Warung Cikgu Hashim ini telah beroperasi sejak tahun 2017. Menu hidangan di sini agak banyak dan pelbagai.

Dekorasi restoran pula agak ringkas dan menarik. Anda pasti merasa tenang semasa menikmati hidangan di sini. Ia tidak sarat dengan hiasan dalaman membuatkan ianya lebih selesa.

Nasi Lemak Sotong King

Imej via facebook

Menu Angsa Antara Hidangan Istimewa

Antara menu yang jarang sekali kita dapat nikmati di restoran Muslim adalah hidangan angsa yang dijadikan sebagai sajian. Anda boleh mencuba angsa masak kicap pedas, angsa masak lemak belimbing buloh dan angsa masak gulai.

Tekstur daging angsa adalah sangat lembut dan terasa seperti gabungan isi ayam dan kambing. Hidangan ini adalah sangat limited dan jika anda ingin mencubanya bolehlan membuat tempahan awal.

Nasi lemak lobster buttermilk, antara hidangan yang agak mewah. Tidak salah jika anda mencuba hidangan ini. Sesekali makan hidangan mewah, apa salahnya kan ?

Nasi Ayam Buttermilk

Imej via facebook

Nasi lemak yang dihidangkan penuh dengan rasa lemak disatukan pula dengan sambal manis dan pedas. Saiz lobsternya pula agak besar pasti cukup meriangkan.

Bukan sahaja nasi lemak lobster buttermilk yang mesti anda cuba, nasi lemak sotong king juga tidak kurang hebatnya. Sotong king juga mempunyai saiz hidangan yang agak besar juga.

Bagi yang suka menghirup sup, anda boleh mencuba sup tulang yang boleh dimakan bersama nasi putih atau menghirupnya begitu sahaja. Dagingnya lembut, kuah supnya pula terasa sempurna dengan rempah ratus turun menurun.

Sup tulang ini enak dimakan bersama cili kicap yang dibuat secara homemade. Pedas hingga berdesing telinga.

Murtabak Hindustan

Menu murtabak Hindustan pasti menjadi hidangan anda. Ia sangat menarik untuk dicuba. Kulit luarannya yang sedang – sedang sahaja, cukup sempurna. Ia dipenuhi dengan isi yang banyak, bersama telur yang seimbang. Enak dijadikan sebagai hidangan minum petang. Murtabak ini dibawa khas dari Segamat Johor.

Mutrabak Hindustan

Imej via facebook

Tembikai Cikgu merupakan jus tembikai segar yang disajikan terus dari buah tembikai tanpa campuran sebarang air dan hanya dicampur dengan sedikit gula sahaja. Anda mesti cuba jus tembikai ini, tak rugi.

Harga makanan di sini adalah sangat berpatutan dan tidak terlalu mahal. Malah, ia sangat berpatutan dengan hidangan yang dihidangkan iaitu bertaraf lima bintang.

Anda yang pertama kali menjamu selera di sini pasti akan berkunjung semula ke sini. Hidangannya pasti membuatkan anda teringat kembali hidangan yang menarik di sini. Tiada sebarang penyesalan jika menjamu selera di sini.

Restoran ini beroperasi mulai jam 7.30 pagi setiap hari dan menghentikan operasi pada jam 11.00 malam. Pelanggan yang ingin menjamu selera pada sebelah malam boleh datang awal untuk menjamu selera. Ia sentiasa dipenuhi pelanggan pada sebelah malam kerana lokasinya yang berdekatan beberapa kedai yang menjadi tarikan pelanggan.

Alamat : Warong Cikgu Hashim, No 45-G Wisma Rayyan, Jalan TTDI Grove 7/1, Taman TTDI  Grove, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Penulis: Harwati Rukari

Harwati Rukari

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.