Restoran ini menyediakan hidangan masakan Thai yang menghidangkan beberapa menu istimewa dan unik sememangnya berbeza dari restoran lain. Menu seperti somtam, siakap kukus limau dan tom yam merupakan hidangan yang sering dipesan jika berkunjung ke mana –  mana restoran tom yam.

Namun, jika anda berkunjung ke Restoran Kaisar ini, anda disarankan untuk mencuba menu sotong kukus limau dan juga daging masak daun limau yang semestinya begitu membuka selera. Sotong kukus limau yang dihidangkan disumbat dengan isi ayam dan juga suhun dengan rasa masam dan manis yang begitu seimbang dan enak sekali.

Hidangan Thai Sewaktu Makan Tengahari

Restoran yang dimiliki oleh Datin Seri Hajah Norzarina ini menyajikan hidangan makanan Thai pada waktu siang untuk dinikmati oleh pelanggannya. Kebiasaannya hidangan makanan Thai hanya dihidangkan pada sebelah malam, namun di restoran ini adalah sebaliknya.

Tomyam

Imej via facebook

Hidangan daging masak daun limau juga tidak kurang hebatnya. Perapan rempah yang digunakan untuk diperap bersama daging merupakan resepi rahsia.

Tomyam yang terdapat di sini juga mempunyai rasa yang membuatkan anda terangkat. Kuahnya yang pekat membuatkan anda pasti berselera menghirupnya, ditambah pula dengan kemanisan makanan laut seperti sotong, udang dan juga kupang.

Hidangan tomyam juga lebih padu jika dipadankan dengan ikan siakap tiga musim yang merupakan menu popular di sini. Istimewanya menu ini adalah, ikan siakap ini mempunyai tiga rasa yang berbeza di bahagian badan yang berbeza.

Udang Butter

Imej via facebook

Pada bahagian kepala ikan siakap ini dimasak tiga rasa, bahagian badan pula di stim limau manakala ekornya pula digoreng garing dan dilimpahi dengan mayonis. Menu ini tercetus bagi membolehkan seisi keluarga yang datang bersama anak kecil menjamu selera hidangan yang sama.

Anda boleh juga mencuba menu telur goreng Kaisar yang begitu unik di mana ia berintikan cebisan ayam atau daging. Ia juga agak popular dan turut dikenali dengan nama telur sarang burung. Telur ini juga kelihatan seperti telur dadar, namun cef restoran telah menjadikannya rangup serta kurang berminyak dan sesuai dinikmati oleh semua.

Kaisar Thai Big Platter Mesti Cuba

Bagi yang pertama kali berkunjung ke restoran ini, boleh juga mencuba Kaisar Thai Big Platter yang mempunyai dua set yang berbeza. Ada set A dan juga set B. Sekiranya anda memilih set A, anda akan dihidangkan dengan nasi putih, kerabu mangga, tomyam, udang mentega, ketam tiga rasa. Ada juga ayam gajus, sotong celup tepung dan juga ulam – ulaman.

Pulut Mangga

Imej via facebook

Hidangan set B terdiri dari nasi putih, kerabu mangga, tom yam, udang bakar, daging bakar, ikan bakar dan ayam pandan. Penggemar hidangan shell out juga boleh mencuba hidangan tersebut di sini dengan rasa kuah pedas yang begitu istimewa.

Antara lain yang turut dihidangkan adalah Kaisar salad roll, kerabu maggi, pulut mangga, lock chin Thai dan juga aiskrim kelapa yang begitu menenangkan hati dan perut yang kekosongan. Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 12.30 tengah hari hingga jam 11.00 malam.

Alamat: 23-1 PJS 2/16A Taman Maju Jaya, 46000 Petaling Jaya,  

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.