Anda peminat ayam kampung tetapi tak tahu dimana nak makan ayam kampung yang sedap? Tentunya Herman Ayam Kampung Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik.
Kepakaran Restoran Herman Ayam Kampung ini adalah menyajikan set nasi ayam kampung yang lazat, sememangnya mereka tidak diragui lagi. Walaupun menu citarasa tradisional melayu, namun susun atur restoran ini sangat elegan dan moden.
Selain nasi ayam kampung, nasi kukusnya sangat sedap daripada yang lain. Rasa nasinya betul-betul lembut, gulai pekat likat berselera, lauk dimasak panas-panas dan dilengkapi dengan tiga jenis sambal berapi. Pasti membuatkan anda terliur untuk menyantapnya.
Sesuai dengan nama restorannya, Herman Ayam Kampung menyajikan kepada anda set Nasi Ayam Kampung sebagai menu utama. Daging ayam kampungnya yang empuk ditambah pula dengan paduan gulai dan sambal pasti membuatkan anda ingin datang menikmati makanan tengahari di sini.
Jika anda seorang yang kuat makan dan tidak cukup dengan seketul ayam, restoran nasi ayam kampung ini juga menyediakan set Nasi Ayam Double. Selain itu, terdapat hidangan gabungan lauk ayam dengan makanan laut seperti set Nasi Ayam dan sotong, set Nasi Ayam dan ikan. Rasa dan kekenyangannya sudah tentu tidak mengecewakan.
Di samping nasi berlauk ayam kampung, restoran empat cawangan ini juga menyediakan nasi berlauk ikan. Antaranya set Nasi Ikan Talapia, Nasi Ikan Kembung, Nasi Ikan Keli, malahan Nasi Sotong juga turut disediakan. Menu Herman Ayam Kampung semestinya tidak akan membuatkan anda bosan untuk memilih.
Bukan sahaja makanan masakan ayam kampung yang menjadi tumpuan di sini, malah hidangan minumannya juga tidak mengecewakan.
Herman Ayam Kampung menyediakan pelbagai minuman menarik pelbagai warna. Antara minuman popular dan sedap di sini adalah Green Tea Milk, Nescafe Ais Kaw, Keladi Ais, Sirap Bandung Soda dan macam-macam lagi.
Untuk pengetahuan anda, Herman Ayam Kampung mempunyai empat cawangan di Malaysia iaitu di Solaris Dutamas, Bukit Jelutong, Mutiara Damansara dan Bukit Bintang.
Servis restoran ini adalah layan diri. Datang awal agar anda tidak perlu beratur panjang. Marilah beramai-ramai bersama keluarga dan rakan ke lokasi terdekat Herman Ayam Kampung untuk cuba sendiri kelazatan nasi ayam kampung.
Lokasi: Lot 69(A), Block B1, Level G2, 1, Jln Solaris Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10 pagi-7 malam)
Waktu Operasi: Sabtu dan Ahad (11 pagi-7.30 malam)
No Telefon: 03-2856 4171