Pernah dengar Mee Besen Original Melaka, Malaysia? Ianya menjadi bualan orang dalam awal tahun 2016 hingga sekarang. Antara makanan sedap di Melaka yang patut cuba kata orang.Ianya terletak di Durian Daun Melaka.
Mendengar perkataan besen,pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana seseorang itu boleh menghabiskan makanan yang dihidangkan dalam besen besar.Mampukah ianya dihabiskan?
Jangan risau, sebenarnya, besen tersebut hanyalah bekas untuk mengisi makanan yang dipesan dan dinikmati oleh ramai orang. Anda akan diberikan mangkuk kecil untuk digunakan bersama-sama.
Pemilik restoran Mi Besen Ori Melaka adalah Nor Faezah Khalid, 25, dan suaminya, Azlan Idris, 31, yang telah memulakan perniagaan tersebut pada awal tahun 2016.
Asalnya ianya dibuka bersama butik.Tidak disangka, perniagaan yang diusahakan tanpa sengaja mendapat sambutan ramai. Bukan sahaja orang Melaka, orang dari luar Melaka juga datang untuk mencubanya.
Imej via Facebook
Di restoran ini, saiz hidangan mi besen daging atau ayam itu boleh dinikmati dalam tiga pilihan saiz.
Anda boleh pilih saiz S untuk hidangan dua hingga tiga orang, saiz M (3-4 orang), Size L (4-6 orang) yang masing-masing berharga RM6, RM10 dan RM15. Harga bagi kami yang cukup-cukup murah.
Di sini, anda mempunyai pilihan untuk tiga pilihan untuk menu mi. Anda boleh memilih mi soya, kuey tiaw dan mi kuning. Hidangan ini akan dilengkapkan dengan pilihan seperti sayur sawi, taugeh dan fishball.
Ada menu lain? Haah, jangan risau untuk peminat masakan barat. Selain hidangan mi besen, pengunjung juga boleh menikmati keunikan makanan barat yang dihidangkan dalam talam atau dikenali sebagai Talam Western berharga RM35.
Banyak pilihan makanan anda dapat dalam talam ini yang boleh dimakan antara tiga hingga empat orang. Dalam Talam Western ini terdapat empat jenis makanan termasuk chicken chop dengan sos istimewa, kentang goreng, spageti cabonara dan bebola daging ala Ikea.
Di zaman makanan hipster ini, minumanan istimewa jangan dilupakan. Haha.
Imej via Facebook
Anda boleh pilih untuk menikmati pelbagai pilihan minuman istemewa seperti big chocolate candy, big delicious, white lulu nestume, chocolate candy cocolicious, rebina soda laici big, nestum float, chocolate float. Anggaran harga pula antara RM3.50 hingga RM10.90.
Harga Mee Besen
Talam Western
Menu-menu lain