LOKL Coffee Co adalah tempat yang sesuai buat anda yang ingin bersarapan dan bersantai-santai sambil minum kopi. Kafe kopi ini menyediakan makanan sarapan pagi, tengah hari, kopi dan desert.

Selain menjamu selera, biasanya pengunjung datang untuk relaks, berborak bersama rakan, membaca buku kerana suasana kafenya yang tenang. Bukan saja penduduk tempatan yang datang malah pelancong luar negara juga suka datang ke kafe ini.

lokl coffee
Imej via [google]

Suasana dan hiasan dalam kafe kopi ini sangat elegan dan stylish. Penggunaan latar dinding berbatu bata, meja kayu yang kelihatan klasik, lampu orennya yang memancar menaikkan seri kafe ini.

Selalunya orang gemar mengambil foto kopi untuk Instagram, bahkan persekitaran LOKL Coffee ini juga tak kalah menariknya untuk dirakam.

lokl coffee
Imej via [malaysia]

MENU UTAMA KEDAI KOPI LOKL COFFEE CO

LOKL Coffee menyediakan makanan berat dan ringan untuk sarapan dan makan tengah hari. Untuk sarapan pagi, terdapat pelbagai juadah istimewa seperti LOKL breakfast, Asa Gohan, Colombian Scrambled Eggs, Truffle Croque Madame, Breakfast Burger dan lain-lain lagi.

Juga hidangan yang manis-manis seperti Fluffy Pancakes, Oatmeal Waffles,  LOKL Granola Bowl. Bukan saja rasanya lazat bahkan dekorasi dan hidangan pinggan juga menarik.

lokl coffee
Imej via [google]

Sesuai dengan nama kafe ini, sudah tentu kopinya menjadi kegilaan pelanggan. Pelbagai variasi kopi pahit atau manis yang disediakan di sini adalah seperti Brew Coffee, Coffee Bon Bon, Oat Milk Latte, Cappuccino, Americano, Caramel Latte dan pelbagai kopi barat yang lain. Kopi tempatan seperti Kopi O dan Kopi Susu juga boleh didapatkan di sini.

kopi
Imej via [google]

Di samping itu, makanan berat yang lain berunsurkan pasta dan nasi juga boleh dinikmati, jangan dilepaskan peluang untuk mencubanya.

Antara menu terbaik kedai kopi ini adalah Balinese Chicken Bowl, Honey Braised Beef Bowl, Summer Pasta, Spicy Prawn Aglio Olio dan macam-macam lagi.

MENU LAIN DI KAFE KOPI LOKL COFFEE CO

Jika anda bukan peminat kopi, jangan risau kerana di sini juga terdapat minuman lain yang ditawarkan. Beberapa teh yang menjadi pilihan pelanggan adalah English Breakfast, Earl Grey, Chamomile, Peppermint dan Green Tea. Untuk minuman sejuk pula ada disediakan Orange Juice, Passion Fruit Soda, Coconut, Ginger dan sebagainya. 

Seterusnya, terdapat homemade dessert yang manis dan menyelerakan. Antaranya adalah Creme Brulee, Brownies, Gula Melaka Burnt Cheese Cake dan Lemon Poppy Seed Cake.

lokl coffee
Imej via [google]

Jom rasai pengalaman berkunjung ke LOKL Coffee Co lepak bersama rakan sambil menghirup kopi panas. Harga hidangan tidak terlalu mahal, sedang-sedang saja. 

Lokasi: 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8 am – 5 pm
No Telefon:  018-9685515


Jom baca juga Nasi Lemak Wanjo Di Kampung Baru, Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi dan Nasi Kandar Kudu Abdul.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.