Tidak asing lagi, hampir semua orang sukakan froyo terutama sekali Llaollao yang popular dikalangan peminat froyo. Sudu hijaunya yang menjadi tarikan kepada kesedapan froyo mereka! Tetapi, Llaollao baru saja melancarkan berita gembira dengan memperkenalkan Mini Cookies Smoothie buat pelanggan mereka.

 

Imej via everydayonsales

Llaollao berikan kita pilihan untuk pilih toppings ikut selera masing-masing. Antaranya adalah, buah-buahan, sos atau biskut. Jika anda peminat tegar Llaollao, anda pasti juga tidak akan berasa puas akan keenakan sos karamel dan cebisan biskut.

Imej via LLaollaoweb

Namun, adakah anda tahu semua perisa smoothies Llaollao?  Seperti sedia maklum, Llaollao hanya ada 4 perisa smoothies iaitu kelapa, bariloche, red queen dan golden. Mini Cookies Smoothie akan menjadi smoothie kelima Llaollao! Smoothie baru ini mengandungi bahan-bahan popular yang menjadi pilihan ramai seperti lotus caramel sauce.

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.