Masuknya bulan baru bermaksud banyak kafe baru yang dibuka untuk para food hunter. Kafe-kafe ini menyediakan tempat dan juadah makanan yang membantu kita semua untuk bertenang dan berehat setelah penat bekerja. Oleh itu, mari kita jenguk kafe baru dibuka di Lembah Klang!
Kafe ini sesuai untuk makan tengahari mahupun makan malam. Juadahnya banyak menjadi best-seller!
Lokasi: 24A, LoRONG Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kafe ini bukanlah sekadar kafe biasa, anda juga boleh beli-belah alat tulis dan barangan antik sambil mengekalkan tema lama! Kafe ini juga mengadakan majlis dan bengkel pada hari tertentu.
Lokasi: 18G, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Inspirasi nama Umai ini berasal dari nama makanan itu sendiri, makanan tradisional Melayu yang berasal dari Sarawak yang mengandungi udang mentah dan perapan jus limau. Di sini, anda dapat merasai suasana seperti di Sarawak.
Lokasi: 12, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Makanan kafe ini diinspirasikan dari Selatan Amerika & makanannya dipanggang secara terbuka ala-ala di Montevideo, Uruguay. Makanan yang ditawarkan di kafe ini kebanyakkannya dipanggang sama ada daging ataupun makanan laut.
Lokasi: Plaza Damansara, 43, Ground Floor, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
Pelanggan diberi dua pilihan ayam iaitu Classic Grilled dan Spicy Piri-Piri Grilled. Ayam yang dihidangkan di kafe ini berjus dan kaay dengan rasa yang buat kita terliur!
Lokasi: 11B, Lorong Kurau, Taman Weng Lock, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Diharapkan dengan senarai kafe ini, anda boleh mengembangkan lagi idea dan pilihan untuk menikmati juadah bersama keluarga atau rakan-rakan! Jangan lupa ya!