Osaka merupakan kota metropolis kedua terbesar selepas Tokyo yang terletak di Pulau Jepun Honshu. Ia merupakan sebuah pusat kebudayaan serta komersial di kawasan tersebut. Terkenal dengan seni bina moden, suasana malam yang ceria serta makanan Jepun yang begitu pelbagai.

Sebagai seorang pengembara muslim, pastinya anda tercari – cari mungkinkah ada tempat makan yang halal di Osaka ? Kalau anda ingin tahu, Osaka mempunyai restoran yang memiliki sijil pengesahan Halal. Berikut merupakan 6  buah restoran Halal terbaik yang terdapat di Osaka ini.

#1. Sanuki U-Don

Restoran ini menyediakan hidangan mee udon berkonsep layan diri. Berikutan konsep layan diri, anda perlu bergerak dari kaunter ke kaunter, mengisi dulang anda dengan semua jenis hidangan seperti udon dalam sup, bola ikan, tempura, inari (tauhu goreng yang berasap dengan nasi), nigiri (bebola nasi) dan banyak lagi.

Nasi Tempura

Imej via facebook

Ia terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Restoran ini dikenali sebagai Sanuki U-don telah mendapat pengiktirafan akreditasi halal dari Konsultasi & Latihan Halal Malaysia. Kansai In-Flight Catering Co. yang merupakan sebahagian daripada pengendali rangkaian restoran Royal Holdings Co. mendapat permintaan untuk makanan halal dari orang yang melancong ke negara – negara Islam.

Mee Udon

Imej via facebook

Sebaik sahaja turun dari pesawat, anda boleh menikmati hidangan makanan Jepun di sini. Ia dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Alamat : Di dalam Kuukou Minami Noren, Kansai International Airport Terminal 1, 2F, 1 Senshukukoukita, Izumisano-shi, Osaka-fu 549-0001

#2. Kennyasia

Restoran Kennyasia ini juga merupakan restoran makanan halal. Ia menghidangkan makanan asli Malaysia yang boleh anda nikmati dengan gembira di sini. Antara hidangan yang disediakan adalah laksa, rojak, nasi ayam, teh tarik serta banyak lagi.

Laksa Mee

Imej via facebook

Restorana halal ini berada di Dotonbori – Namba diusahakan oleh pasangan dari Malaysia. Kebanyakan pelancong Malaysia yang beragama Islam akan singgah ke restoran ini bagi menjamu selera hidangan klasik rakyat Malaysia. Untuk mencari restoran ini mudah sahaja kerana di luar restoran terdapat bendera Malaysia yang digantung berkibar menunjukkan kebanggaan rakyat Malaysia.

Nasi Ayam

Imej via facebook

Pastinya anda dapat melihat kibaran bendera Malaysia ini dari jauh. Jangan lupa untuk singgah di sini.

Alamat: 1-7-25 Sennichimae, Chuo-ku, Osaka 542-0074, Prefektur Osaka

#3. Ganko Osaka Houzenji

Bercuti ke Osaka, Jepun pastinya menyeronokkan. Tambahan pula terdapat pelbagai makanan tradisional Jepun yang boleh anda nikmati tanpa ragu kerana hidangannya adalah halal. Ganko Osaka Houzenji menyediakan hidangan makanan tradisional masyarakat Jepun (washoku) dan disahkan halal oleh Majlis Halal Kyoto.

Tempura

Imej via facebook

Restoran ini terletak di kawasan Namba, mempunyai suasana makan tradisional yang begitu selesa, sushi bar dengan barisan sushi yang menarik. Pelayan restoran ini turut mengenakan kimono yang begitu cantik sekali. Menu halal yang terdapat di sini terdiri dari tiga set bento yang sememangnya menyelerakan, namun anda perlu membuat tempahan 3 hari lebih awal bagi memastikan ia tersedia.

Bento

Imej via facebook

Restoran ini pada hakikatnya turut menyediakan makanan bukan halal, namun bagi penyediaan makanan halal untuk Muslim, dapur khas untuk makanan halal disediakan secara berasingan lengkap dengan peralatan, perkakasan dan juga pengangkutan.

 Alamat: 1-2-2, Namba, Tyu-ouku Osaka-shi, Osaka

#4. Ali’s Kitchen

Bagi peminat masakan Asia Selatan, India dan juga Pakistan, anda boleh menjamu selera di Ali’s Kitchen. Ia diusahakan oleh usahawan Pakistan yang bernama Ali, seorang yang begitu mesra pelanggan dan juga menawan. Restoran ini menyajikan hidangan Arab dan Pakistan seperti roti naan, nasi beriyani, kari dan juga banyak lagi. Ia menggunakan rempah ratus tradisional yang sebenar.

Nasi Beriyani

Imej via facebook

Restoran ini terletak hanya 5 minit dari stesen Shinsaibashi, selain menyajikan lebih dari 25 hidangan Arab, ia turut menyediakan hidangan bento yang menyelerakan. Bagi seorang vegetarian, anda boleh mendapatkan lebih 30 hidangan vegetarian di sini.

Nasi Beriyani

Imej via facebook

Restorasi ini mempunyai dekorasi hiasan Arab yang kelihatan begitu vintaj serta memiliki sentuhan tambahan yang begitu bagus.

Alamat: 4 Chome-13-2 Owada, Nishiyodogawa-ku, Osaka-shi, Osaka-fu 555-0032

#5. Genji

Mencuba daging wagyu di Jepun sememangnya mengujakan. Bagi anda yang berada di Osaka, boleh mencuba hidangan di Hotel Hilton, Osaka. Ia menyediakan daging wagyu dari pembekal daging halal iaitu USHI –yang diperakui halal oleh Japan Islamic Trust.

Daging Waghyu

Imej via facebook

Hidangan daging wagyu ini akan dihidangkan diatas pinggan yang dilekatkan dengan logo halal menandakan masakan tersebut adalah halal. Restoran Genji ini juga menyediakan pelbagai hidangan lain yang mesra Muslim seperti nasi, tempura, sushi, sayur – sayuran panggang serta pencuci mulut yang berkualiti tinggi seperti waffle daging Hokkaido.

 

Sushi

Imej via facebook

Anda dinasihatkan membuat tempahan awal sebelum menjamu selera di sini bagi mengelakkan kekecewaan. Bagi yang ingin menginap di hotel ini, anda boleh meminta sejadah, kompas kiblat serta senaskah Al-Quran kerana hotel ini sangat menghormati tetamu Islam.

Alamat: 1-8-8, Umeda, Kita-ku, Osaka city, Osaka

#6. Ramen Honolu

Ramen pedas sememangnya menyelerakan. Tambahan pula dimakan bersama nasi sememangnya gabungan yang begitu sinonim. Sekiranya anda tercari – cari ramen pedas serta halal di Osaka, anda boleh datang ke Ramen Honolu yang terletak di Namba.

Ramen

Imej via facebook

 

Ia merupakan restoran ramen halal yang pertama dibuka di Osaka. Restoran ini menyediakan mee ramen yang begitu enak diiringi dengan sup ayam yang dimasak selama 8 jam pastinya mengasyikkan. Anda boleh memilih jenis hidangan samada pedas mahupun lebih pedas.

Ia ibarat syurga bagi pencinta hidangan pedas. Selain nasi dan ramen, anda boleh mencuba hidangan gokar ayam Nikkoken dan ayam panggang bersama nasi. Restoran ini tidak mempunyai sijil pengiktirafan halal kerana turut menyediakan minuman beralkohol. Namun, semua bahan masakan yang digunakan adalah halal.

Ramen

Imej via facebook

Jadi, anda boleh membuat keputusan sendiri sebelum menjamu selera di sini. Ruang solat turut disediakan oleh pihak restoran bagi memudahkan menunaikan solat. Restoran ini mempunyai 3 waktu operasi yang berbeza iaitu dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu mulai jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang (tengahari) dan 5.00 petang hingga 9.00 malam (makan malam). Pada hari Ahad pula ia dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 9.00 malam (makan malam).

Alamat: 1F, 2-5-27 Motomachi, Naniwa-ku, Osaka-shi, Osaka 556-0016

Pastinya anda telah mempunyai sedikit rujukan berkaitan restoran halal dan juga mesra Muslim yang boleh dijadikan panduan untuk menjamu selera. Sememangnya tidak semua restoran di Osaka ini memiliki sijil pengesahan halal, namun terdapat juga restoran yang mesra Muslim di mana ia menyajikan hidangan – hidangan menggunakan bahan – bahan halal sahaja.

Namun, bagi anda yang ragu – ragu untuk menjamu selera di restoran mesra Muslim, anda boleh menjamu selera di restoran yang mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan Jepun. Elakkan perasaan ragu – ragu anda dengan membuat pilihan yang tepat.

Penulis: Harwati Rukari

Harwati Rukari

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.