Kelate Kitchen Kuala Lumpur sangat terkenal dengan masakan kelantan iaitu nasi kukus dan nasi kerabu. Kurang dari 5 tahun beroperasi, siapa sangka Kelate Kitchen KL ini juga pernah viral akan nasi kerabunya.
Restoran yang menyajikan masakan dari negeri Che Siti Wan Kembang iaitu masakan kelantan ini menepati citarasa kita semua kerana makanannya benar-benar lazat. Kelate Kitchen ini sangat selesa untuk kita mengadakan makan-makan bersama kawan-kawan, keluarga, kawan pejabat dan lain-lain lagi.
Jom lihat antara menu makanan Kelate Kitchen yang menjadi pilihan ramai.
Masakan kelantan yang terkenal di Restoran Kelate Kitchen ini adalah nasi kukus dan nasi kerabu. Namun, anda boleh memilih banyak jenis lauk atau nasi yang anda mahukan. Berikut adalah antara pilihan menu kegemaran ramai pelanggan.
Untuk menu-menu ini, harga bermula dari RM 5.50 sehingga RM 7 sahaja. Makanan di sini sangat berpatutan dan berbaloi kerana sedap! Sangat puas hati bagi mereka yang teringin nak makan makanan orang Kelantan.
Bagi menu masakan kelantan seperti Nasi Kerabu Kambing Bakar dan Nasi Kerabu Kambing dan ayam pula bermula dari harga RM 14 sehingga RM 16 sahaja. Sangat berbaloi kan?
Dari segi minuman, anda boleh menikmati minuman istimewa dari Kitchen Kelate iaitu Tea Jebok yang merupakan teh tarik madu asli, Jagung Special RM4.50, Tea Hijau (cha kiow) serta air Kelapa MIXX. Semua minuman istimewa ini bermula dari harga RM 4.50 sehingga RM7 sahaja.
Menu lain-lain yang disajikan juga tidak kurang hebatnya seperti menu utama masakan kelantan tadi. Antara masakan yang boleh anda cuba adalah gulai ikan tongkol, ayam goreng berempah, tempe goreng, kambing, ayam dan ikan bakar, kari ikan tenggiri, ikan keli sambal dan banyak lagi.
Tidak susah untuk cari parking di sini, tetapi anda boleh letak kereta di tepi jalan atau berhadapan kedai. Makan di restoran Kelate Kitchen sangat menenangkan, suasananya santai sahaja. Restoran Kelate Kitchen ini adalah restoran yang terbuka.
Jika ingin makan beramai-ramai bersama keluarga, kawan-kawan dan lain-lain, Kelate Kitchen ini juga sesuai kerana ruangnya agak besar dan selesa.
Jika nak beli bungkus atau online pun boleh, tiada masalah. Paling penting sekali, selepas makan masakan kelantan dari Kelate Kitchen ini, mesti terubat kerinduan untuk nikmati makanan tradisi Kelantan dan Terengganu.
Jom baca juga tempat makan menarik di Restoran Muhammad Chow, The Haunted Cafe Bunian dan Restoran Bijan.
Alamat: Plaza Prima Setapak, B-G-7 & B-G-8, Jalan Prima Setapak 1, Taman Setapak, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi sehingga 10 malam)
No Telefon: 018-9523220