Makanan Arab tampil dengan keunikan serta keenakan yang tersendiri. Ia bukan sahaja memiliki hidangan pembuka selera yang enak, malah hidangan utama, pencuci mulut serta hidangan penutup yang tidak kurang juga lazatnya.

Hidangan makanan Arab bukan sahaja digilai penduduk tempatan, namun ia turut mendapat perhatian dari pelancong luar. Ini antara makanan arab yang halal yang boleh anda nikmati semasa berada di Arab Saudi.

#1. Nasi Arab Khabsa & Mandy 

Nasi Arab adalah makanan authentic orang Arab. Biasanya nasi ini dihidangkan bersama ayam, namun ada juga  yang dihidangkan bersama kambing atau ikan.

Nasi kabsa

Imej via secuitrasaumiejazz

Terdapat dua jenis nasi iaitu khabsa dan mandy. Bagi nasi mandy, nasinya berwarna kuning, manakala khabsa pula berwarna perang kemerahan.

Nasi mandy

Imej via dohadimataku

Nasi Arab biasanya dihidangkan bersama potongan cili hijau, bawang besar serta sambal tomato. Bagi pilihan ayam pula, terdapat ayam panggang serta ayam BBQ.

Biasanya saiz hidangan yang dihidangkan adalah agak besar dan sebaiknya anda berkongsi semasa memesan makanan arab.

#2. Falafel

Falafel berbentuk bulat dan seakan – akan bergedil jika di Malaysia. Ia diperbuat daripada campuran kacang tanah atau kacang Faca serta rempah ratus.

Falafel

Imej via yummymummykitchen

Bahan – bahan utama perllu digiling sehingga hancur yang kemudiannya dipadatkan membentuk bebola kecil sebelum digoreng dalam minyak panas.

Imej via finedininglovers

Falafel boleh ditemui di pinggir jalan terutamanya di Yordania. Ia boleh dimakan bersama salad, acar, sos ataupun roti pita. Rasanya yang enak membuatkan ianya disukai ramai.

#3. Shawarma 

Shawarma  merupakan hidangan dari Timur Tengah. Ia biasanya berintikan isi ayam, daging lembu atau kambing yang dihiris nipis dan disusun memanjang diatas sekeping roti khas yang rata atau seperti roti pita dan laffa.

Shawarma

Imej via whatsgabycooking

Ia merupakan hidangan jalanan yang sangat popular terutamanya di Mesir serta semenanjung Arab. Daging yang digunakan akan dimasak bersama rempah ratus termasuklah jintan, buah pelaga, kunyit serta paprika.

Shawarma

Imej via canadify

Shawarma juga akan dihidangkan bersama potongan tomato, bawang, sayuran jeruk, sos tahini dan sos amba. Ada juga yang menghidangkannya bersama cili bakar, terung atau kentang goreng.

#4. Kunafa

Kunafa merupakan sejenis pencuci mulut yang seperti mirip sepotong kek yang berintikan keju cair di sebelah dalam. Topping kunafa ini pula diletakkan seakan – akan bihun.

Kunafa

Imej via baklavapalace

Ia kemudiannya dibakar menggunakan oven bagi mendapatkan tekstur luar yang rangup serta cheesy di dalam. Untuk menikmati kunafa ini, air gula pekat yang disediakan perlu dicurah pada bahagian atas kunafa ini.

Kunafa

Imej via arabacademy

#5. Saleeg

Saleeg merupakan hidangan nasi putih yang dimasak bersama sup ayam atau daging dan juga susu. Ia seakan – akan hidangan Itali iaitu risotto atau juga kelihatan seperti bubur nasi.

Saleeg

Imej via iqraa.albiladdaily

Hidangan ini begitu popular di sekitar bandar Taif, malah kini begitu terkenal di seluruh Arab. Saleeg diperbuat daripada bahan – bahan yang sangat mudah, namun mengambil masa kira – kira sejam untuk memasaknya.

Saleeg

Imej via lifeinyanbu

Perkataan “saleeg” sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “mendidih” di mana hampir kesemua bahannya direbus. Biarpun ianya direbus hidangan ini tetap mempunyai rasa rempah kerana menggunakan daging, susu, stok dan mentega dalam hidangan.

Saleeg biasanya dimakan bersama ayam panggang. Ia sangat lembut serta mudah dihadam oleh kanak – kanak, dan hidangan ini sangat digemari menjelang musim sejuk.

#6. Broasted chicken

Sekiranya anda inginkan ayam KFC ketika berada di negara arab, adalah disarankan anda mendapatkan hidangan broasted chicken. Rasa hidangan ayam ini tidak ubah seperti KFC di Malaysia.

Broasted Chicken

Imej via vinceandjoes

Broasted chicken ini biasanya dihidangkan bersama kubus iaitu sejenis roti seakan capati, nipis serta ringan. Ia boleh dimakan bersama sos bawang putih serta hot sauce. Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama kentang goreng juga.

Broasted Chicken

Imej via anduzzis

#7. Tamis

Tamis ini merupakan sejenis roti yang seakan roti naan di Malaysia. Namun, saiz roti ini agak berbeza kerana saiznya agak besar, sebesar dulang.

Biasanya ia dimakan menjelang sarapan pagi dan ramai orang di Arab akan mendapatkan tamis ini sebagai hidangan sarapan.

Tamis

Imej via tayebmandi

Terdapat beberapa jenis tamis yang boleh dinikmati. Antaranya tamis yang disapu dengan air gula serta bijan dan juga tamis keju.

Tamis

Imej via ariniwahyu01

Tamis ini biasanya dimakan bersama ‘mushakkal’ iaitu kuah kari kacang kuda yang dikisar serta dicampurkan dengan lada hitam serta taburan keju di bahagian atas kuah. Biasanya harga kuah tamis ini sedikit mahal berbanding roti tamis kerana ia dijual secara berasingan.

Tamis juga boleh dinikmati bersama ‘khibdah’ iaitu hati lembu yang dicincang dan dimasak bersama tomato serta bawang putih yang dipotong dadu. Ia turut ditambah dengan sedikit lada hitam untuk memberi rasa pedas.

 #8. Laban

Laban ini merupakan sejenis susu yang seakan yogurt tetapi rasanya lebih pekat sedikit. Ia sesuai diminum sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Laban

Imej via blog.radissonblu

Minuman ini biasanya boleh didapati di supermarket berdekatan dan dijual dalam botol 1 liter hingga 3 liter. Bagi botol yang bersaiz kecil, terdapat perasa mangga, caramel serta strawberi. Namun, jika membeli laban bersaiz besar hanya terdapat perisa asli sahaja.

Laban

Imej via recipenomad

#9. Simit

Simit merupakan sejenis roti yang berbentuk bulat. Ia juga kelihatan seakan kuih donut, namun memiliki keunikan yang tersendiri.

Simit

Imej via theturkishshop

Simit disaluti dengan biji bijan, biji bunga poppi, biji flex serta biji bunga matahari. Makanan ini berasal dari Timur Tengah dan telah wujud sejak era Uthmaniyyah lagi. Rasanya yang agak rangup di luar dan lembut di dalam pastinya memberi kepuasan ketika menikmatinya.

Simit

Imej via facebook

#10.  Chai halib

Kalau di Malaysia, teh tarik sangat terkenal di kalangan masyarakat tempatan, di Arab pula teh susu atau chai halib paling popular. Teh susu yang dihasilkan ternyata berbeza dengan cara orang Malaysia.

Chai tea

Imej via djfoodie

Chai halib yang dihasilkan menggunakan susu penuh krim dan sedikit susu tepung. Ia kemudiannya dimasak sampai mendidih. Setelah itu, uncang teh diletakkan dalam gelas yang kemudiannya campuran susu tadi dituang pula pada gelas yang berisi uncang teh. Rasa teh susu di Arab memang berbeza.

Chai tea

Imej via ansam518

#11. Manakeesh

Manakeesh kelihatan seperti pizza dari Itali. Namun, manakeesh atau manaqish diperbuat dari tepung, madu serta gula yang diadun menjadi bulat dan seakan sekeping pizza.

Ia turut dicampukan dengan minyak zaitun serta rempah ratus asli khas dari timur tengah. Manakeesh juga meletakkan topping di bahagian atasnya. Namun, topping yang diletakkan adalah berbeza dengan piza.

Manakeesh

Imej via maskafood

Biasanya topping manakeesh diletakkan dengan keju yang sedikit masin dan keju jenis ackawi. Selain itu juga, daging cincang bersama hirisan tomato dan sos pedas turut diletakkan bagi memberi rasa yang enak serta tiada tandingannya.

Manakeesh

Imej via simplyleb

Hidangan ini biasanya dijadikan sarapan pagi atau makan tengahari.

#12. Mutabaq

Mutabaq ini merupakan hidangan yang berasal dari Yaman yang begitu popular sebagai hidangan pembuka di negara Arab. Ia seakan penkek dengan pelbagai ramuan yang begitu enak sekali.

Mutabaq

Imej via kookeazy

Mutabaq dilapisi dengan campuran telur, daging cincang, tomato, bawang serta jalapeno. Setiap gigitan pastinya memberi sensasi yang berbeza serta membuat anda begitu seronok menikmatinya.

Mutabaq

Imej via travel.tribunnews

#13. Luqaimat

Luqaimat biasanya dijadikan sebagai hidangan terakhir atau hidangan penutup di kalangan masyarakat Arab. Ia berbentuk bulat serta memiliki tekstur yang berbeza iaitu garing di bahagian luar tetapi begitu lembut di bahagian tengahnya.

Luqaimat

Imej via munatycooking

Hidangan ini biasanya sering dinikmati semasa bulan Ramadhan dan ianya sememangnya dinanti – nantikan oleh orang ramai. Luqaimat mungkin kelihat seperti donut, namun ternyata tesktur serta rasanya yang cukup berbeza.

Luqaimat

Imej via ghezaeshiriin

#14. Hummus

Hummus merupakan sos kacang yang dibuat khas untuk dimakan bersama roti tradisional berbentuk roti pita dan juga lafa. Ia diperbuat daripada soya, bijan, lentini, bawang putih, garam, minyak zaitun dan juga lemon.

Hummus

Imej via kblog.lunchboxbunch

Hummus juga dicampurkan dengan hirisan tomato, tortilla serta chickpeas yang diletakkan pada bahagian atasnya. Sos kacang ini juga boleh dimakan bersama sayuran dan juga kentang. Bagi memberi rasa yang lebih menarik, bawang putih yang banyak memberi rasa yang lebih enak.

Hummus

Imej via cookingclassy

#15. Kushari

Kushari atau koshary, koshari atau kosheri antara hidangan yang telah wujud sejak abad ke 19. Pada awalnya hidangan ini diperbuat dari sisa makanan namun, oleh kerana keenakkannya membuatkan ia mudah dikenali di seluruh negara.

Kushari

Imej via thetravelingginger

Kosheri dahulunya sangat popular di kalangan pekerja dan buruh. Ia biasanya boleh ditemui di tepi jalan serta tempat makan di seluruh Mesir. Malah, terdapat restoran yang menyajikannya sebagai hidangan utama.

Kushari

Imej via burmaspice

Kushari diperbuat daripada nasi yang dicampur dengan macaroni serta lentil. Ia kemudiannya dicampurkan juga dengan kacang arab, spaghetti, bawang goreng serta sos tomato cuka.

Untuk memberikan rasa yang lebih enak, sos pedas serta bawang putih boleh ditambahkan dengan lebih banyak lagi.

Hidangan ini tidak mengandungi bahan – bahan dari sumber haiwan membolehkan ia dimakan oleh pengamal vegetarian.

#16. Samboosa

Jika di Malaysia mempunyai samosa, di negara Arab juga tidak terkecuali. Samosa di Arab dikenali dengan samboosa yang mempunyai peminat yang tersendiri.

Samboosa

Imej via destinationksa

Hidangan yang berbentukk segitiga ini diperbuat daripada kulit yang garing serta rangup di bahagian luarnya. Intinya pula terdiri daripada daging kambing, lembu atau ayam yang dicincang serta digoreng ataupun panggang. Selain itu, ia turut dicampurkan dengan telur, keju serta sayuran lain seperti lobak merah, kentang dan kacang buncis.

Samboosa

Imej via onearabvegan

Samboosa ini enak dimakan bersama sup lobak merah atau shorbah adas, atau sup kacang lentil. Ia biasanya dimakan sebagai penambah selera dan sering dijadikan hidangan bersama minuman petang.

Hidangan ini juga begitu popular semasa bulan Ramadhan.

#17. Baleela

Baleela atau balila merupakan hidangan pedas yang boleh anda senaraikan sebagai menu wajib semasa berkunjung ke Arab Saudi. Ia merupakan hidangan yang terdiri daripada buncis rebus yang dicampurkan dengan garam dan bawang putih.

Baleela

Imej via dimasharif

Ia boleh didapati di kiosk sekitar Qabel Street serta di pasar – pasar emas. Biasanya penjual baleela ini akan mengenakan pakaian tradisiona; Arab bersama turban berwarna emas.

Baleela

Imej via chichoskitchen

Keenakan baleela membuatkan warga Saudi yang berada di setiap pelosok datang ke Jeddah semata – mata ingin mendapatlam baleela.

#18. Halloumi

Halloumi atau haloumi adalah keju separuh keras, tanpa sebarang bahan campuran. Ia diperbuat daripada campuran susu kambing dan juga susu lembu. Tekstur halloumi agak kenyal dan begitu enak.

Halloumi

Imej via myjewishlearning

Ia kelihatan seakan keju namun sedikit berbeza. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau juga boleh dimakan bersama bahan sampingan lain seperti roti, salad dan sebagainya. Semasa menghasilkan halloumi ini, tiada sebarang bahan pembeku atau bakteria yang digunakan semasa proses pembuatannya.

Halloumi

Imej via tasteaholics

#19. Meddamas Foul

Meddamas Foul ini merupakan antara makanan tradisional Mesir yang diperbuat daripada rebusan kacang fava, parsli, bawang putih, minyak zaitun serta lemon. Ia boleh dimakan sebagai sarapan pagi.

Foul medames

Imej via carolinescooking

Biasanya pada bulan Ramadhan, hidangan ini dijadikan sebagai menu berbuka puasa. Ia banyak dijual di sekitar kaki lima dan juga merupakan foodstreet di Mesir.

Foul medames

Imej via epicurious

Hidangan ini telah wujud sejak zaman pemerintahan firaun lagi. Meddamas foul ini mempunyai tekstur yang menarik. Ia enak dimakan bersama mentega, sos tomato dan juga kepingan daging.

#20. Tabuleh

Tabuleh juga dikenali dengan tabbouli, tabbouleh atau tabbouleh merupakan salad sayur – sayuran yang terdiri daripada parsli, tomato, daun pudina, bawang, lemon, garam dan lada. Ada juga yang menambahnya dengan bawang putih dan juga salad.

Tabuleh

Imej via archanaskitchen

Hidangan ini juga turut terkenal di negara barat. Sayur – sayuran yang digunakan akan dicincang halus dan dicampurkan dengan jus lemon dan juga minyak zaitun. Tabuleh ini lebih enak dimakan keesokan harinya setelah semua ramuan dicampurkan.

Tabuleh

Imej via reciperunner

Ia membuatkan kesemua bahan meresap segala jus yang ada dan memberikan rasa yang begitu menyegarkan.

Kesimpulan

Makanan Arab sememangnya memiliki identiti yang tersendiri. Ia bukan sahaja kaya dengan rempah ratus serta aroma yang menawan, malah merupakan hidangan yang sihat dan segar. Oleh sebab itu, makanan Arab memiliki peminat yang tersendiri.

Pelbagai hidangan yang boleh dicuba jika berada di negara Arab. Ia bukan sahaja enak, malah cukup mengenyangkan dengan saiz hidangan yang agak besar. Harga makanan Arab juga cukup berbaloi dan anda boleh berkongsi hidangan bersama yang lain.

Penulis: Harwati Rukari

Harwati Rukari

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.