Baru baru ini, KFC telah memperkenalkan hidangan terbaru iaitu “KFC Green Chili Crunch“. Namanya sahaja sudah cukup menarik, inikan pula rasa hidangannya sendiri! Anda pasti tak sabar nak tahu rasa dan rupa menu ini, bukan?

KFC – bila kami sebut sahaja nama restoran makanan segera ini yang cukup terkenal ini, kami yakin anda pasti akan kecur air liur memikirkan keenakan setiap hidangannya.

kfc green chili

Imej via KFC Green Chili Crunch

Mana tidaknya, setiap kali KFC mengeluarkan set atau combo yang baru, anda (termasuk kami sendiri) pasti tak sabar-sabar nak cuba, bukan? Sehinggakan sanggup beratur panjang dan mencari ruang parkir. Fuh, memang hebat penangan KFC ni!

Berikut kami sertakan ulasan tentang KFC Green Chili Crunch (sedikit peringatan, dijamin 100% akan bikin anda terliur walaupun tak lapar). Teruskan membaca!

KFC Green Chili Crunch, Rasa & Warna Seiring Namanya

KFC Green Chili Crunch

KFC Green Chili Crunch

Dari namanya sahaja pasti anda boleh teka KFC Green Chili Crunch ini bagaimana rupanya – semestinya persis namanya. Ayam goreng rangup yang berwarna hijau, sangat menarik!

Gabungan herba asli seperti daun parsley, limau nipis dan cili yang menggandakan kesedapan menu ini – memang terbaik!

Dari segi rasanya pula, ayam goreng ini pedas dan rangup. Kepedasan ayam dengan rasa daun parsley dan limau nipis memang secukupnya.

Gabungan Herba Asli yang Mantap

Bercakap soal herba asli, gabungan daun parsley, limau nipis dan cili ini sejujurnya sangat mantap! Maklumlah, orang kita memang suka makan makanan yang kaya dengan rempah dan herba, bukan?

KFC Green Chili Crunch

KFC Green Chili Crunch

Gabungan daun parsley dan limau nipis untuk ayam nya bukan sahaja menaikkan rasa, malah menaikkan warna hijaunya. Warna hijau hidangan ini memang membangkitkan selera, ditambah pula dengan aroma herba asli yang cukup memikat, amat menggoda!

Kepedasannya ditambah pula dengan rasa herba yang cukup menakjubkan. Semakin dikunyah, semakin terasa kehangatan herbanya, sangat best!

Ayamnya juga rangup di luar namun lembut dan juicy isinya. Sudahlah kaya dengan herba dan warna, enak pula rasanya. Pendek kata, seribu keistimewaan dalam satu menu!

Harga Set Combo Yang Sangat Berpatutan

Terdengar sahaja tentang set combo, pasti ianya bikin anda mula meloncat kegembiraan bukan? Ya, hidangan ini semestinya didatangkan dengan set combo yang berbaloi-baloi!

Ada dua jenis set combo yang boleh anda pilih – 2 pc Combo yang berharga RM 14.90 per set dan 3 pc Combo yang berharga RM 18.90. Jadi, apa beza kedua-duanya?

KFC Green Chili Crunch

Set Combo 3pc

coleslaw KFC

KFC Coleslaw

whipped potato KFC

KFC Whipped Potato

Untuk setiap combo, anda akan didatangkan dengan Coleslaw (1), Kentang Putar atau Whipped Potato (1) dan minuman Pepsi (1). Yang membezakannya ialah jumlah ayam, di mana 2 pc Combo ada dua ketul ayam goreng manakala 3 pc Combo ada tiga ketul ayam goreng.

Kedua-duanya memang set combo yang sangat berbaloi. Tambahan pula, harganya berpatutan dengan kualiti dan kuantiti yang ditawarkan. Tetapi, jika anda dambakan kekenyangan dan kelazatan yang lebih berganda, kami cadangkan anda pesan set 3 pc Combo.

Bak pepatah Inggeris “the more the merrier”, sejujurnya set 3 pc Combo ini menawarkan kekenyangan dan kelazatan yang lebih berganda. Bayangkan, tiga ketul ayam goreng bersaiz besar yang kaya dengan herba asli seperti limau dan daun parsley – menakjubkan! Silap-silap, anda akan tambah berpinggan-pinggan!

Kesimpulan

Secara keseluruhan, kami beri KFC Green Chili Crunch lima bintang! Didatangkan dengan banyak keistimewaan, ianya satu hidangan yang kaya dengan rasa, warna, kuantiti serta kualiti. Harga untuk set combo juga sangat berpatutan, memang rugi kalau tak cuba.

Teringin mencuba ayam goreng hijau yang bukan sahaja menarik warna hijaunya malah terlajak lazat rasanya? Lekas terjah outlet KFC berdekatan dengan anda dan pesan mana-mana set combo KFC Green Chili Crunch!

Klik sahaja di link di bawah untuk mencari KFC outlet terdekat dengan anda. Akhir kata, selamat menikmati hidangan KFC Green Chili Crunch dengan penuh selera!

https://kfc.com.my/find-a-kfc/



Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.