Artikel kali ini kita akan menjelajah pula restoran halal di kawasan sekitar Ao Nang, Bangkok ini. Kalau anda ke sini, jangan risau jika tidak pandai berbahasa Inggeris atau Thailand. Rata– rata masyarakat di sini pandai berbahasa Melayu.

Harga makanan restoran di sini adalah lebih kurang sama sahaja antara restoran. Jadi anda tidak perlu risau dengan harga makanan. Yang penting makanan sedap dan berpuas hati.

Anda boleh lah membaca serba sedikit restoran halal yang disenaraikan ini.Kami kongsikan makanan wajib cuba di Krabi

#1. Lemon Restaurant

Restoran ini terletak bersebelahan Bangboo Restaurant dan berhadapan McDonalds Ao Nang. Keramahan kakitangan restoran ini cukup menyenangkan tambahan pula mereka boleh berbahasa Melayu.

Ayam Padprik

Imej via facebook

Banyak menu yang boleh anda cuba di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Menu yang mesti anda cuba adalah tom yum gung, ikan masam manis, somtham @ Thai salads, Thai green curry dan banyak lagi.

Tom Yum Gung @ Lemon Restaurant

Imej via facebook

Tom yum gung di restoran ini sememangnya power dan betul – betul asli. Aromanya cukup mengiurkan dan pastinya membuatkan anda kelaparan. Thai green curry nya juga tidak kurang hebat, memang terbaik rasanya.

Alamat : Noppharat Thara Beach, Ao Nang, Krabi Town 81180, Thailand

#2.  Bangboo Halal Seafood

Restoran Bangboo terletak berhadapan Hotel Goodwill dan tidak jauh dari Hotel Ibis serta Masjid Ao Nang. Menyajikan pelbagai hidangan makanan laut, makanan Barat dan juga makanan Thai yang paling utama dengan pilihan menu sehingga 100 jenis menu.

Lobster Cheese @ Bangboo

Imej via facebook

Biasanya pelanggan akan memesan hidangan makanan Thai jika menjamu selera di sini. Antara menu yang boleh anda cuba adalah seperti tom yum, sotong sambal, somtam, kerang green curry dan banyak lagi. Hidangan di restoran ini disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman.

Sweet Sour Fish @ Bangboo

Imej via facebook

Suasana kedai yang santai sangat selesa buat para pengunjung. Restoran ini bersedia menerima pelanggan mulai jam 11.00 pagi setiap hari sehingga jam 11.00 malam.

Alamat : 445 Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand

#3. Nong Thaifoods Kitchen

Restoran Nong Thaifoods Kitchen ini terletak berhampiran Hotel Smile. Hanya kira – kira 100 meter sahaja jaraknya. Pelbagai pilihan menu boleh anda dapati di sini.

Antara menu yang wajib ada order adalah nasi goreng seafoodnya yang memang awesome. Terbaik sekali hidangannya.

Tom Yum Gung

Imej via facebook

Selain itu, nasi itik juga antara menu yang boleh anda nikmati. Rasa daging itik yang kenyal dan lembut serta disirami sos membuatkan ianya begitu enak. Kerabu sotong juga tidak ketinggalan mesti dicuba.

Kerabu Sotong @ Nong Thaifoods

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba tomyam yang sememangnya sedap. Dimakan bersama nasi putih yang cukup menyelerakan.

Sekiranya anda mahu menjamu selera di sini, boleh datang mulai jam 11.00 pagi setiap hari.

Alamat :Road 4203, Ao Nang, Thailand

#4. Klang Soi Halal Food

Klang Soi bermaksud berada di bahagian tengah jalan (soi) dan ia terletak di Soi Sukhumvit. Restoran ini terletak berhampiran Ananta Burin Resort dengan kira – kira 50 meter jarak perjalanan sahaja.

Pad Thai

Imej via facebook

Sebaik melangkah ke restoran ini anda akan dapat melihat lobster dan ketam yang masih hidup di dalam akuarium. Ternyata makanan laut di sini begitu segar sekali.

Restoran ini mempunyai banyak menu iaitu sekurang-kurangnya 100 pilihan. Harga makanan juga sangat murah memandangkan lokasinya berhampiran kawasan kejiranan. Anda boleh mencuba minced chicken soup with tofu, fried needle mushroom, lobster bakar, sayur manis dan banyak lagi.

Pie Tee @ Klang Soi

Imej via facebook

Waktu operasi mulai hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari. Ia dibuka semulai mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam untuk makan malam pula.

Alamat : 12/1 Soi Sukhumvit 49/9 Sukhumvit Road, Khlong Tan Nuea, Wattana Bangkok 10110 Thailand

#5. Rotee Yamilah (Pancake)

Kalau anda nak tahu, pancake yang paling terkenal dan sedap di Krabi adalah pancake yang dijual oleh Rotee Yamilah. Gerainya hanya di tepi jalan berhampiran dengan Ao – Nang Sunset Hotel.

Pancake Coklat @ Rotee Yamilah

Imej via facebook

Biarpun hanya gerai biasa sahaja, namun selain pancake, terdapat juga menu lain seperti air teh wangi, makanan bakar dan banyak lagi. Harga pula cukup murah.

Anda boleh mencuba pancake yang pelbagai perisa di sini. Dicadangkan anda mencuba pancake pisang + Nutella.

Pancake Peanut Butter @ Rotee Yamilah

Imej via facebook

Sapuan Nutella yang begitu banyak sehinggakan ia meleleh menjadikan pancake ini begitu istimewa. Dengan sapuan yang begitu banyak membuatkan ia begitu enak dimakan, lebih – lebih lagi di waktu petang.

Alamat : Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

#6. Restoran Farida Fatornee

Restoran Farida Fatornee merupakan restoran Muslim yang terletak di Soi 7 dan tidak jauh dari kawasan Pratunum.  Malah, tidak jauh dari restoran ini juga terdapat Masjid Darul Aman.

Nasi Goreng Seafood @ Farida Fatornee

Imej via facebook

Pemilik restoran ini berasal dari Selatan Thailand dan fasih berbahasa Melayu. Jadi, tidak susah untuk anda membuat pesanan makanan di sini.

Menu hidangan restoran ini sudah tentulah hidangan Thai Selatan yang begitu menyelerakan. Anda boleh mencuba lidah goreng (lin thot) dan juga kambing goreng (pe thot) yang sememangnya sedap. Sup ekor (sup hang wua) juga menyelerakan.

Pulut Mangga @ Farida Fatornee

Imej via facebook

Selain itu, anda boleh juga memesan menu phat prik kung – udang goreng cili, sup kai – sup kaki ayam atau phat kana pla kem – ikan masin goreng. Tom yum jangan lupa order, ya !

Restoran ini dibuka pada sebelah petang hingga malam iaitu mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari.

Alamat : Phetchaburi Rd, Khwaeng Thung Phaya Thai, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand

#7. Restoran Sareefah

Restoran Sareefah terletak tidak jauh dari Masjid Ao Nang. Bagi anda yang baru sahaja selesai singgah menunaikan solat di masjid ini, anda boleh pula menuju ke Restoran Sareefah.

Kerabu Sotong @ Sareefah

Imej via facebook

Antara menu yang boleh menjadi tarikan anda di sini adalah tom yumnya yang cukup menyelerakan. Ditambah pula dengan ayam goreng yang begitu enak. Kengsom ikan bersama sambal belacan dan ulam memang menambah selera.

Botok Ikan @ Sareefa

Imej via facebook

Selain hidangan Thai sebagai santapan utama, anda juga boleh memesan pancake nya yang lembut serta mengiurkan. Tambahan pula ia disapu dengan sapuan yang begitu menarik seperti coklat dan lepa kacang.

Minuman teh Thai yang pekat, lemak manis cukup menyegarkan. Pasti anda tidak menyesal jika merasai air minuman ini.

Restoran ini dibuka mulai jam 11.00 pagi. Sekiranya anda tercari – cari restoran untuk makan tengahari boleh datang ke sini. Ia ditutup sehingga awal pagi iaitu pada jam 2.00 pagi setiap hari.

Alamat : Nopparat Thara Road, Ao Nang, Krabi Town 81180 Thailand

Kesimpulan

Ternyata di Ao Nang Krabi tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal. Boleh dikatakan ramai juga masyarakat di sini fasih berbahasa Melayu. Ia memudahkan komunikasi dua hala antara pelancong dan rakyat tempatan.

Makanan yang terdapat di sini cukup istimewa, malah harganya juga berpatutan. Hidangan yang disediakan di restoran – restoran di sini kebanyakannya di masak oleh tukang masak tempatan. Oleh sebab itu rasa hidangan ini cukup asli dan lazat sekali.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.