Bermacam orang bermacam ragam lah jawabnya. Begitu juga jika anda melancong ke luar negara, pastinya bermacam selera juga.

Anda tidak perlu khuatir jika berkunjung ke Bandung untuk bercuti, makanan halal banyak tersedia di sini. Bagi anda yang sudah bosan dengan hidangan Indonesia, boleh sahaja menukar selera anda.

Kali ni penulis akan senaraikan restoran dim sum dan restoran hidangan Korea buat anda. Mungkin ada yang boleh anda kunjungi semasa berada di Bandung nanti.

(Restoran Dim Sum)

#1. Bao Dimsum

Nama restoran sahaja sudah menunjukkan ia menyajikan dimsum sebagai menu utama. Di sini, ia menyajikan bao iaitu dimsum yang berbentuk seperi roti kukus. Ia juga turut dikenali dengan nama bapao.

Dumpling @ Bao Dimsum

Imej via facebook

Restoran ini cuma bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Hiasan dalamannya cukup menarik dan kelihatan begitu epik. Ia dihiasi dengan bangku kayu dan hiasan dinding seperti restoran Cina dahulu kala.

Bao Dimsum @ Bao Dimsum

Imej via facebook

Anda pasti terpegun melihat bao yang berwarna warni sebaik tiba di sini. Terdapat bao berbentuk kepala panda, bunga ros serta bermacam lagi.

Bao yang memiliki warna dan bentuk yang berbeza turut membezakan inti di dalamnya. Bagi anda yang ingin mencuba bao di sini boleh lah datang dan memilih bao yang beraneka jenis dan bentuk.

Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat : LT CL-03 Paris Van Java Sukajadi Bandung 40162

#2. Kafetaria 170

Kafetaria 170 bukanlah sebuah kafetaria biasa. Ia merupakan restoran yang berkonsepkan kopitiam yang bersaiz besar dan ruangnya cukup luas.

Wantan @ Kafetaria 170

Imej via facebook

Pelbagai menu makanan Cina ada di sini termasuklah dim sum yang sedap. Walau bagaimana pun, pilihan dim sum agak terhad berbanding di restoran lain, namun anda masih boleh menikmatinya di sini.

Nasi Campur @ Kafetaria 170

Imej via facebook

Ternyata restoran ini pasti dapat memenuhi permintaan anda yang inginkan dim sum sebagai hidangan. Biarpun pilihannya tidak banyak, namun keenakkan dim sumnya tetap dirasai.

Setiap hari ia dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Bolehlah anda bersarapan terlebih dahulu di sini.

Alamat : No. 170, Jalan Pasir Kaliki, Bandung

#3. Kopi Scooter

Mendengar namanya seolah – olah kopi  yang dijual menggunakan skuter. Namun, ianya tidak benar sama sekali.

Noodle @ Kopi Scooter

Imej via facebook

Kopi Scooter merupakan sebuah kedai kopi yang terkenal dan terletak di dalam pusat membeli belah Riau Junction. Ia hanyalah sebuah kedai kopi yang kecil tetapi menghidangkan pelbagai menu termasuklah dim sum.

Nasi Ayam @ Kopi Scooter

Imej via facebook

Anda boleh mencuba bao nya yang lembut, popia udang bersama kopi hitam pekat atau teh tawar panas di sini. Kelainan hidangan di sini pasti memberi pengalaman baru buat anda.

Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi hinggan jam 10.00 malam.

Alamat : Riau Junction, Jalan R.E Martadinata, Bandung

#4. Mangkok Ayam

Restoran Mangkok Ayam ini sangat terkenal dengan menu hidangan yang enak serta suasana restoran yang begitu mendamaikan. Sudah tentu pelbagai hidangan boleh anda dapati di sini.

Nasi Goreng Itik @ Mangkok Ayam

Imej via facebook

Anda boleh mencuba sup kaki ayam di sini yang begitu lembut dan terasa rempah ratusnya. Selain sup kaki ayam, sudah tentulah dim sum nya boleh anda nikmati. Nasi Itik juga begitu menyelerakan.

Menariknya di sini terdapat dim sum kaki ayam yang tidak anda temui di Malaysia. Dim sum kaki ayamnya berwarna merah menjadi kegemaran ramai.

Keenakan dim sum di restoran ini tidak hanya menarik pelanggan Tionghua, namun ia juga menarik perhatian pelanggan dari Eropah dan Amerika Syarikat yang menetap di Bandung.

Ia dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Mee Goreng @ Mangkok Ayam

Imej via facebook

Alamat : Supermarket Stiabudhi, Jalan Stiabudi dan Istana Plaza, Jalan Pasir Kaliki

#5. Pasar Tong –  tong

Pasar Tong – Tong bukanlah pasar yang terdapat di Bandung, tetapi merupakan sebuah restoran yang terdapat di dalam Mall Cihampelas Walk. Ia menyajikan pelbagai hidangan makanan nusantara dan Peranakan.

Nasi Goreng @ Pasar Tong-tong

Imej via facebook

Dim sum merupakan menu sarapan pagi di restoran ini. Namun, dim sum di restoran ini tersedia sepanjang hari untuk para pelanggan menjamu selera.

Sate @ Pasar Tong-tong

Imej via facebook

Kalau anda nak tahu, di Bandung ini agak jarang terdapat dim sum di pusat membeli belah. Maka, Pasar tong – Tong ini restoran yang sesuai untuk anda menikmati hidangan dim sum. Anda boleh mencuba siewmai yang lembut serta hakau yang berinti udang.

Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat : Mall Cihampelas Walk, Jalan Cihampelas, Bandung

(Restoran Korea)

#1. Donwoori Suki

Restoran ini menampilkan suasana yang sangat ringkas tetapi menarik. Ditambah pula dengan warna – warna pastel seperti putih, biru muda dan hijau sangat menyenangkan.

Sup Gochujang @ Donwoori Suki

Imej via letsgoeatall

Anda yang berkunjung ke restoran ini boleh mencuba menu suki serta pelbagai hidangan Korea yang lain. Rasanya juga sangat memuaskan dan tidak mengecewakan.

Harga menu hidangan di sini juga cukup berpatutan. Ia dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Grilled @ Donwoori Suki

Imej via letsgoeatall

Alamat : No 53, Jalan Lombok, Bandung

#2. Gogi Korean BBQ

Bagi anda yang teringin untuk menikmati hidangan bbq semasa berada di Bandung, bolehlah singgah ke Gogi Korean BBQ. Menariknya restoran ini terkenal dengan harga yang cukup murah di kalangan peminat hidangan Korea.

Korean Grill @ Gogi Korean Bbq

Imej via facebook

Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan seperti bulgogi, dak bulgogi, woosamgyup, beef sausage dan banyak lagi. Anda juga boleh membuat pilihan dengan memilih menu all you can eat iaitu makan sepuasnya dengan harga yang cukup berbaloi.

Budae Jigae @ Gogi Korean BBq

Imej via facebook

Ia dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi 10.00 malam.

Alamat : No 3, Jalan Burangrang, Lengkong, Bandung

3#. Chagiya Korean Suki and BBQ

Inginkan suasana Korea ketika menjamu selera di Bandung. Pastikan anda memilih restoran Chagiya Korean Suki and BBQ.

Anda boleh mencuba Chadolbagi and Chicken di mana hirisan daging lembu dan ayamnya begitu nipis. Ia dibakar diatas kuali leper yang disediakan. Terdapat 3 pilihan rasa yang boleh dipilih iaitu authentic, asli dan pedas.

Selain itu, bibimbap dan ttaebokki nya juga agak menyelerakan. Pilihan minumannya juga agak banyak yang boleh anda cuba.

Ttaebokki @ Chagiya Korean

Imej via halloho

Restoran ini turut dikenali dengan nama Little Seoul. Ini kerana dekoasi restorannya menggunakan pelbagai barangan dari Korea termasuk meja makan, kerusi, bantal duduk dan sebagainya.

Ttaeobokki @ Chagiya Korean

Imej via halloho

Alamat : No 10, Jalan Sawunggaling, Bandung

#4. Ngorea Bistro

Restoran ini antara restoran lama yang telah dibuka di Bandung. Ia antara restoran Korea pilihan ramai.

Tteobokki @ Ngorea

Imej via facebook

Ngorea Bistro menyediakan menu pelbagai yang boleh anda nikmati. Antara hidangan yang anda boleh cuba adalah kimbap, kimchi, bibimbap, bulgogi dan banyak lagi.

Bibimbap @ Ngorea

Imej via facebook

Setiap hari bistro ini beroperasi mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat : No 27, Jalan Progo, Citarum, Bandung

Kesimpulan

Pastinya anda telah pun mendapat idea hendak makan di mana sewaktu di Bandung nanti. Bagi anda yang beragama Islam, tidak perlu khuatir dengan kesemua restoran ini kerana kehalalan hidangan telah disahkan oleh pihak berkuasa tempatan Indonesia. Jadi anda boleh memilih samada menu Thai ataupun Korea sebagai hidangan semasa berada di Bandung.

Penulis: Harwati Rukari

Harwati Rukari

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.