The Lengkuas Café telah dibuka seawal bulan Februari 2018. Ia terletak di Argyll Road dan berhadapan dengan MinGood Hotel yang menyajikan hidangan warisan turun – temurun masyarakat negeri Pulau Pinang.

Hidangan yang disediakan di sini menggunakan rempah yang dibuat sendiri oleh Yus iaitu pemilik The Lengkuas Café ini. Uniknya rempah ratus yang dihasilkan di restoran ini merupakan resepi bondanya. Maka, tidak hairanlah jika tekstur serta rasa hidangan di sini tidak sama di restoran lain.

Lengkuas Bahan Rahsia

The Lengkuas Café menggunakan lengkuas sebagai bahan rahsia di dalam hampir ke semua masakan yang disajikan. Malah, hidangan Laksa Cik Umi yang disediakan turut menggunakan bahan ini dan anda mesti cuba untuk merasai kelainannya. Confirm terangkat punyalah.

Serabai

Imej via facebook

Menu Menarik dan Pasti Menyelerakan

Pelbagai menu dihidangkan di restoran ini dan mendapat sambutan dari penduduk tempatan dan juga luar. The Lengkuas Café turut memperkenalkan semula hidangan tradisi rakyat Pulau Pinang yang sering menjadi hidangan popular suatu tika dahulu.

Nasi Kacang sangat digemari oleh rakyat Pulau Pinang dahulu kala. Ia enak dimakan bersama Daging Masak Hitam Mamak.Namun, ia semakin dilupakan pada masa kini. Oleh sebab itu, Yus cuba untuk mengetengahkan semula hidangan ini.

Selain Nasi Kacang, serabai juga merupakan menu tradisi yang turut terkenal suatu masa dahulu. Kini, ia telah mendapat sambutan hangat dan mendapat tempat di hati para rakyat Pulau Pinang.

Roti Jala

Imej via facebook

Antara kelainan yang ditonjolkan di restoran ini adalah menu terbaru iaitu roti benggali yang dihidangkan bersama gulai daging. Menu ini menjadi menu sarapan pagi yang sangat terkenal di Pulau Pinang. Terdapat juga hidangan roti jala yang turut menjadi santapan penduduk sekitar di waktu pagi.

Hidangan lain yang turut mendapat perhatian adalah Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah. Ia tidak ubah seperti hidangan lauk kenduri yang sering kita nikmati tatkala majlis undangan perkahwinan. Keenakannya terserlah apabila dihidangkan bersama timun dan juga sayur buncis.

Dekorasi Ringkas Dengan Gambar Lama

Hiasan dalaman restoran ini menggunakan gambar – gambar keluarga pemilik restoran ini bermula dari zaman foto hitam putih hinggalah ke generasi terkini. Suasana yang santai serta selesa membuatkan ia sesuai untuk seisi keluarga.

Kelihatan juga pokok – pokok lengkuas ditanam di sebelah hadapan restoran. Ruang makan di restoran ini mempunyai dua kawasan yang berbeza iaitu kawasan outdoor dan juga indoor bagi para pelanggan menjamu selera.

Restoran ini turun bersedia menerima tempahan untuk sambutan majlis harijadi, reunion party serta majlis – majlis secara kecil – kecilan.

Dessert

Imej via facebook

Dessert Enak Sudah Pasti

Selain hidangan utama, restoran ini turut menyajikan hidangan dessert untuk santapan para pelanggan. Antara menu yang disajikan adalah Bubur Pulut Hitam, Cheese Cake dan juga Serawa Pisang yang begitu mempersonakan. Harga dessert pula adalah sangat berpatutan antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja.

Bagi yang ingin mencuba makanan di sini boleh datang mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 9.00 malam setiap hari.

Alamat : 161-A Argyll Road , 10050 George Town, Pulau Pinang

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.