Korang tak tahu nak makan apa dengan keluarga atau kawan-kawan? Pening kepala untuk cari tempat makan yang menarik dan sedap? Datanglah ke Food Bazaar!

Di sini ada seratus pilihan makanan dari serata dunia – Korea, Jepun, Indonesia, Arab, Western dan juga tentulah makanan Malaysia yang sedap-sedap seperti ikan bakar, nasi ayam, nasi campur, nasi lemak, char kuey teow dan banyak lagi!

Sini Tahap Kebersihan Memang Terbaik

Tahutak, sini korang boleh dapatkan nasi ayam di Food Bazaar hanya dari RM6.50, mana lagi nak mencari harga rahmah macam ni? Harga yang sangat berbaloi di tempat makan yang selesa dan bersih.

Selalunya orang cakap nak tengok tempat itu bersih atau tidak, boleh tengok dapur dan tandas. Dapur dan tandas mereka pun bersih tau. Makanan pun siap hantar ke meja bukan macam food court lain. Bestkan tempat makan macam ni?

Pelbagai Jenis Makanan

Mana boleh panggil nama “bazaar” kalau tak ada macam-macam jenis kedai? 16 gerai di Food Bazaar ini menyediakan pelbagai jenis makanan dari pelbagai buana. Jom tengok pilihan yang paling best pada setiap waktu:

Sarapan Pagi

  • Dibuka dari 8 pagi, korang boleh isi perut sebelum masuk kerja dengan aneka kuih muih, nasi lemak dan mi goreng yang sedap-sedap.

Makan Tengah Hari

  • Nasi Campur yang antara yangpaling berbaloi di sekitar kawasan! Min challenge korang cari nasi campur lebih murah dari RM6.90, ha, nilah harga nasi dan lauk korang boleh dapat dengan nasi yang banyak dan lauk yang mengenyangkan.Cubalah nanti beritahu kami.

Minum Petang

  • Nak mengeteh tapi ada RM2 je? Kat sini boleh! Harga minuman panas dari RM1.90 dan minuman sejuk hanya dari RM2.90.

Makan Malam

  • Waktu malam merupakan masa untuk berehat dan tengok bola dengan skrin projector yang dilamparkan di luar Food Bazaar. Jangan lupa order ikan bakar dia tau! Tempat makan best ni menyediakan “atmosphere” yang santai untuk anda berkunjung dengan kawan-kawan dan keluarga.Wah boleh kalah lepak mamak macam ni.

Tak Perlu Pakai Tunai

Dah seronok makan tapi tak cukup duit dalam dompet? Jangan risau, tak perlu mencari ATM untuk keluarkan duit kerana anda boleh bayar menggunakan fasiliti cashless di Food Bazaar. Lagi senang!

Cawangan Akan Datang

Banyak cawangan sebenarnya akan dibuka. Jadi memang akan meriah. Cawangan mereka yang lain akan dibuka pada tahun 2024. Pastikan anda singgah bila Food Bazaar secara rasminya dibuka. Mereka beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Semua dijemput hadir jadi tunggu apa lagi guys? Jangan lepaskan peluang ni ya!

  • Food Bazaar Subang Perdana – Dibuka pada Disember 2023
  • Food Bazaar Chow Kit – Dibuka pada 2024
  • Food Bazaar KL Eco City – Dibuka pada 2024
  • Food Bazaar Subang Jaya – Dibuka pada 2024

Lokasi dan Info

food bazaar

Food Bazaar Subang Perdana

Jalan Dinar U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

Google Maps: Food Bazaar Subang Perdana

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 12 tengah malam, 7 hari seminggu

Phone: 012-9218302

Untuk maklumat lanjut bloeh KLIK SINI

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.