Sesekali mencuba makanan baru pun best juga kan? Dalam rancangan tv banyak memaparkan program – program masakan, ada makanan Barat, makanan Timur Tengah, makanan Cina, makanan India dan yang pastinya kesemua makanan yang disiarkan sudah tentu sangat menyelerakan. Perut pun mula lah terasa lapar kalau ternampak banyak makanan yang dihidangkan.

Setiap hari sudah tentu kita perlu makan, dan mestilah mahukan makanan yang sedap, murah dan berkualiti. Apa kata anda mencuba makanan Cina yang pasti halal, murah dan sedap. Restoran makanan Cina halal yang dikenali dengan nama Blue Ginger terletak di kawasan Puncak Jalil, Seri Kembangan Selangor. Jom kita terjah ke sana.

Blue Ginger

Imej via facebook

Tiba sahaja di Restoran Blue Ginger ini pastinya anda terpesona dengan senarai menu yang terdapat di sini. Itu baru menu, belum lagi merasai makanan yang dihidangkan pula. Sebelum membuat pesanan, kalau anda nak tahu restoran ini sememangnya dimiliki oleh seseorang yang berbangsa Cina dan beragama Islam. Pastikan anda membuat pesanan tanpa ragu – ragu.

Harga Yang Berpatutan

Harga makanan di sini pula tidaklah terlalu mahal seperti di restoran – restoran lain. Jadinya, sudah tentu ia sering menjadi tumpuan pelanggan yang menggemari makanan Cina halal kerana harganya yang sangat berpatutan. Rasanya pun sedap dan tidak mengecewakan.

Brokoli Cendawan

Imej via facebook

Tahap kebersihan restoran ini pula adalah bergred A, jadi tidak perlu was – was dengan tahap kebersihannya. Persekitaran restoran teratur dan kemas menyejukkan pandangan mata pelanggan yang menjamu selera. Pekerja restoran pula begitu cekap menguruskan pesanan pelanggan dan mudah mesra dengan setiap persoalan pelanggan. Pemilik restoran juga begi ramah serta tidak lokek dengan senyuman.

Dry Butter Prawn

Imej via facebook

Menu Menarik Untuk Dicuba

Apa kata kita lihat pula menu – menu yang menarik di sini. Restoran Blue Ginger sudah tentu menghidangkan pelbagai menu  makanan Cina yang sangat menarik. Antara menu hidangan yang disediakan adalah Dry Butter Prawn yang sangat membangkitkan selera, dengan haruman daun kari yang begitu menawan hati.

Hidangan Crabmeat Soup pula sangat enak dimakan ketika anda tiada selera makan. Sekali disuap ke mulut, anda pasti rasa menyenangkan biarpun ulcer di mulut masih terasa. Keharuman aroma ayam pandan yang diperap sempurna menjadikan isinya lembut dan terasa begitu menyelerakan.

Bagi yang menggemari hidangan Tomyam, bolehlah mencuba Mix Tomyam Seafood yang rasanya begitu perfect dengan kuahnya yang pekat, cukup rasa dan semestinya cukup bahan campuran. Hidangan campuran 4 jenis sayuran iaitu kacang panjang, bendi, terung dan juga petai disajikan menjadi satu hidangan yang dikenali dengan nama 4 Mix Vege.

Ada juga hidangan campuran sayur brokoli dan juga cendawan yang digoreng bersama. Boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi, ibarat snek ringan pula. Hidangan makanan laut berasaskan ketam pula dimasak bersama sos lada hitam. Ia dikenali dengan nama Black Pepper Crab. Ternyata sos lada hitam begitu sedap dan pedas sehingga menyerupai rasa Samyang pula.

Hidangan Salted Egg Crab juga antara hidangan yang terkenal di sini. Rasanya pula tidak mengecewakan, tambahan pula ketam yang dihidangkan adalah yang segar sahaja. Sudah tentu kemanisan ketam tersebut lebih terasa.

Bagi pelangan yang tidak gemar minuman manis boleh juga memesan air teh Cina yang begitu menyegarkan. Tambahan pula dihidangkan panas, pasti terasa begitu menyegarkan. Kelebihan teh ini untuk mencuci perut serta usus kita supaya perut kita terasa lapang serta lebih sihat.

Pelanggan disarankan untuk membuat tempahan lebih awal sekiranya ingin menjamu selera di sini. Kebiasaannya restoran ini sentiasa penuh sejak mula beroperasi. Restoran ini mula beroperasi pada jam 12.00 tengahari setiap hari.

Alamat : No 32 Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil, Selangor

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.