Bila stres mula mengusutkan minda anda, apakah yang anda lakukan untuk mengatasinya?

Pasti makanan manis seperti pencuci mulut mula menjengah di minda anda, bukan? Mulalah anda kecur air liur dan tercari-cari tempat makan yang sesuai dek kerana mengidam makanan manis.

Kepada pembaca yang menetap di Shah Alam, anda wajib serbu restoran Foodsbury yang terkenal dengan aneka jenis pencuci mulut dan makanan Barat. Ianya juga merupakan antara restoran yang ‘top’ di Shah Alam.

Almond Salted Caramel Mille Crepe, Mille Crepe Pujaan Ramai

Untuk pengetahun anda, ‘mille crepe’ ini merupakan sejenis kek yang di buat menggunakan lapisan penkek yang nipis. Restoran Foodsbury juga cukup terkenal dengan hidangan ini.

Ada berbagai jenis ‘mille crepe’ yang disediakan, namun Almond Salted Caramel Mille Crepe merupakan antara yang paling laku keras di Foodsbury. Buktinya, ianya cepat sahaja kehabisan dek kerana terlalu banyak pesanan.

Imej via Foursquare

Karamel yang pekat merupakan kunci utama ‘mille crepe’ ini begitu digilai. Bila dikunyah, memang terasa kegebuan ‘mille crepe’ dan bila rasa manis karamelnya mula mencair dalam mulut, memang nikmat!

Spicy Beef Aglio Olio, Digilai Pencinta Makanan Pedas

Jika anda lebih sukakan makanan pedas dan kurang gemar pencuci mulut yang manis, jangan risau. Foodsbury juga ada satu lagi hidangan ‘signature’ yang cukup laris di sini.

Imej via Instagram

Hidangan tersebut ialah Spicy Beef Aglio Olio! Kalau namanya sendiri ada perkataan ‘spicy’, memang pedaslah pasta yang ditabur dengan serpihan cili di atasnya ini. Saiz hidangannya juga agak besar, memang mengenyangkan!

Hidangan Platter yang Bersaiz Besar, Sampai Terkeluar Pinggan!

Teringin hidangan platter? Foodsbury bukan sahaja terkenal dengan pencuci mulut dan hidangan Barat sahaja, malah hidangan platter di sini juga turut mendapat tempias yang sama.

Imej via Foursquare

Di Foodsbury, hidangan platter yang disediakan ialah Platter A dan B. Ada Chicken, Lamb, Dory Fish, Seafood, Fries, aneka jenis pasta dan banyak lagi. Mengenyangkan? Sudah semestinya!

Banyak Lagi

Imej via Foursquare

Selain ‘mille crepe’, penkek juga merupakan antara pencuci mulut yang disajikan di Foodsbury. Ada Milo Pancake dan Nutella Pancake yang bukan sahaja manis, malah gebu!

Imej via Foursquare

Kita biasa terdengar tentang teh tarik dan popcorn. Namun, pernahkah anda terbayang jika keduanya dicampurkan menjadi Teh Tarik Popcorn? Minuman unik lagi enak ini wajib anda cuba, hanya di Foodsbury!

Imej via Foursquare

Kurang menggemari makanan pedas namun masih teringin merasai pasta? Cubalah Lamb Carbonara, pasta yang berkrim namun tidak pula memuakkan. Boleh jadi anda tambah berpinggan-pinggan!

Kesimpulan

Terlalu banyak menu istimewa di Foodsbury untuk kami senaraikan. Patutlah restoran ini sentiasa ramai dengan pelanggan, menunya sedap-sedap belaka!

Anda sudah mula berkeroncong perut membayangkan keenakan ‘mille crepe’ ke tu? Lekaslah singgah di Foodsbury sebelum terlepas peluang! Berikut kami senaraikan alamat dan waktu operasi restoran. Selamat menjamu selera!

Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa hingga Khamis 12 tengahari – 10.30 malam, Jumaat – Ahad 12.30 tengahari -11 malam

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .