De Pauh Garden – salah satu restoran yang sangat popular di Pulau Pinang. Terletak di Permatang Pauh, restoran ini baharu sahaja beroperasi sejak 2012.

Walaupun baru 7 tahun sahaja beroperasi, restoran ini berjaya menempa nama sebagai salah satu restoran paling terkenal di Seberang Perai. Jumlah pelanggannya juga tak pernah tak ramai!

Wah, bukan calang-calang restoran ya! Agak-agak apa yang membuatkan De Pauh Garden begitu popular? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Burger-Burger Terlajak Enak di De Pauh Garden

Dalam banyak-banyak hidangan, burger mereka merupakan antara hidangan terlaris di restoran ini. Seperti menu yang lain, burgernya juga ada berbagai jenis.

Antara burger yang disediakan ialah burger biasa, ‘mushroom / pineapple’, ‘boolat’ dan burger ‘special’. Dua jenis burger yang kerap dipesan ialah Komtar Burger dan King Burger.

komtar burger

Imej via Foursquare

Kedua-dua burger ini bersaiz besar. Komtar Burger ini merupakan sejenis ‘tower burger’ yang disajikan bersama beberapa beberapa keping keju dan daging.

king burger @ de pauh garden

Imej via Foursquare

King Burger pula merupakan burger biasa yang bersaiz lebih besar. Anda juga boleh memilih jenis daging kesukaan anda sama ada ayam atau daging.

Berbagai Jenis Hidangan, Gerenti Bikin Rambang Mata!

Sesetengah restoran sentiasa menyajikan 2-3 jenis hidangan sahaja. Itu pun menunya tidak sampai satu muka surat. Memang buat pelanggannya rasa ‘frust’ yang amat!

Namun, isu sebegini tidak akan terjadi jika anda singgah di restoran ini. Menu di sini sangat berbagai! Ada pelbagai jenis makanan Thai, makanan tempatan dan makanan Barat.

chicken chop de pauh garden

Imej via Foursquare

Hidangan Barat merupakan antara hidangan yang paling ‘panas’ di sini. Menu seperti Chicken Chop dan Grilled Lamb Chop wajib anda pesan. Sos lada hitamnya dijamin sedap!

Servis Terbaik & Kebersihan Restoran Terjaga

Dalam banyak-banyak aspek, semestinya servis dan kebersihan restoran akan dititikberatkan oleh setiap pelanggan, bukan?

Servis restoran ini sangat dipuji oleh pelanggan-pelanggannya. Ramai pelanggan mengakui yang pekerja-pekerjanya ramah dan sering membantu pelanggan, memang terbaik!

santai @ de pauh garden

Imej via Foursquare

Selain itu, restoran ini juga bersih. Dekorasi restoran juga cantik, sesuai untuk pelanggan yang singgah untuk makan sambil bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga.

Banyak Lagi

Inginkan makanan ringan? Cubalah sate di sini. Jika anda baca ulasan di Internet, kebanyakan pelanggan memuji sate yang sangat ‘juicy’ isinya dan pekat kuahnya.

boat noodle

Imej via Foursquare

Boat Noodle di restoran ini juga wajib anda cuba. Hidangan ini bukan sahaja enak malah bersaiz besar. Kalau makan seorang pun dijamin kenyang!

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu singgah di De Pauh Garden ke tu? Pasti anda sudah terliur terbayangkan hidangan-hidangannya yang beraneka jenis, bukan?

Apa tunggu lagi, lekaslah serbu jika berpeluang! Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi kafe. Kami galakkan agar anda datang awal, takut berebut tempat duduk nanti!

Alamat: 1618, Jalan Permatang Pauh, Taman Pauh, 13500 Perai, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 2 am

Mencari lebih banyak tempat makan sedap sekitar Seberang Perai? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Seberang Perai/a>

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.