Ya, ia bukan lagi sekadar mimpi. Ianya kini menjadi kenyataan. Sebelum ini para doktor pernah mencadangkan untuk menggunakan kepingan coklat untuk diletakkan dalam sandwich. Tetapi kita tidak pernah ianya terjadi.
Tetapi kali ini, orang Jepun yang terkenal dengan kegilaan mereka telah melakukannya. Syarikat Jepun yang dikenali sebagai Bourbon telah mula menjual kepingan coklat seperti yang kita lihat di pasar raya yang menjual cheese. Setiap bungkusan mengandungi 5 kepingan coklat yang setebal 0.08inch.
Jika anda berminat, anda boleh membeli secara online di website mereka dengan pembelian secara pukal 12 bungkusan yang dijual pada harga US$27.
Info lanjut : shop.bourbon.jp
Kredit gambar : ameblo.jp