Mencari tempat makan best di Kelantan?

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi. Selain itu, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik yang  kini sudah bertaburan di seluruh negara.

Namun pastinya keasliannya masih berada di bumi Kelantan itu sendiri. Mungkin kita pernah mendengar kuih tahi itik, akok, cek mek molek dan sebagainya, bukan?

Semuanya ini berasal dari Kelantan. Begitu juga nasi kerabu dan juga nasi air.Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.

Di sini kami senaraikan 40 tempat makan best di Kelantan yang patut anda terjah. Seperti biasa, susunan ini adalah tidak mengikut “ranking”. Jika berminat, teruskan membaca ya!

Suwarin Jinda Cafe

Imej via [ Suwarin Jinda Cafe ]

Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu Kelantan.

Waktu operasi: Rabu-Isnin (3.30 pm-11.30 pm)

Sebelum ini, restoran ini lebih dikenali dengan Kafe Hospital Pantai. Jika sebut saja tempat makan paling best di Kelantan, pasti ramai yang akan mengesyorkan anda untuk makan di sini.

Restoran yang terletak di Kota Bharu ini sering dipenuhi dengan penduduk tempatan mahupun pelancong yang ingin makan makanan Thai yang enak.  Oleh itu, jika anda ingin datang sewaktu hari biasa, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Sekiranya ingin datang sewaktu hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum sebarang tempahan tempat tidak diambil.

Antara makanan yang pasti membuatkan anda jatuh cinta semestinya Daging Harimau Menangis, Set Siakap Bakar, Shellout Thai Suwarin dan Perut Bulat Bakar yang menjadi menu terlaris di kedai ini. Ada juga set muk bang, set miang, set suwarin, aneka kerabu dan banyak lagi menu yang perlu anda cuba jika ke Kelantan.

Warung Acu Tera

Alamat: Jalan Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Khamis-Selasa (3.00 pm-10.00 pm)

Kedai ini juga antara kedai yang perlu anda cuba. Cukup terkenal dengan aneka celup tepung yang sedap, rangup dan segar, ramai yang sanggup beratur lama untuk merasai keenakannya terutama sewaktu cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.

Bukan itu sahaja, kini Warung Acu Tera menawarkan Set Shellout yang sedap dan sangat berbaloi! Namun menu ini terhad bermula 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Satu keunikan makan aneka celup tepung di sini adalah lokasinya sangat cantik. Hal ini kerana kedai ini terletak di tepi pantai. Sambil makan, dapatlah pengunjung menikmati suasana yang sangat cantik dan mendamaikan.

Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota (15300), Kota Bharu

Restoran Cikgu Nasi Ulam terkenal dengan masakan melayunya. Untuk para wanita, tempat ini pasti menjadi tarikan kerana tersedianya juadah ulam pelbagai jenis.

Selain makanan, keadaan sekeliling dan panorama sekitarnya juga menarik, menjadikan ianya antara tempat pilihan untuk disinggah. Tempat ini penuh dengan kesenian.

Restoran Cikgu Nasi Ulam

Restoran Cikgu Nasi Ulam ini berkonsepkan layan diri. Jadi kenalah ambil makanan anda sendiri. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan menu pelbagai jenis yang disediakan dengan harga yang sangat berbaloi.

Kopitiam Kita

Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bahar

Kopitiam Kita adalah sebuah kafe untuk sarapan yang paling popular di Kota Bharu atas alasan kunjungan yang berterusan daripada masyarakat setempat mahupun pengunjung dari luar.

Malahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.

Kopitiam Kita
Kopitiam Kita

Untuk berlaku adil, makanannya juga amat unik dan memikat yang terdiri daripada himpunan nasi dan juga kuih muih dari seluruh pelusuk Kelantan.

Daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini. Menjadikan ianya merupakan “one stop center” kepada makanan Kelantan.

Tidak dilupakan adalah Roti Titab yang dianggap menu ‘signature’ kafe Kopitiam dan perlu dicuba. Restoran ini sentiasa dipenuhi ramai. Oleh itu anda digalakkan untuk datang awal agar dapat mencuba kesemua menu enak.

Lepark Thai Streetfood & Restaurant

Alamat: Lepark Thai Streetfood, Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm – 1.00 am)

Di Lepark Thai, nasi air berlauk atau bubur nasi berlauk menjadi pilihan rata-rata pengunjung. Harga nasi air serendah RM 5 sahaja dan boleh dimakan untuk 3 hingga 4 orang. Anda boleh pilih pelbagai jenis lauk seperti Khotom Kui, Telur Dadar Lemak Manis, Daging Goreng Manis, Kangkung Goreng Taucu dan sebagainya. Setiap lauk dijual serendah RM 7 hingga RM 9 sahaja.

Pad Thai juga antara yang terlaris. Kuantiti hidangan sangat mengenyangkan dan rasa memuaskan. Pad Thai makan bersama chilli flakes, perahan limau dan kacang membuatkan ramai yang ingin mencubanya kembali.

Simpoh Cuisine

Imej via Simpoh

Alamat: No.30, Jalan Kuala Krai, Taman Indera Petra, 15150 Kota Bahru, Kelantan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (12.00 pm – 10.00 pm)

Mencari port makan tengah hari dan makan malam dengan hidangan tradisi serta vibe yang lebih eksklusif? Anda pasti puas jika makan di Simpoh Cuisine. Restoran berkonsepkan moden dan klasik ini boleh menjadi port ootd!

Bukan sahaja restoran cantik, malah konsep hidangan kemas dan menyelerakan. Nam Sai Tomyam, udang sambal petai, patin bakar sambal, telur dadar kulat sisir dan daging salai masak lemak memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.

Makana barat juga namun tidak banyak pilihannya. Yang pasti, sangat berbaloi untuk dicuba! Spaghetti Salted Egg, Bolognese, Carbonara dan Chicken Chop dengan harga berbaloi. Pilihan minuman juga istimewa dengan jus buah-buahan, bingsu dan pemanis mulut yang lain.

To The Moon Cafe

Alamat: 2707, Jalan Temenggong, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Selasa – Ahad (12.00 pm – 11.59 pm)

Di Kelantan juga ada kafe yang sangat estetik menghidangkan menu-menu menarik. Unik, instagrammable dan eksklusif itulah yang kami boleh gambarkan pada kafe ini.

Menu yang ditawarkan memang lain daripada yang lain. Pasta Smoked Duck Truffle, Volcano Mentai Salmon Don serta Tamago Mentai Don, sangat berbaloi untuk dicuba. Jom cuba menu yang lebih unik seperti Beef Budu Noi Canape dan Pasta Belacan Ikan Bilis antara menu unik kerana hidangan barat ini ditampilkan dengan citarasa Kelantan.

AnnyeongHaseyo Restaurant

Alamat: No 3535-f t/a, Jalan Kuala Krai, Wakaf Siku, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Selasa – Ahad (4.00 pm – 11.00 pm)

Nak cuba hidangan yang luar biasa? Jom kita makan makanan dari Korea iaiti Annyeonghaseyo Kota Bharu. Apa yang menarik di sini? Semestinya Wagyu Buffet serendah RM 98.90 sahaja untuk seorang. Set ini ditampilkan dengan daging wagyu dan tiga jenis sos pilihan iaitu samjang, bimbibap, dan soy dipping. Satu lagi menu eksklusif dan premium adalah Premium Caviar yang berharga RM 99.90 sahaja.

Cuba juga makanan first BBQ & Grill, makan makanan yang dimasak dan dibakar sendiri. Untuk buffet feast, harga ditawarkan serendah RM 30.90 sahaja. Set ini termasuk dengan beberapa pilihan ayam dan daging perap, nasi, sup dan air.

Jika mahu menu ala carte, kami cadangkan anda untuk cuba Jjampong, Kimchi Sundubu Jjigae, Cheese Tteokbokki dan Dak Bibimbap. Penggemar makanan Korea, apa tunggu lagi? Jom ajak yang tersayang ke sini.

Thai Boat Noodle

Alamat:  Depan Billion KB Jalan Pasir Puteh, Town, 15200 Kota Bahru, Kelantan

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (11.00 am-10.30 pm)

Salah satu makanan viral di Thai semestinya boat noodle. Jika tak berkesempatan untuk ke Thailand, datang saja ke Thai Boat Noodle yang terletak berhadapan Hotel Grand Renai, Kota Bharu. Rasa boat noodle memang original seperti di Thai.

Banyak pilihan mi termasuklah kueytow, padthai, mi hijau dan bihun. Pilihan ini boleh dimakan bersama sup ayam, meatball, daging mahupun telur yang dijual serendah RM 6 sahaja. Jangan lupa letak chilli flakes, kacang dan chilli oil.

Nasi Komok, Pulut Ayam dan cakoi menu lain yang sedap. Portion memang banyak dan mengenyangkan.

Selera Tepi Sungai

Alamat: Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm

Selera Tepi Sungai adalah antara tempat makan best di Kelantan yang wajib anda kunjungi. Ianya menyajikan selera tempatan dan Barat yang berbagai dan enak-enak belaka.

Imej via Foursquare

Untuk menu sarapan, kami sarankan agar anda cuba nasi kerabu mereka yang memang sedap. Untuk makan tengah hari, jenis sajian yang boleh anda cuba ialah masakan kampung.

Makanan Barat seperti Chicken Mushroom Fetuccine Carbonara, Deep Fried Calamari dan Sirloin Steak juga turut dihidangkan. Saiz hidangannya besar, jadi ianya memang mengenyangkan.

Warung Aus Mee Celup

Imej via [ Warung Aus Mee Celup ]

Alamat: Lot 1625 M, Jalan AbdulKadir Adabi, Kampung Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (12.30 pm-10.00 pm)

Nama kedai pun Warung Aus Mee Celup, sudah pasti menu utama dan terlaris di kedai ini adalah mee celup. Tak tahu nak makan mee celup paling sedap di Kota Bharu? Anda boleh cubanya di sini. Banyak feedback dank omen positive dari pengunjung yang pernah ke sini.

Selain mee celup, anda perlu cuba kerabu Meggie, sup tulang, mee celup telur goyang dan Maggie belut tomyam. Menu ini pasti membuatkan anda kenyang dengan keenakannya. Minuman pula, mango smoothie antara yang dapat menghilangkan dahaga anda sewaktu panas. Ada juga minuman buah-buahan yang lain.

Sabye Sabye Café

Imej via [ Sabye Sabye Cafe ]

Alamat: PT 647/3 (Bawah), Kampung Paloh, 16040 Wakaf Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Khamis-Selasa (3.00 pm-12.00 am)

Nak cari tempat makan yang mempunyai pelbagai menu berbeza? Datang saja ke Sabye Sabye Café yang menyajikan masakan panas, masakan Thai, makanan barat, makanan Korea, dessert dan makanan viral! Sesuailah buat mereka yang ingin datang dalam kelompok yang ramai tetapi mempunyai citarasa berlainan.

Kafe ini sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Jika anda ingin datang ketika waktu tersebut, anda digalakkan membuat tempahan awal agar tidak sesak dan tidak perlu menunggu lama.

Antara menu yang perlu anda cuba adalah daging harimau menangis, sotong pecah perut, mantou dan buttermilk dan lain-lain. Tengok menu pasti rambang mata untuk memilih.

Singgora

Imej via [ Singgora ]

Alamat: Singgora, Lot 860 Kg Air Deras, Jalan Tengku Maasum Mukim Padang Enggang Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan

Ada yang mencari tempat makan tengahhari dengan masakan melayu tersedap di Kota Bharu? Ini tempat yang perlu anda kunjungi dan rasai masakan yang padu. Berada dikelilingi tumbuhan menghijau ala-ala di perkampungan, menambahkan lagi kesedapan makanan tersebut.

Tempat ini memang terkenal dan menjadi tempat yang perlu dikunjungi jika ke Kelantan. Bukan sekadar menawarkan makanan yang mempu mengimbau nostalgia, malah di sini pengunjung dapat belajar tentang adat dan budaya setempat.

Nak sebut kesemua menu memang tak terkira. Ada ikan bakar, udang masak petai, siput sedut, ulam-ulaman, buah-buahan dan lain-lain. Malah kuih tradisional juga ada buat pengunjung.

Restoran Wau

Imej via [ Restoran Wau ]

Alamat: Pt 119, Aras Bawah, Jalan Tg. Petra Semerak, Seksyen 9, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang Restoran Wau ini memang restoran syurga makanan. Hal ini demikian kerana genre makanan di sini memang pelbagai.

Jenis hidangan juga ada banyak –  nasi kerabu, maggi, roti, nasi sup, burger, psta, semuanya ada. Memang bikin rambang mata!

Roti canai, nasi goreng, roti hamlet sardin dan colek merupakan antara menu terlaris di sini. Enak juga dinikmati semasa sarapan, jadi anda wajib pesan.

Kedai Celoh Rok

Imej via [ Kedai Celoh Rock ]

Alamat: Berhadapan Aeon Mall Kota Bharu

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8.30 am-5.00 pm)

Nak rasa sup terbaik di Kelantan? Anda perlu rasainya di Kedai Celoh Rock. Kenapa nama kedai celah rok? Di Kelantan, Rok bermaksud semak samun. Kedai makan ini sememangnya berada di celah-celah pokok.

Nak sup ayam, sup tulang atau sup keting? Semuanya ada di sini. Bukan itu sahaja, ada juga nasi berlauk, kerabu tumis dan lemak bakar. Menu hot seller pula adalah sup urat keting, sup ayam dan nasi daging bakar.

BinMohamed Food Garden

Imej via [ BinMohamed Food Garden ]

Alamat: 1297 Lorong Kubur Dato, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Rabu-Isnin (4.00 pm-12.00 am)

Mencari tempat makan ala-ala taman dan menarik untuk ootd? Datang saja ke BinMohamed Food Garden yang mempunyai persekitaran yang bersih, cantik dan memukau sesuai untuk anda yang kaki ootd!

Restoran ini menyajikan makanan siam, ikan bakar dan makanan barat sebagai menu utama. Tak tahu nak order apa? Dengar cerita Urat Keting Bakar Thani, tomyum dan Harimau Menangis Danok merupakan menu yang digemari ramai.

Nak sambut harijadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya? No hal, anda boleh terus hubungi pihak restoran dan mereka akan mengaturkan kesemuanya termasuk dekorasi dan kek. Mudah kan?

Kedai Kopi Pok Hok

Alamat: Kg Pasir Pekan, Kelantan

Waktu operasi: 7.30 am-2.00 pm

Kedai Kopi Pok Hok merupakan port mengopi, sarapan dan makan tengahhari yang terkenal di Pasir Pekan.

Apa yang ada di sini? Rupa-rupanya tempat makan ini terkenal dengan nasi berlauknya. Aneka lauk dan gulai enak yang pasti membuatkan anda menjilat jari. Padankan pula dengan air kopi o atau kopi beng, pasti lebih mantap. Rasa kopinya asli dan lain dari kopi biasa.

Tengok feedback di Facebook, rata-rata memang berpuas hati dapat mengopi di sini. Rasanya yang sedap, servis terbaik dan harganya juga berbaloi.

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Alamat: Medan Ikan Bakar Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Kelantan

Sebut sahaja teh tarik madu, Warung Pak Mat Pulau Pisang inilah yang paling terkenal dengan menu itu.  Boleh dikatakanteh tarik madu di sini boleh bikin sesiapa sahaja terliur melihat buih air teh tarik  ini berjurai keluar.

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Selain itu, menu lain yang dicadangkan adalah sup ikan. Warung Pak Mat Pulau Pisang ni tidak perlukan menu yang bermuka-muka surat.

Warung Pak Mat Pulau Pisang ini tidak sukar untuk dicari. Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Waktu operasi di sini adalah daripada pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat.

Warung Badik2

Alamat: 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 3.30 – 11 pm

Kekeringan idea kerana tidak tahu mahu makan apa untuk minum petang Jika anda berada sekitar Kota Bharu, singgah sahaja di Warung Badik2.

Warung ini terkenal dengan menu berasaskan mi dan bihun yang sedap-sedap. Minuman pencuci mulut mereka juga turut mencuri perhatian ramai.

Imej via Foursquare

Kami sarankan agar anda cuba bingsu mangga yang cukup sedap dan menyegarkan tekak. Ianya tidak terlampau manis dan rasa mangganya memang segar.

KB Patin Haus

Imej via [ KB Patin Haus ]

Alamat: Berhadapan AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (11.00 am-5.30 pm)

Tak perlu bersusah payah ke Kuantan semata-mata ingin merasai gulai tempoyak ikan patin kerana di Kota Bharu sudah ada kedai yang pasti memenuhi citarasa anda.

Tak tahu nak makan di mana? Datang je ke sini kerana terdapat banyak lauk-pauk dan gulai yang pasti membuat anda menjilat jari. Makan Sotong Pecoh Perut, Gulai Patin Tempoyak bersama nasi panas dan cicah pula ulam dengan budu, pasti terangkat!

SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food

Alamat: 78 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Khamis, 3 – 10.30 pm manakala Jumaat – Ahad 3 – 11.30 pm

Satu lagi tempat makan best di Kelantan yang terkenal dengan makanan Thai ialah SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food.

Imej via Foursquare

Hidangan Thai di sini dikatakan enak dan persis street food di Bangkok. Antara yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Thai, Pulut Sua Rong Hai dan Phad Kra Pao.

Masakan panas seperti pelbagai jenis nasi goreng juga turut disajikan. Jangan lupa untuk cuba tomyam mereka yang cukup padu!

Alemy Meggi Ketam

Alamat: Bangunan MDPP, Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh

Alemy Meggi Ketam merupakan salah satu restoran  paling hangat di Kelantan masa kini. Megi ketamnya menjadi buruan pelancong tempatan yang bercuti ke Kelantan.

Ada yang menggelar restoran  megi ketam Cherang Ruku. Megi ketam di sini dimasak menggunakan ketam nipah segar. Ianya kemudian dihidangkan di dalam periuk tanah untuk menaikkan aroma serta mengekalkan suhu megi yang amat sedap dimakan ketika panas.

Setiap hidangan menggunakan dua ekor ketam nipah yang bermula daripada saiz yang kecil sehinggalah kepada saiz yang besar. Harganya tertakluk kepada saiz ketam yang digunakan dan juga harga pasaran ketam semasa. Biasanya harga setiap hidangan bermula daripada RM20 sehinggalah kepada RM50.

Melihat Alemy Meggi Ketam yang mendidih dihadapan kita dengan dua ekor ketam bertakup di atasnya dengan wap serta aroma yang menyelerakan, periuk tanah itu boleh dikosongkan dalam masa yang amat singkat.

Yati Ayam Percik

Alamat: 847 Jalan Long Yunus (Jalan Pekeliling), Kota Bharu

Selain nasi kerabu, Kelantan turut terkenal dengan makanan percik yang amat popular. Tambahan pula dimakan dengan nasi kerabu. Tidak hairanlah jika Restoran Yati Ayam Percik ini amat popular dan mendapat perhatian ramai.

Keistimewaan restoran ini adalah ayam, daging serta ikannya dipanggang di atas arang kayu yang menghasilkan aroma serta rasa yang berbeza. Pastinya rasa yang unik ini turut disumbang oleh adunan rempah ratus yang unik serta rahsia.

Begitu juga sos perciknya yang dikatakan lemak berkrim dan digemari oleh penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar.

Roti Ayam Percik
Roti Ayam Percik

Ayam percik ini pula dihidangkan bersama nasi kerabu yang asas. Membayangkannya saja sudah cukup menyelerakan terutama bagi penggemar nasi kerabu.

Selain ayam percik, terdapat juga pelbagai masakan lain seperti sup tulang, ayam kampung, burung puyuh, ikan cencaru bakar, daging bakar, gulai kawah, gulai serati dan pelbagai jenis kuih muih Kelantan yang pelbagai.

Restoran ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang berkunjung terutama pada musim cuti sekolah. Malah kini restoran ini sudah memiliki cawangan di luar Kelantan seperti di USJ dan juga Bangi.

Din Raja Air Nyior

Alamat: 15150 Kota Bharu, Kelantan

Berdasarkan nama, pasti anda dapat mengagak menu istimewa di sini. Jika di Melaka terkenal dengan Coconut Shake Klebang, di sini ada air kelapa istimewa Din Raja Air Nyior!

Sedikit berbeza, air kelapa di sini dicampur dengan pelbagai campuran seperti cincau dan cendol. Menarik. bukan?

din raja air nyior
Imej via Foursquare

Seperti yang diketahui, air kelapa sememangnya mempunyai banyak manfaat bagi tubuh. Jadi, tempat ini bolehlah dikategori tempat ‘sihat’ untuk penggemar minuman yang manis tetapi menyihatkan.

KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

Alamat: Wakaf Che Yeh (Jalan Kuala Krai) 15100 Kota Bharu

Tempat makan yang ingin kami kongsikan ini adalah tempat makan untuk penggemar ikan bakar. Antara tempat makan ikan bakar yang ingin kami syorkan adalah KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh. 

Walau bagaimanapun, sering disebut ramai adalah KST Ikan Bakar dan Raja Ikan Bakar. Adakah kami betul?

Restoran KST (Ikan Bakar)

Imej via Foursquare

Raja Ikan Bakar terkenal dengan sambalnya yang pedas, KST Ikan Bakar pula mempunyai pelbagai pilihan air asam yang boleh dimakan. Tepuk dada tanya perut jawapnya. Yang penting, apabila anda berada di sini, jangan lupa pesan sotong goreng tepungnya.

Milo Tunggeng (Pok Loh)

Alamat: Belakang KTC/Hospital Pakar Perdana (Jalan Gereja) 15000 Kota Bharu

Anda peminat milo dinosaour? Tetapi di sini ianya dipanggil milo tunggeng. Jika ya, ini mungkin kedai yang sangat disyorkan. Menjadi pilihan untuk tempat sarapan pagi di Kelantan.

milo tunggeng pok loh 1
milo tunggeng pok loh 2

Jadi, jika anda ingin ke sini, silalah datang lebih awal ataupun sedikit lewat. Warungnya kecil sahaja dan lokasi warung ini pula terletak di belakang Hospital Pakar Perdana.

Selain milo, pelbagai juadah sarapan pagi ada di jual di sini. Tidak larat untuk kami ceritakan, kerana pelbagai menu boleh anda cuba dan makan di sini. Nasi lemak merupakan antara menu sarapan yang laku keras.

Ikan Bakar Kukup

Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 2 am

Kepada penggemar ikan bakar, kami sarankan agar anda singgah di restoran Ikan Bakar Kukup yang terletak di Kampung Dusun Muda ini.

Restoran ini menyajikan pelbagai pilihan makanan laut yang segar-segar. Ada pelbagai jenis ikan yang boleh anda pilih seperti siakap, jenahak pari dan bawal.

Imej via Foursquare

Makanan laut lain seperti sotong, kerang dan lala juga boleh didapati. Cara masakan juga boleh dipilih sendiri, sangat menarik!

Awal Nasi Kukus

Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, Kelantan

Seterusnya adalah nasi kukus. Kami mendapat respom yang sangat positif tentang tempat makan ini. Awal Nasi Kukus juga mendapat juga jolokan sebagai antara nasi kukus terbaik di Kelantan.

Awal Nasi Kukus

Ayam gorengnya dikatakan sangat sedap.Tempat ini juga dikatakan sanagt sesak pada pukul 1 petang. Jadi, kami syorkan anda supaya datang lebih awal untuk menikmati nasi kukus terbaik ini!

Nasi Kerabu Azma, Pasir Pekan

Alamat: Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan

Kelantan dan nasi kerabu tidak akan boleh dipisahkan sampai bila-bila. Malah anak-anak Kelantan akan terus mencari nasi kerabu walau ke mana pun mereka merantau. Jadi tidak hairanlah jika nasi kerabu boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia.

Tidak sah kalau ke Kelantan tidak makan nasi kerabu. Jadi di sini kami kongsikan restoran yang menghidangkan nasi kerabu yang enak dan boleh anda cuba jika berada di sini.

Nasi Kerabu Azma

Alang-alang menacari, biarlah yang sedap bukan. Untuk nasi kerabu, antara kedai makan yang anda boleh cuba adalah Nasi Kerabu Azma. Nasinya boleh dikatakan tip top! Selain itu, sup di kedai ini juga mendapat pujian ramai.

Satay Razak Wakaf Bharu

Alamat: Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor 16200 Tumpat,

Seterusnya mari kita mencuba sate pula jika berada di Kelantan. Tempat yang disyorkan adalah satay Razak wakaf Bharu. Dikatakan antara tempat makan sate pilihan di Kelantan.

Satay Razak Wakaf Bharu

Nasi Kerabu Panji

Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 1.30 pm

Antara restoran nasi kerabu yang wajib anda singgah ialah restoran Nasi Kerabu Panji. Restoran yang terletak di Kampung Belukar ini memang terkenal sebagai port sarapan yang menarik.

Imej via Foursquare

Kepelbagaian lauk-pauk yang disajikan di sini merupakan antara punca nasi kerabunya laku keras. Ada  ayam goreng, puyuh goreng, kambing bakar, ayam kampung goreng dan ayam percik. Dijamin enak!

Kedarotippaye ( Kedai Roti Tempayan )

Alamat: Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai

Kedai ini lebih merupakan sebuah warung, akan tetapi kualiti makanan yang disajikan boleh dianggap bertaraf restoran. Terletak berhampiran simpang tiga Guchil-Kuala Krai, warung ini menyajikan roti tempayan yang asli yang dianggap terbaik di Kelantan.

Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya.

Tidak kurang juga dengan pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa.

Kedai Roti Tempayan

Kari daging mahupun ayam selain ikan adalah kuah yang sering menjadi pilihan pelanggan selain daripada kari kambing yang dianggap amat memenuhi selera pengunjung di sini. Tetapi satu kuah yang begitu istimewa adalah kari kepala ikan yang sangat sedap.

Selain roti tempayan, terdapat juga makanan ala mamak yang lain seperti roti canai, murtabak dan sebagainya. Harganya juga amat berpatutan.

Nasi Kak Wook

Alamat: Jalan Masji Lundang, Kota Bahru

Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan nasi Kak Wook yang amat popular di Kota Bharu. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Nasi Kak Wook.

Menunya amat mudah dengan nasi berlauk ayam goreng berempah dan juga gulai ayam. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.

Nasi Kak Wook Lundang

Begitu juga rasa gulai ayamnya yang begitu baik dan melekat. Tidak hairanlah jika sehingga kini nasi Kak Wook ini telahpun memiliki cawangan samada yang memang dibuka oleh waris ataupun sekadar pada nama.

The Bold Lab

Alamat: : PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Kafe ini memang khas buat pencinta kopi di luar sana. Menurut pelanggan yang pernah mencuba kopi di sini, kopi di kafe ini katanya bukan biasa-biasa rasanya. Pekat dan kena dengan citarasa!

menu @ the bold lab
Imej via Foursquare

Selain kopi, mereka juga terkenal dengan pencuci mulut seperti Shibuya Honey Toast dan wafel. Jika dikenakan bersama kopi mereka seperti Americano, Caffe Latte dan Espresso, pasti berganda keenakannya!

Sweetheart Coffee Shop

Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

sweetheart coffee shop
Imej via Foursquare

Satu lagi kafe ‘hipster’ yang boleh anda kunjungi di sekitar Kota Bharu ialah Sweetheart Coffee Shop. Terkenal dengan makanan Barat dan minuman milkshake, kafe ini berkonsepkan santai dan moden.

menu @ sweetheart coffee shop
Imej via Foursquare

Menu yang paling terkenal di kafe ini ialah Chicken Chop. Mungkin menu ini kedengaran biasa sahaja tapi di kafe ini, menu ini merupakan antara yang paling istimewa kerana saiz hidangannya yang besar.

Selera Kak Ros

Imej via [ Selera Kak Ros ]

Alamat: Warung Kak Ros Celup Tepung, Berhadapan Sekolah Rendah Sabak, Kg Sabak

Waktu operasi: Rabu-Isnin (2.00 pm-11.00 pm)

Warung lejen ini pasti dikenali oleh penduduk setempat dengan keenakan pelbagai jenis menu utama Kelantan.

Antara menu terlaris adalah aneka jenis celup tepung, Maggie telor sotong dan mee kuah udang. Padankan pula dengan ais krim kelapa, air kelapa atau coconut shake, pasti lebih segar dan padu!

Restoran Pohon Nako

Alamat: No. Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, 15050, Kota Bharu, Kelantan, 15000

Restoran ini pernah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) pada tahun 2016 kerana mereka menawarkan harga yang amat berpatutan untuk makanan mereka. Jadi buat sesiapa yang ingin jimat, singgah saja di restoran ini!

menu @ restoran pohon nako
Imej via Foursquare
ikan keli @ pohon nako
Imej via Foursquare

Harga yang murah tidak bermaksud kualiti dan kuantiti makanannya terjejas ya! Saiz hidangan untuk setiap makanan memang besar. Antara menu yang sering dipesan ialah nasi kuah kari berlaukkan ayam kampung atau ikan keli.

Warung Kurnia Ibu

Alamat: 1/20 Lorong Shell Jln Pengkalan Pasir, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Dek kerana cuaca sekarang yang panas terik, tekak anda pasti mengidamkan minuman yang boleh menyegarkan tekak anda, bukan? Singgah saja di Warung Kurnia Ibu yang terletak di Pasir Mas dan cubalah coconut shake mereka!

coconut shake @ warung kurnia ibu
Imej via Foursquare

Jika di Melaka kita ada Klebang Original Coconut Shake, di Pasir Mas kita ada air kelapa Warung Kurnia Ibu. Coconut shake yang segar dan tidak terlampau manis memang menjadi kegilaan ramai!

Arnold Cycling Cafe

Alamat: Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan

mille crepe cake @ arnold cycling cafe
Imej via Foursquare

Pernah terdengar tentang kek mille crepe? Kek yang semakin viral di media sosial ini boleh didapati di Arnold Cycling Cafe. Ia juga merupakan antara menu yang paling popular di kafe itu.

kopi @ arnold cycling cafe
Imej via Foursquare

Sambil anda menjamah kek mille crepe yang lembut dan manis itu, anda boleh juga mencuba kopi mereka seperti Hazelnut Mocha atau Latte. Pekat dan hiasannya juga cantik!

BĀO BĀO

Alamat: 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 1 – 11 pm

BĀO BĀO Cafe adalah antara tempat makan best di Kelantan yang wajib anda kunjungi. Tambahan pula jika anda mahu singgah di kafe hipster – ini salah satu tempatnya!

Kafe ini menyajikan hidangan Barat yang kena dengan citarasa ramai. Pilihan menu juga berbagai – dari pasta, burger, snek dan makanan berat, semuanya ada.

Imej via Foursquare

Ana boleh pesan menu-menu seperti Flame Grilled Beef Burger, Salted Egg Yolk Pasta, Smoked Duck Aglio Olio dan Crispy Chicken. Dijamin sedap!

Nasi Kukus Zaeman 

Alamat: Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12.30 – 10 pm

Mengidamkan nasi kukus? Jika anda berada sekitar Bandar Kota Bharu, inilah antara restoran yang wajib dituju – restoran Nasi Kukus Zaeman.

Imej via Foursquare

Nasi kukus di sini bukan sebarang nasi kukus. Ayam yang digoreng rangup serta kuah kari yang pekat dan secukup rasa telah berjaya menambat hati ramai pelanggannya. Rugi jika anda tak cuba sendiri!

Kesimpulan

Anda sukakan tempat makan best di Kelantan yang dipilih oleh kami? Restoran atau kedai makanan yang mana menjadi pilihan kalbu anda? Oh, jangan lupa untuk like atau share jika restoran atau kedai makan yang dikongsi menarik.

Artikel Menarik Lain

Selain tempat makan best di Kelantan, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Klik sahaja pada pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.