Dim Sum merupakan makanan yang sering menjadi hidangan masyarakat Cina. Resepi asal dim sum adalah menggunakan bahan yang tidak halal untuk penganut agama Islam.
Namun, hidangan dim sum di café ini tidak menggunakan sebarang bahan tidak halal dan mempunyai pensijilan Halal JAKIM yang boleh dilihat di dinding restoran.
Kebiasaannya, hidangan dim sum hanya dihidangkan di restoran – restoran mewah atau pun di hotel – hotel sahaja, namun jika di bandar Ipoh, ia dapat dinikmati hanya di sebuah restoran biasa sahaja.
Restoran ini terletak berhadapan pejabat PTPTN Ipoh telah dibuka sejak tahun 2010 sering mendapat kunjungan ramai yang terdiri dari masyarakat Cina, Melayu dan India.
Restoran ini dimiliki oleh pasangan Cina yang tidak langsung mempunyai pengalaman dalam bidang F & B.
Dekorasi serta hiasan di restoranini nampak ceria serta ruang tempat duduk luas serta berada di dalam suasana berhawa dingin cukup menenangkan untuk menjamu selera di sini.
Bagi pemilik restoran ini iaitu Judy Chin, dim sum membawa maksud sentuhan jantung yang kecil.
Hidangan yang pasti anda boleh cuba di sini adalah Dumpling Udang, Siew Mai, Pau Ayam BBQ, Kao Choi atau Chive Dumplings dan banyak lagi pilihan.
Pau Ayam BBQ ini rasanya begitu lembut, ringan dan bersaiz besar. Dumpling Udang pula diisi dengan udang segar yang diadun bersama bahan – bahan lain cukup mengujakan.
Sebaik sahaja anda membuat gigitan pertama, sudah pasti terasa isi udang yang begitu segar dan manis. Siew Mai pula dihidangkan bersama Chili Oil Paste yang begitu membuka selera.
Kao Choi atau Chive Dumplings pula dihidang bersama adunan minyak buatan sendiri. Lor Mai Kai pula boleh anda cuba kerana ia dikukus dengan baik menjadikan adunan di dalamnya sebati antara satu sama lain.
Bagi penggemar hidangan pedas, anda boleh mencuba Lor Bak Gou (Kuih Radish Fried) yang dihidangkan agak pedas namun sangat menyelerakan.
Selain Dim Sum, pelanggan juga boleh mencuba hidangan lain yang istimewa seperti mee wantan, mee hakka, egg tart dan bermacam lagi hidangan yang menarik boleh dicuba.
Setiap hidangan di sini disediakan secara mengukus dan goreng segar sebelum dihidangkan kepada para pelanggan.
Sekiranya anda berkunjung sewaktu hujung minggu ataupun di sebelah malam, café ini agak dipenuhi oleh para pelanggan.
Oleh itu, pastikan anda mempunyai tahap kesabaran yang agak tinggi kerana untuk menyediakan setiap hidangan segar, mungkin akan mengambil masa kira – kira 20 minit untuk setiap pesanan.
Ini kerana pemilik restoran hanya ingin menghidangkan sesuatu yang segar sahaja buat para pelanggannya.
Harganya makanan di sini sangat berpatutan dan rasa hidangannya begitu mempesonakan.
Café ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Anda boleh memulakan hari anda dengan bersarapan di sini.
Alamat: No. 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak.