pasembor atau rojak bersama cendol adalah antara makanan yang sudah sinonim dengan negeri ini, terutama di bahagian pulau. Itu tidak dapat dinafikan. Bukan sahaja di pulau tetapi di tanah besar atau bahagian Seberang Prai, terdapat juga banyak makanan sedap yang boleh dicari dan dicuba. Paling popular suatu ketika dulu ialah mi udang di Sungai Dua. Tapi satu lagi yang tidak kurang popularnya ialah mi rebus. Terdapat beraneka jenis mi rebus, sama buatan ‘mamak’ atau daripada orang kampung. Antaranya ialah Mee Rebus Mama di Permatang Pasir, Seberang Prai Tengah.

mee rebus mama

Imej via Facebook

Rencah bahan menggunakan resipi rahsia turun temurun menjadi ‘senjata’ untuk membuatkan kuah dan rasa Mi Rebus Mama memiliki taring tersendiri hingga penduduk setempat mengangkat makanan itu antara yang terbaik di kawasan kampung Permatang Pasir.

Keistimewaan Mee Rebus Mama

Kuahnya yang dihasilkan menggunakan ubi keledek berbanding kebiasaan yang menggunakan ubi kentang dan digabung pula rencah rahsia ciptaan nenek moyang menjadikan rasa kuah begitu pekat dan manis.

Tidak cukup setakat itu, Mi Rebus Mama juga menampilkan kelainan apabila makanan itu dipelbagaikan mengikut permintaan pelanggan.

Antaranya, Mi Rebus Leleh Mama, Mi Segera Kuah Mama dan Mi Goreng Mama. Semata-mata menggunakan satu rencah tetapi rasanya berlainan antara satu sama lain. Apatah lagi dimakan pula bersama sambal sotong.

Rasanya memang terbaik. Di dalamnya ada daging yang lembut, cucur yang rangup,  dan telur rebus separuh. Boleh terliur kalau teringat. Kuahnya pekat dan ada kacang kisar.

Mee Goreng Mama

Bagi melengkapkan lagi rasa ketika menikmati kepelbagaian masakan mi di kedainya itu tidak lengkap sekiranya tidak menghirup minuman yang popular dalam kalangan penduduk kampung. Walaupun hanya menawarkan minuman seperti teh tarik, kopi tarik dan milo tarik ia sudah cukup membuka selera ketika menjamah mi di kedainya.

Mee Rebus Mama terletak berdekatan dengan PPD daerah Seberang Perai Tengah. Dibuka Isnin hinggaSabtu dari 11am hingga ke 8pm. Selain tu ada Mee Goreng, Maggi goreng, Nasi Ayam, Bihun sup dan lain-lain. Ramai yang telah mencuba dan puas hati. Harga dari MYR4 hingga MYR12 sahaja.

nasi ayam mama

Pelan Lokasi ke Kedai Mee Rebus Mama

Dari Plaza Tol Juru Arah Utara:

– Teruskan perjalanan hingga ke susur keluar Sungai Dua Butterworth.

– Di lampu isyarat ambil ke kanan dan terus hingga menemui lampu isyarat ke-2 untuk ke Pekan Sungai Dua dan Kawasan Perumahan Desa Murni.

– Teruskan perjalanan melalui Jalan Permatang Pasir hingga ada menemui sebelah kedai di sebelah kiri yang mana terletaknya Kedai Mi Rebus Mama bersebelahan dengan bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Prai Tengah (SPT)

Dari Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan:

– Keluar dari plaza tol dan susur keluar ke kiri untuk ke Pekan Sungai Dua.

– Teruskan perjalanan melalui Jalan Permatang Pasir hingga ada menemui sebelah kedai di sebelah kiri yang mana terletaknya Kedai Mi Rebus Mama bersebelahan dengan bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Prai Tengah (SPT).

Jangan lupa follow PAGE Mee Rebus Mama

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.