Pengalaman bercuti di luar negara adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tambahan pula dapat menjelajah ke negara orang yang kita jarang dapat peluang menerokai dunia luar.

Menjelajah mengelilingi dunia sekalipun, sekiranya sukar untuk mendapatkan makanan halal, ia mungkin mengganggu percutian  anda bukan ? Bagi anda yang ingin bercuti dan membeli belah di Vietnam, artikel ini mungkin dapat membantu anda mencari restoran halal ketika berada di Vietnam.

Jemput baca tempat makan best di Vietnam wajib cuba bila di sana.

#1. The Daun Restaurant

Restoran Muslim yang telah mendapat tempat di hati para pelanggan Muslim adalah The Daun Restaurant. Ia terletak di bandar Ho Chi Minh sering menjadi tumpuan ramai dan keadaan agak sesak menjelang musim cuti.

Sup Vietnam @ The Daun Restaurant

Imej via facebook

Menu yang terdapat di restoran ini adalah menu hidangan Indonesia yang terdiri dari nasi goreng, mee, spicy beef noodle, nasi ayam dan banyak lagi. Selain itu, restoran ini turut menyajikan menu khas Vietnam iaitu Pho. Ia dibuat menggunakan daging lembu yang diadun dengan bahan – bahan asli bagi menghasilkan rasa yang begitu istimewa.

Sup Ekor @ The daun Restaurant

Imej via facebook

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 7.30 pagi hingga jam 10.30 malam. Anda boleh mulakan hari anda dengan bersarapan di sini.

Alamat : 48, Le Lai, Ben Thanh Ward, Hồ Chí Minh City, Vietnam

#2. Pho Muslim

Masjid Jamiul Islamiyah yang juga dikenali dengan Masjid Nancy terletak di daerah Hung Dao Street. Ia sering dikunjungi oleh pelancong luar untuk mengerjakan solat serta menikmati keindahan senibina masjid ini.

Mee Sup @ Pho Muslim

Imej via facebook

Berhampiran masjid ini terdapat sebuah restoran yang dikenali sebagai Pho Muslim. Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan masyarakat Vietnam yang terdiri daripada mee, aneka sup bersama bebola serta hirisan daging yang ternyata halal.

Mee Sup @ Pho Muslim

Imej via saigonnezumi

Anda boleh menikmati keenakan menu tradisi di sini tanpa perlu khuatir dengan status halal makanan di sini. Harga makanan di sini pula sudah tentu sangat berpatutan.

Untuk menjamu selera di sini, anda boleh datang seawal jam 6.00 pagi setiap hari untuk sarapan serta makan tengahari. Ia ditutup pada jam 12.00 tengahari dan dibuka semula pada jam 4.00 petang hingga 10 malam untuk operasi berikutnya.

Alamat : District 1, Nancy Mosque, Ho Chi Minh

#3. [email protected]

Aneka makanan tempatan halal banyak tersedia di Halal Saigon ini. Restoran yang telah mendapat sijil pengesahan halal dari Commision Board of Islam in Ho Chi Minh City ini menjadi tumpuan ramai terutama yang beragama Islam. Tambahan pula ia terletak berhadapan Masjid Jamia Al Muslimin.

Seafood Tomyam @ HalalSaigon

Imej via facebook

Harga makanan di sini sedikit mahal, namun ianya bukan suatu halangan untuk menjamu selera. Hidangan yang disediakan sememangnya lazat dan menyelerakan, oleh sebab itu ia sering dipenuhi ramai biarpun harganya sedikit mahal.

Vietnamese Roll @ HalalSaigon

Imej via facebook

Kepuasan hati pelanggan yang menjamu selera di sini terserlah kerana ramai pelanggan tetap berkunjung ke restoran ini tidak kira masa. Pelbagai menu yang tersedia membolehkan anda memesan hidangan ringan seperti spring roll hinggalah ke menu utama seperti sup Pho yang tiada tolok bandingannya.

Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan boleh lah anda menjamu selera di sini.

Alamat : 31 Dong Du, District 1, Ho Chi Minh

#4. Kampung Pandan Restaurant

Kampung Pandan Restaurant ini letaknya berhampiran Ben Thanh Market. Anda boleh singgah menjamu selera di sini terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti bersiar – siar dan membeli belah. Restoran ini menyediakan hidangan dari Vietnam, Singapura, Malaysia dan India yang terdiri dari pelbagai menu.

Tom Yum Gung @ Kampung Pandan Restaurant

Imej via facebook

Antara menu yang boleh anda cuba adalah nasi goreng, bihun goreng, makanan laut seperti udang, ketam, ikan serta bermacam lagi. Jika terasa hendak makan roti canai, restoran ini juga turut menyediakannya.

Roti Canai @ Kampung Pandan Restaurant

Imej via facebook

Saiz hidangan makanan di sini agak besar dan sesuai dimakan berdua. Bukan sahaja makanan yang disediakan adalah sedap, malah boleh dikongsi serta cukup menjimatkan.

Restoran ini dibuka seawal jam 6.00 pagi untuk para pelanggan menjamu selera dan ditutup pada jam 11.30 malam setiap hari.

Alamat : 53 Thu Khoa Huan, Dist 1, Ho Chi MinhCity

#5. Zeytun Restaurant

Zeytun Restaurant letaknya di bandar Ho Chi Minh. Pelbagai hidangan boleh anda dapati di sini. Anda boleh memesan hidangan makanan Barat hinggalah makanan Timur Tengah.

Vietnamese roll @ Zeytun Restaurant

Imej via facebook

Kebanyakan pengunjung yang datang akan memesan hidangan Timur Tengah. Menu yang sering mendapat sambutan adalah kebab, falafel, babaganoush dan banyak lagi.

Pizza @ Zeytun Restaurant

Imej via facebook

Suasana restoran ini begitu selesa dan mendamaikan. Ia membolehkan pelanggan menjamu selera dengan tenang sambil berbual santai bersama teman.

Alamat : 185 Bui Vien Ho Chi Minh City, Vietnam 70000

#6. D’Nyonya Penang

Pasti anda berbangga kerana di Restoran D’Nyonya Penang ini anda akan dapat menikmati hidangan negeri Pulau Pinang, Melaka dan juga Singapura. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kawasan District 1 ini, kerana banyak restoran halal di sini termasuklah D’Nyonya Penang.

Sweet Sour Fish @ Dnyonya Saigon

Imej via facebook

Anda boleh menjamu selera di sini mulai sarapan hinggalah ke makan malam. Restoran ini terletak hanya 1 minit berjalan kaki dari Masjid Saigon Central. Ia juga tidak jauh dari Starbucks Dong Du.

Restoran yang beroperasi mulai jam 7.00 pagi ini membolehkan anda bersarapan di sini terlebih dahulu. Hampir 120 jenis menu disediakan di sini yang terdiri dari makanan laut, hidangan bergoreng, sup, bubur nasi dan banyak lagi.

Tom Yum Gung @ Dnyonya Saigon

Imej via facebook

Anda boleh memulakan hidangan anda dengan hidangan pie tee serta otak – otak Nyonya yang ringkas tetapi sedap. Boleh juga anda mencuba hidangan asam laksa, tom yum serta sup yang begitu membuka selera.

Alamat : 56, Dong Du street, Ben Nghe Ward, District 1, Ho Chi Minh.

#7. Saigon Green House

Restoran ini menawarkan hidangan makanan Malaysia buat para pelanggannya. Malah, menu hidangan masyarakat Vietnam turut disajikan di sini.

Tom Yum @ Saigon Green House

Imej via facebook

Pemilik restoran ini merupakan seorang yang beragama Islam. Sudah tentulah makanan di sini halal dan bersih buat orang Muslim.

Nasi Goreng Ayam @ Saigon Green House

Imej via facebook

Antara menu yang menarik untuk dicuba adalah Canh Chua Ca (sup masam dengan ikan), nasi goreng nenas, roti canai, sin chuan tofu dan banyak lagi. Anda juga boleh memesan hidangan makanan laut yang dihidangkan segar di sini.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat : 52 Truong Dinh St, Dist 1, Ho Chi Minh City, Vietnam 084

Kesimpulan

Inilah 7 buah restoran halal dan sedap yang boleh anda cuba di Vietnam. Ia bukan sahaja halal, namun mempunyai keenakan yang tersendiri serta sesuai dengan selera orang ramai.

Selain makanan masyarakat Vietnam, anda juga boleh mendapatkan makanan Malaysia sewaktu melancong ke Vietnam. Sekurang – kurangnya tidaklah rindu sangat dengan makanan Malaysia jika bercuti ke luar negara nanti.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.