Peminat – peminat makanan Jepun tidak perlu terbang sehingga beribu batu untuk menikmati makanan dari negara tersebut lagi.

Makanan Jepun kini boleh anda nikmati di Konichiwa Cafe’ yang merupakan salah satu restoran masakan yang  menghidangkan menu utama makanan Jepun, makanan Barat dan juga masakan tempatan.

 

Assorted Sushi

Imej via facebook

 

Ia ibarat restoran yang menghimpunkan pelbagai pilihan menu di bawah satu bumbung.

Restoran ini terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor sering menjadi tarikan kepada para pengunjung kerana ia terletak di sebelah jalan utama kawasan tersebut.

Konichiwa membawa maksud Selamat Tengahari/Petang/Malam/Hai Semua sangat sesuai mengalu – alukan kedatangan para pelanggan.

Konsep Jepun

Dekorasi restoran ini mengetengahkan konsep moden kontemporari yang turut dimasukkan dengan elemen Jepun.

Restoran ini menggunakan susunatur yang ringkas dan kemas sekali.

Ia juga boleh menampung sehingga 30 orang pelanggan pada satu – satu masa.

Bagi yang ingin mengadakan majlis di sini ia juga agak bersesuaian kerana ruangan yang mencukupi buat para pelanggan.

Beef Udon

Imej via facebook

Restoran ini menawarkan sebanyak 70 peratus hidangan makanan Jepun, manakala 30 peratus lagi adalah hidangan makanan tempatan dan juga Barat.

Bagi mengekalkan rasa asli hidangan sushi serta hidangan makanan Jepun yang lain, bahan – bahan khas telah diimport dari Jepun.

Walaubagaimanapun, bahan – bahan yang digunakan adalah halal dan pelanggan tidak perlu risau dengan isu halal.

Kadar harga makanan di sini bermula serendah RM 0.50 sahaja hinggalah RM 39.90 sahaja.

Menu Makanan Pelbagai

Bagi seksyen makanan Jepun, terdapat Japanese Appertizer yang boleh dicuba seperti Cheezy Tori Karage dan Agedashi Tofu.

Okonomiyaki yang dihidangkan di sini merupakan Japanese Seafood Pizza.

Makanan Barat yang boleh anda cuba adalah Grilled Chicken Chop nya yang lembut dan sedap.

Mee Udang Serai

Imej via facebook

Selain itu, boleh juga anda mencuba Lamb Chop, Spaghetti dan juga Aglio Olio yang sememangnya superb.

Makanan tempatan juga boleh anda nikmati tanpa ragu – ragu kerana ia turut menghidangkan Mee Udang Serai, Mee Kari Bonda dan juga Konichiwa Fried Rice yang merupakan antara menu istimewa di sini.

Chef Melayu Asli

Kalau anda nak tahu, Chef Jeffri merupakan tulang belakang utama bagi Konichiwa Café ini.

Beliau mempunyai pengalaman selama 32 tahun dalam bidang penyediaan makanan Jepun.

Pernah menetap di Dublin selama 15 tahun dan kemudiannya menetap semula di Malaysia dan wujudlah restoran ini.

Adunan resepi telah diubah bagi menjamin kehalalan makanan Jepun yang dihidangkan buat pelanggan Muslim.

Okonomiyaki

Imej via facebook

Perkhidmatan Katering

Restoran ini turut menyediakan perkhidmaan katering bagi pelbagai jenis majlis keraian dengan harga yang berpatutan.

Waktu Operasi

Restoran ini beroperasi 6 hari seminggu yang bermula pada jam 12.00 tengahari bagi hari Selasa hingga Ahad.

Manakala pada hari Jumaat pula, ia mula beroperasi mulai jam 2.30 petang.

Restoran ini ditutup pada jam 11.00 malam setiap hari.

Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.