Nak makan nasi lemak sedap di Penang? Gerai Nasi Lemak Cili Bilis tempatnya. Ia pernah dinobatkan sebagai Juara Nasi Lemak pada Pertandingan Penang Hawker Masters 2012.

Cili Bilis menjadikan nasi lemak sebagai menu utama. Ini kerana ianya mudah dimakan dan merupakan antara menu yang diminati rakyat Malaysia. Waktu petang dan malam dipilih kerana nasi lemak kini bukan sahaja untuk sarapan. Malah sesuai dijadikan hidangan makan malam.

Gerai Nasi lemak kukus sedap di Penang ini terletak di Medan Selera Persiaran Gurney, Pulau Pinang. Beroperasi mulai pukul 5 petang setiap hari, gerai ini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan.

nasi lemak cili bilis

Imej via Facebook

Keistimewaan Nasi Lemak Cili Bilis

Rahsia keenakan nasi lemak Cili Bilis ialah kerana menggunakan santan kelapa sawit dan bukannya santan kelapa. Memasak cara itu menjadikan nasinya sedap dan tidak mudah basi selain kandungan kolesterolnya rendah.

Sambalnya pula disediakan secara tradisional iaitu menggunakan cili yang digiling dengan lesung. Hasilnya sambal yang dimasak lebih sedap dan tahan lama.

Selain itu sambal yang sedap pula dimasak dengan bahan-bahan campur resipi keluarga. Ia menjadikan sambal tumis cili bilis ini lain daripada yang lain.

Ayam pula digoreng bersalut tepung menjadikannya garing dan sedap dikunyah.

Ayam goreng tepung yang digoreng khas bersama adunan rempah pasti menjadi pilihan utama bagi penggemar ayam goreng. Tambahan pula dengan rasa ayam goreng  yang telah diperap, disertai rasa rempah sedap dan herba yang telah meresap masuk ke dalam daging ayam. Pasti akan menambah rasa serta menyelerakan.

Walaupun ringkas, dengan harga yang berpatutan nasi lemak ini antara nasi lemak yang sedap di Pulau Pinang. Selain rakyat Malaysia pelancong asing suka mencuba menu tradisi tersebut.

Nasi lemak ini dijual dengan set asas nasi lemak bersama telur rebus, sambal,ikan bilis dan juga kacang tanah. Ia boleh ditambah dengan ayam goreng yang sedap dan telur goreng.

nasi lemak

Lokasinya yang strategik di kawasan tumpuan pelancong. Ini yang saya mahukan anda datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk lepak dan menikmati menu Nasi Lemak Cili Bilis di Penang yang popular dan sedap.

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.