Siapa kenal Shaniena Natasya yang popular di Tiktok tu? Inilah pemilik kepada Mafia Kunafa Stall yang terletak Lebuh Chulia Georgetown Penang. Sebelum ni, beliau berniaga di Perlis, sekarang di Penang pula. Pasti tak sabar nak tahu Kunafa tu apa?

Khas kepada peminat makanan Timur Tengah, kanefah atau kunafa adalah makanan pencuci mulut yang diperbuat dengan pastri berputar dengan kaedah rendaman dengan sirap manis berasaskan gula yang digelar attar. Kemudian makanan ini dilapis dengan keju atau bahan seperti pistachio, kacang, krim beku dan lain-lain lagi. 

Imej via [Facebook]

Kita pun tahu, Penang adalah syurga makanan, memang tak salah lagi apabila bercuti di Georgetown, boleh makan Mafia Kunafa! Ia adalah gerai kecil tetapi menarik dan wajib anda kunjungi. Jika datang awal, anda mungkin tak perlu beratur panjang. Jika lambat, sudah pasti ramai yang tak sabar-sabar menunggu kunafa masing-masing.

Imej via [Facebook]

Pelbagai Pilihan Kunafa | Menu Mafia Kunafa

Pelbagai pilihan menu kunafa yang menarik seperti Kunafa keju, Krim Kunafa, Ais Krim Kunafa, Coklat Kunafa serta Baklava. Semuanya dimasak di gerai tersebut sejurus anda membuat pesanan. Apabila siap dan dimakan panas-panas, rasanya sangat sedap. Tak cukup satu, lebih baik terus beli banyak.

Imej via [mstar]

Menu kunafa yang terdapat di sini berbeza dari segi perisa dan anda boleh pilih apa sahaja perisa yang anda suka.

  1. Kunafa Keju
  2. Kunafa Krim
  3. Kunafa Ais Krim
  4. Kunafa Coklat
  5. Kunafa Baklava
Imej via [facebook]

Segala chess, kejut, krim, coklat dan baklava yang diletakkan sangat pekat dan membuatkan kunafa mereka sangat sedap dan lazat. Ia turut dimasak oleh Chef atau Staff yang berpengalaman dalam penyediaan menu Kunafa. Bukan semua orang masak sedap, tetapi yang pandai masak mestilah ramai yang suka.

Imej via [facebook]

Kunafa yang anda tempah akan dibungkus di dalam bekas makanan kertas dan disediakan dengan begitu kemas. Mudah untuk anda bawa dan makan di mana sahaja.

Suasana Mafia Kunafa Stall

Imej via [facebook]

Walaupun gerainya di tepi jalan Lebuh Chulia, Georgetown Penang, ia sangat trending dan viral sehingga ramai berpusu-pusu ke sini. Ia merupakan kawasan yang santai dan menarik, sambil berjalan-jalan bolehlah kita menikmati kunafa. Makanan yang disediakan akan dibungkus kerana ia tidak mempunyai tempat makan di kedai.

Sekiranya anda ingin menempah kunafa untuk majlis, kenduri dan sebagainya, anda boleh terus hubungi mereka. 

Anda juga boleh melihat mereka menyediakan kunafa sementara menunggu. Proses memasak dan menyediakan hidangan ini sangat menyeronokkan. Bagi sesiapa yang belum pernah ke Mafia Kunafa, datang sekali dan rasanya kesedapan kunafa, pasti akan datang lagi!

Jom baca juga Restoran Patatimo Wangsa Maju KL.

Lokasi: ​​Lebuh Chulia, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Buka: 5 Petang – 2 Pagi

Telefon: 011-37693207

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.