Anda mencari kedai makan di Cyberjaya?

Cyberjaya merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan syarikat-syarikat berstatus MSC, syarikat ICT dan teknologi dari dalam dan luar negara. Di samping itu, banyak juga universiti yang ada dan jumlah pelajar mereka juga amat ramai.

Senarai 25 kedai makan di Cyberjaya ini akan membantu anda mencari kedai makan yang sedap dan menjadi tumpuan di Cyberjaya. Mari kita lihat!

Bumbung Bakar

Imej via [ Bumbung Bakar ]

Alamat: Bumbung Bakar, TSI Sports Arena, Cyberjaya

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11.30 am-3.30 pm)

Selain Zam Ikan Bakar, Bumbung Bakar juga merupakan tempat popular untuk makan tengah hari dengan pelbagai jenis ikan bakar yang sedap. Pari, keli, cencaru, bawal semuanya ada di sini.

Tak mahu ikan bakar? Ayam bakar dan sotong bakar di sini juga secukup rasa. Sotongnya dibakar lembut dan tidak liat. Makan bersama budu, sambal kicap dan air asam pasti lebih padu. Yang paling best, ikan, sotong semuanya besar dan segar.

Kaysha Dine & Beauty

Imej via [ Kaysha Dine & Beauty ]

Alamat: A-03-12, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya

Waktu operasi: Rabu-Isnin (12.30 pm-8.30 pm)

Mencari tempat makan yang Instagrammable di Cyberjaya. Anda pasti jatuh cinta dengan restoran Kaysha Dine & Beauty. Masuk sahaja ke dalam restoran, pasti anda terpukau melihat dekorasi yang penuh eksklusif.

Bangunan dua tingkat ini bukan sahaja mempunyai restoran pada tingkat bawah, malah ada pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan manicure, pedicure, waxing dan sebagainya. Berbalik pada restoran, Kaysha Dine & Beauty menawarkan menu berkonsepkan Eropah dan Jepun.

Antara menu yang perlu anda cuba adalah Soft Shell Crab Burger, burger wagyu, lobster thormidor dan lain-lain. Presentation makanan memang A+ standing rasanya yang mantap.

Texas Bbq Barn

Imej via [ Texas Bbq Barn ]

Alamat: F-LG_3A. CBD Perdana 3, 63000 Cyberjaya

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11.00 am-9.00 pm)

Teringin nak makan menu western di Cyberjaya? Ha, apa kata anda merasai pelbagai menu ini di Texas Bbq Barn yang terkenal di sini. Kebanyakan dagingnya dipanggang dan disalai terlebih dahulu, menjadikannya menu barat paling istimewa dan berbeza dari yang lain.

Dengan kaedah ini, daging menjadi lebih lembut dan juicy. Cukup membayangkannya sudah buat terliur apatah lagi jika mencubanya. Makan pula daging-daging ini bersama sos barbeku resepi istimewa serta sos Thai, pasti lebih umphh!

Ribs Plater, Smoked Brisket Indomie, Smoked Short Ribs dan Family Platter merupakan menu terbaik di sini. Paling penting, restoran halal ini mempunyai menu dengan harga yang rendah, sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet tertentu untuk makan di restoran mewah ini.

Zam Ikan Bakar

Alamat: Lot 4806-0-09 Cbd Perdana, 2, Jln Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Sabtu, 10.30 am – 4.00 pm

Zam Ikan Bakar merupakan antara destinasi pilihan penduduk setempat untuk menikmati juadah makan tengahhari.

Imej via [ Zam Ikan Bakar Cyberjaya ]

Pelbagai menu terutama masakan kampung serta makanan laut disajikan buat pengunjung. Pasti anda rambang mata untuk membuat pilihan!

Anda patut cuba gulai kawah, sotong bakar dan udang crispy. Walaupun nama kedai ikan bakar, tak semestinya ada ikan bakar sahaja. Makanan laut lain yang dibakar juga ada dan pasti dapat menambat selera anda.

Restoran Jaosamut

Imej via [ Restoran Jaosamut ]

Alamat: 4807-0-20, CBD Perdana 2, Persiaran Flora, Cyber 12, 63000 Cyberjaya

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (11.30 am-10.00 pm)

Jika tekak anda mengidam untuk makan makanan Thai seperti tomyam, Restoran Jaosamut memang sesuai untuk menghilangkan keinginan anda.

Selain tomyamnya yang padu dan kuantitinya memuaskan, Boat Noodle dan Udang Galah Jumbo Bakar merupakan menu hangat di sini. Banyak lagi menu lain yang pasti membuatkan anda tersandar!

Saba Restaurant

Alamat: 4800 Suite 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.00 am – 11.30 pm

Sukakan nasi Arab? Saba Restaurant ini merupakan salah satu restoran makanan Arab yang paling terkenal sekitar sini. Jumlah pelanggan yang ramai jelas membuktikan popularitinya.

kedai makan cyberjaya saba
Imej via Foursquare

Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah Lamb Kabsah dan Hanith Chicken. Saiz hidangannya juga besar, kalau makan beramai-ramai pun kekenyangan masih terjamin.

Tidak mahukan nasi? Cubalah Mixed BBQ Platter! Isi daging dan ayam yang dipanggang dengan sempurna membuatkan menu ini disukai ramai. Rugi tak cuba!

Salam Noodles – Shaftsbury Square

Alamat: 4810-0-42, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Salam Noodles adalah antara Restoran Mi Tarik Chinese Muslim yang popular di Cyberjaya dan mereka menyediakan pelbagai pilihan mi dengan harga yang bermula dari RM7.90.

salam noodles
Imej via Foursquare

Anda boleh juga membuat pilihan set mi tarik beserta dengan air dan sayur dengan harga lebih murah. Berpatutan dengan kualiti dan kekenyangan yang dijanjikan!

Mad Ayam Kampung

Alamat: Cyberjaya No.102-G, Biz Avenue II @NeoCyber, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyber 12, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10.00 am – 4.00 pm

Bagi para penggemar ayam kampung serta masakan Melayu, tempat ini memang sangat kami syorkan untuk anda terjah. Makanan-makanan yang disediakan memang sedap-sedap belaka!

mad ayam kampung
Imej via Foursquare

Mad Ayam Kampung cukup popular dengan ayam kampung goreng dan bermacam-macam lagi pilihan lauk-pauk yang menyelerakan. Bergantung pada lauk yang anda pilih, anda boleh makan tengah hari di sini dengan berbelanja lebih kurang RM8 ke RM12 sahaja!

Volcano Shabu Shabu Cyberjaya

Alamat: P3, 10, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (11.30 am-10.30 pm)

Restoran ini merupakan antara restoran steamboat yang terbaik di Cyberjaya – Restoran Volcano Shabu Shabu! Dekorasi moden yang penuh santai membuatkan ia dipuji ramai.

kedai makan cyberjaya
Imej via Foursquare

Makanan lautnya segar dan dagingnya juga lembut. Bila dibakar, aromanya cukup memikat! Sup tomyam juga cukup digemari ramai – rasa pedas dan masamnya memang seimbang. Sedap yang amat!

Luboook Makanking

Alamat: No 31, Kampung Bukit Piatu, 43000 Dengkil, Selangor

Waktu operasi: 11 am – 5 pm

Tempat makan ini tidak asing lagi di kalangan penduduk Cyberjaya, Putrajaya dan Dengkil. Makan tengahhari di sini, pasti anda tidak akan menyesal.

Imej via [ LuboooK MakanKing ]

Menu viral dan sedap yang patut anda cuba adalah sotong buncit gedik bertelur, gulai kambing bekwoh dan gulai daging kawah tranung.

Harga semestinya berpatutan dengan kualiti dan kesedapan makanan. Kalau tak, tiadalah pelbagai komen positif sehinggakan ramai pengunjung datang berulangkali.

Ay Cinta Café

Imej via [ Ay Cinta Cafe ]

Alamat: No 2-G, Jalan GC 3, Glomac, Cyberjaya

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8.00 am-6.00 pm)

Satu lagi port breakfast menarik di Cyberjaya yang perlu anda kunjungi semestinya AY Cinta Café yang terletak di Glomac. Menu sarapan di sini berkonsepkan makanan tradisional. Yang mana rindukan masakan emak di kampung, anda perlu cubanya di sini.

Set pulut kuning merupakan hidangan popular di sini. Set pulut semestinya dimakan bersama rendang ayam yang sedap.

Bukan itu sahaja, ada juga lempeng kelapa, nasi lemak pandan, mee sup utara, mee kari, masak lemak cili api dan sebagainya. Kepelbagaian dan keenakan menunya pasti dapat mengimbau memori lalu.

Bawal Power Sempoi Galleria Cyberjaya

Alamat: Futurise Centre, Block 3710, Persiaran Apec, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 5 pm

Anda wajib singgah di kedai makan Bawal Power Sempoi sekiranya anda penggemar makanan laut! Menurut ramai, makanan laut dan ikan bawal di sini memang segar-segar belaka.

bawal power
Imej via Foursquare

Selain daripada set Ikan Bawal Bakar (berharga RM11), anda juga boleh mencuba set Sotong Goreng Berempah XXL (berharga RM12) yang sememangnya lazat. Rugi tak cuba!

Padi House

Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 11.30 pm

Restoran Padi House ini mempunyai 11 buah cawangan termasuklah Putrajaya, Nadayu 99 dan di Cyberjaya. Jadi, alang-alang singgah di Cyberjaya, singgah sahaja di restoran ini untuk mengisi perut.

padi
Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan masakan Asia dan Barat. Antara yang boleh anda cuba ialah Padi House Chicken Chop Rice, Thai Style Rice & Vietnamese Chicken Chop Rice.

Sanaa Restaurant

Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.00 am – 10 am

Satu lagi restoran makanan Arab yang wajib anda singgah ialah Sanaa Restaurant. Restoran ini bukan sahaja menyediakan makanan Arab, malah makanan Yaman pun ada.

kedai makan cyberjaya
Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh didapati ialah Kabsah Lamb, Hanith Lamb dan Shawarma Plate. Lauk seperti kambing ini cukup enak dinikmati bersama nasi Arab yang sangat digemari ramai!

Taco Bell

Imej via [ Taco Bell Malaysia ]

Alamat: SD-2, Cottage Walk, Persiaran Apec, Cyberjaya

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-11.00 pm)

Buat pengetahuan anda, Taco Bell telah membuka cawangan pertamanya di Cyberjaya. Kedai ini pernah viral sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Jika ada yang tak tahu, Taco Bell terkenal dengan menu Mexico yang sedap.

Nachos, Burrito mahupun Quesadilla semuanya ada dijual di sini. Harga pula memang berpatutan dan merupakan harga standard bagi fast food yang lain di Malaysia.

Satay Station Cyberjaya

Alamat: Biz Avenue, 2 Neocyber, Lingkaran Cyberpoint Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 11 pm

Siapa je tak suka satey? Mesti ramai penggemar satey seluruh Malaysia. Satay Station mempunyai banyak cawangan termasuklah di Cyberjaya.

Imej via [ Satay Station ]

Macam-macam jenis satey yang ada. Yang pasti bukan sekadar satey ayam dan daging sahaja. Ada satey wagyu, hati/pedal dan turkey. Makan dengan kuah kacang yang pekat dan likat pasti membuatkan anda tidak berhenti makan!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba mee rebus bonda, sup tulang gearbox dan nasi lemak sambal bilis di sini. Menu ini juga turut menjadi tumpuan pelanggan.

Nasi Ganja Peghelih

Imej via [ Nasi Gan.ja Peghelih ]

Alamat: Suite 0-22, CBP Perdana 2, Blok 4808, Jalan Perdana, CBD Perdana 2, 63000 Cyberjaya

Waktu operasi: Ahad-Jumaat (11.00 am-5.00 pm)

Pasti ada antara korang yang merupakan penggemar tegar nasi kandar. Jika ada, korang memang perlu datang ke Nasi Ganja Peghelih dan cubanya sendiri, dah cuba pasti nak lagi. Rasanya pasti berbeza dengan nasi kandar lain kerana dibawa khas resepi dan rempah ratusnya dari Perlis.

Kesemua masakan menggunakan resepi turun-temurun yang membuatkannya istimewa dan memiliki rasa unik. Terdapat tiga set utama yang disediakan iaitu Set Arau, Set Bintong dan Set Kangaq.

Selain itu, jiks berkesempatan jangan lupa memesan ayam goreng berempah, sotong masak madu dan set cucur bawang utara yang dikatakan menu sedap di sini.

Glaze Eatery

Alamat: A-03-03A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 11.30 pm

Jika anda mencari kafe yang instagrammable dan boleh ootd, anda memang perlu datang ke Glaze Eatery kerana kafe ini bertemakan alam.

Imej via Glaze Eatery

Suasana kafe yang santai membuatkan ramai pelanggan selesa jika ke sini. Kafe ini menyediakan aneka pencuci mulut, makanan tempatan dan barat yang bukan sahaja sedap rasanya, malah berpatutan.

10 gram

Alamat: A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 11 pm

Sajian di 10 gram bertemakan makanan Asia dan makanan barat. Jika anda penggemar makanan barat terutamanya, anda memang perlu cuba pelbagai menu di sini.

Imej via [ 10 gram ]

Menu yang pasti membuat anda terliur adalah buttermilk chicken burger, milo dinasour, chicken parmigiana dan rainy days.

Alang-alang berada di kafe yang mempunyai dekorasi menarik dengan ala-ala hipster, rugi kalau anda tak bergambar di sini.

Giggles & Geeks

Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (11.00 am – 10.00 pm) | Jumaat-Ahad (11.00 am- 11.00 pm)

Anda pasti seronok dapat luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati pelbagai sajian makanan barat di Giggle & Geeks.

Imej via [ Giggles Geeks ]

Terdapat tiga ruangan makan iaitu VIP atau stage area, bar section dan AI Fresco. Jadi sesuai jika anda ingin mengadakan sebarang majlis atau mesyuarat. Tambahan pula, pihak restoran menyediakan wifi percuma untuk setiap pengunjung.

Menu best yang perlu anda cuba adalah lamb shank, G&G Platter, burger, mac & cheese dan macam-macam lagi.  Tak tahu nak pilih air apa? Apa kata anda cuba rose mint longan frizzy atau lemonade. Pasti menyegarkan!

Mr Mee Authentic Xinjiang Cuisine

Alamat: 4810-0-39&40 CBD Perdana 2, Persiaran Flora, Cyberjaya

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (10.30 am-10.00 pm)

Mr Mee Authentic Xinjiang Cuisine merupakan restoran muslim yang menyajikan makanan Chinese dengan citarasa tempatan. Kalau anda teringin untuk makan makanan Chinese yang sedap, ini tempat yang perlu anda cuba!

Dengar cerita, Hot Meal Bah, Chinese Ba Bao tea dan Cumin Mutton Chop menu tersedap di sini. Banyak lagi menu lain yang sedap anda boleh cuba!

Alcea Coffee

Imej via [ Alcea Coffee ]

Alamat:D1-3-06, Persiaran Multimedia, Cyberjaya

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-3.00 pm)

Apa? Nak cari tempat breakfast dan mengopi paling best di Cyberjaya? Jom cubanya di Alcea Coffee yang terletak di Tamarind Square.

Bestnya berada di sini, pengunjung dapat menikmati pelbagai menu istimewa dan makan dengan suasana yang tenang dan mewah, Dekorasi kafe sangat eksklusif, sesuai untuk mereka yang suka ootd. Banyak sudut cantik yang boleh anda rakamkan gambar dengan puas.

Big Breakfast, nasi lemak, Fruit Basket Waffle, Iced Latte dan Piccolo Latte merupakan antara menu yang digemari ramai. Banyak je menu lain di sini. Nak tahu anda perlu datang dan cubanya sendiri.

Sausage Sizzle

Imej via [ Sausage Sizzle ]

Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyberjaya

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10.00 am-10.00 pm)

Sausage Sizzle mempunyai banyak cawangan termasuklah di Cyberjaya. Sekiranya anda mencari fast food tersedap di Cyberjaya, Sausage Sizzle pasti dapat menghilangkan craving anda.

Terletak di Prima Avenue, kafe ini mengetengahkan makanan dengan aneka jenis sosej. Ada sosej ayam, sosej kambing dan sosej lembu. Paling best, sosej ini diperbuat sendiri dengan resepi istimewa.

Selain sosej, banyak juga pilihan roti, sos dan gandingan bahan lain untuk dimakan bersama sosej. Buat pengetahuan anda, kafe halal ini milik orang muslim.

The Pickers Lounge

Alamat: B-03-01 Tamarind Square, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis, 9 am – 11 pm | Jumaat – Ahad, 7 am – 11 pm

Sekiranya anda ingin makan malam istimewa atau ingin mengadakan jamuan untuk sebarang majlis dengan hidangan yang cukup memuaskan, raikannya di The Pickers Lounge.

Imej via [ The Pickers Lounge ]

Terletak di Tamarind Square, anda boleh dapatkan menu tempatan dan juga makanan barat. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah mee basten, crème brûlée, laksa dan lain-lain. Untuk minuman pula, jika anda penggemar jus, anda memang perlu merasainya di sini.

Banyak pilihan pencuci mulut untuk anda dari kek, puding dan sebagainya. Jika anda datang pada belah pagi, ada pilihan makanan khas untuk sarapan. Nasi lemak dengan aneka lauk, aneka cucur atau mahukan sarapan ala-ala barat, pasti menyelerakan.

Kuching Eatery

Imej via [ Kuching Eatery ]

Alamat: 4809-0-35, CBD 2 Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya

Waktu operasi: Selasa-Ahad (9.00 am-9.00 pm)

Agak susah mencari restoran yang menyajikan makanan Sarawak di ibu kota Kuala Lumpur dan Selangor. Kami sudah menjumpai satu restoran yang menyajikan makanan Sarawak buat mereka yang ingin makan menu lain daripada yang lain iaitu Kuching Eatery.

Sebut sahaja menu Sarawak yang anda rindu seperti laksa Sarawak, mee kolok, nasi panggang Sarawak mahupun kek lapis, semuanya ada di sini dan terhidang dengan enak.

Banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba termasuklah mee jawa, mee belacan, kuih penyiram yang sukar ditemui di tempat lain. Untuk minuman pula, apa kata anda cuba The C Peng Special dan Kuching Wheat Grass, pasti menyegarkan lebih-lebih lagi sewaktu musim panas.

Kesimpulan

Bagaimana? Tidak tahu mana satu kedai makan di Cyberjaya yang patut anda serbu? Jangan gelojoh, serbu sahaja satu-satu.

Selain tempat makan menarik di Cyberjaya, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Jom baca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel kami!

Artikel Tempat Makan Lain

Selain tempat makan menarik di Penang, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Jom baca. Oh ya, janagn lupa untuk share dan like artikel kami.

Penulis: Ahmad Munawar Mohamad

Penggemar nasi arab dan apa jua makanan yang ada kambing. Suka memasak dan seringkali bereksperimentasi dengan makanan!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.