LeQamr Glasshall mengadakan buffet Ramadan buat julung kalinya pada tahun ini. Jadi buat warga Melaka yang mencari tempat berbuka puasa yang menarik dengan harga yang berbaloi, kami cadangkan anda untuk berbuka di sini!
Sesekali pasti mahu merasai pengalaman istimewa di bulan Ramadan iaitu berbuka puasa bersama yang tersayang di luar. Selain menu, pemilihan tempat berbuka yang selesa dan lengkap dengan kemudahan menjadi salah satu faktor yang dipertimbangkan bagi memudahkan segala urusan berkaitan.
Jangan risau, di LeQamr Glasshall mereka menyediakan buffet Ramadan terbaik dan menawarkan kemudahan lengkap untuk pengunjung. Nak tahu apa yang menarik di sini? Jom terokainya!
Sebelum terlupa, kami ingatkan bahawa LeQamr Glasshall mengadakan buffet Ramadan hanya pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang Ramadan. Buffet ini bermula dari 6.00 petang sehingga 8.30 malam.
Jika anda seorang penggemar makanan tradisi, LeQamr Glasshall adalah destinasi sesuai untuk anda berbuka puasa. Lebih 40 menu menarik menanti anda beserta live stalls.
Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Lemak Cili Api, Kupang Ala Thai dan Keli Berlado merupakan antara lauk enak yang pasti membuatkan anda bertambah. Makan bersama Kerabu Perut dan Taugeh mahupun Masak Lemak Pisang pasti lebih berselera.
Selain menu utama, kuih-muih, buah-buahan segar dan pelbagai jenis air balang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilihnya. Live stalls yang ada pula bakal menyajikan menu segar dan panas seperti Kambing Bakar, Roti John, Char Kuey Teow dan Kids Meal.
Antara kelebihan berbuka puasa di sini adalah anda dapat menikmati suasana berbuka di dalam dewan kaca yang cantik, selesa, luas dan premium. Jangan lepaskan peluang untuk ootd dengan latar yang indah.
Kemudahan utama yang dicari ramai pengunjung juga disediakan dengan selesa iaitu surau dan tandas. Pengunjung tidak perlu terburu-buru mencari surau lain untuk menunaikan solat sebelum mahupun selepas berbuka.
Parkir juga disediakan dengan luas. Berada di lokasi yang strategik iaitu dilaluan utama Lebuh AMJ Melaka, ia memudahkan pengunjung untuk mengakses ke sini.
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, pakej buffet Ramadan LeQamr Glasshall memang sangat berpatutan dan mampu milik.
Harga asal adalah RM 65 sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 11 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas pula hanya dikenakan RM 45 sahaja. Sangat berbaloi!
Jika anda berkesempatan membuat tempahan sebelum 19 Mac 2023, anda dapat menikmati harga permulaan serendah RM 59 untuk dewasa manakala RM 39 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Berita baik buat anda yang mahu berbuka dengan kelompok yang ramai, harga istimewa yang lebih rendah menanti anda!
Alamat: Lot 6488, Mukim Balai Panjang, Daerah Melaka Tengah, 75350, Bachang, Melaka
No telefon: 012 642 8928
Facebook: LeQamr Glasshall Dewan Kahwin Melaka
Info: Tempahan
Tunggu apa lagi? Lakukan tempahan segera untuk merasai pengalaman istimewa buffet Ramadan LeQamr Glasshall untuk tahun ini!