Mencari buffet Ramadhan di Penang?
Bagi yang menetap atau bercadang untuk bercuti ke Pulau Pinang pada bulan Ramadhan ini, sudahkah anda terfikir anda mahu berbuka puasa di mana?
Kami ada senarai buffet 2023 terkini untuk destinasi buffet yang boleh anda pergi bersama keluarga dan sahabat handal untuk sesi berbuka puasa sekitar Pulau Pinang. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!
Nama Tempat | Lokasi | Harga Dewasa( RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Eastin Hotel | Queensbay, 1, Solok Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang | 128.00 | 64.00 | Eastin Hotel, Penang |
Royale Chulan Penang | No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang | 129.00 | 99.00 | Royale Chulan Penang |
PARKROYAL Penang Resort | No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang | 148.00 | 88.00 | PARKROYAL Penang Resort |
The Light Hotel | Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang | 138.00 | 108.00 | The Light Hotel |
Hotel Sentral Seaview | No.555, Jalan C M Hashim, Tanjong Takong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang | 85.00 | 65.00 | Hotel Sentral Seaview |
Vouk Hotel Suites | Vouk Hotel Suites, Jln Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 George Town, Penang | 98.00 | 50.00 | Vouk Hotel Suites |
Hompton by the Beach Hotel | 533, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang | 108.00 – 128.00 | 48.00-68.00 | Hompton Hotel Penang |
Iconic Hotel | 71, Jln Icon City, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang | 109.00 | 55.00 | Iconic Hotel |
DoubleTree Resort by Hilton | 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang | 128.00 | 64.00 | DoubleTree Resort by Hilton Penang |
Amari SPICE Penang | 2, Persiaran Mahsuri, 11900 Bayan Lepas, Penang | 138.00 | 98.00 | Amari SPICE Penang |
Eastin Hotel di Penang kali ini membawakan buffet Ramadan bertemakan Nostalgia Ramadan. Dapatkan harga promosi serendah RM 98 dari 27 Mac sehingga 31 Mac 2023 ini! Setiap 9 pembelian baucar akan mendapat 1 baucar percuma. Memang berbaloi!
No telefon: 0164175531 (Whatsapp)
Alamat: Queensbay, 1, Solok Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Jom berbuka dengan Warna Rasa di Royale Chulan Penang. Pakej buffet Ramadan bermula 25 Mac sehingga 21 April 2023! Setiap pembelian 6 pax akan mendapat 2 pax percuma jika anda membuat tempahan sebelum 24 Mac ini. Namun jika anda membuat tempahan bermula 25 Mac sehingga 21 April, anda akan mendapat 1 pax percuma!
Alamat: No 1A, Pengkalan Weld, George Town, Penang
Bertemakan Juadah Warisan Indulgence, buffet Ramadan di sini bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023. Jangan lupa dapatkan diskaun menarik iaitu potongan 20% untuk tempahan bermula 23 hingga 29 Mac serta 15 hingga 21 April.
Jika anda membuat tempahan dari 30 Mac sehingga 14 April, anda masih boleh mendapat potongan harga sebanyak 10%. Kambing Panggang, Bubur Lambuk, Rendang Daging dan pelbagai lagi hidangan tradisi menanti anda.
Sambil menikmati juadah berbuka, pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan istimewa lagu tradisional pada setiap Jumaat serta Wayang Kulit pada setiap Sabtu bermula 24 Mac 2023.
Alamat: PARKROYAL Penang Resort Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
The Light Hotel Penang mengadakan buffet berbuka puasa bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023 di Grand Ballroom. Anda juga boleh menikmati harga early bird serendah RM 123+ untuk waktu tertentu.
Terdapat lebih 150 juadah istimewa menanti anda termasuklah kambing panggang dan nasi briyani. Tak cukup dengan itu, pengunjung akan disajikan dengan persembahan istimewa seperti nasyid, lagu melayu dan lagu Arab.
Alamat: Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tema buffet Ramadan kali ini di Hotel Sentral Seaview memang unik iaitu Sajian Pahlawan. Apa yang pasti, pelbagai juadah tradisi menanti anda!
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi iaitu RM 70 untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak dan warga emas. Namun, pembelian ini terhad sebelum 31 Mac sahaja. Bukan itu sahaja, setiap pembelian 10 pax akan mendapat 1 pax percuma!
Alamat: No.555, Jalan C M Hashim, Tanjong Takong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Buffet Ramadhann di Vouk Hotel Suites akan bermula dari 23 Mac sehingga 20 April 2023. Berkonsepkan Meriahnya Ramadhan, mereka turut menawarkan harga promosi bernilai RM 80 sahaja yang sah sehingga 9 Mac 2023. Yang penting, surau disediakan dengan selesa!
Alamat: Vouk Hotel Suites, Jln Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 George Town, Penang
Dengan tema Selera Utara, sudah pasti hidangan utama adalah menu dari utara. Menariknya di sini pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah secara harian dan utama!
Jika berkesempatan, jangan ketinggalan dapatkan harga promosi serendah RM 98 bermula 1 Mac sehingga 23 Mac ini!
Alamat: 533, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Jom Singgah Iftar di Iconic Hotel yan akan diadakan pada 23 Mac sehingga 20 April 2023. Hotel ini turut menawarkan harga promosi serendah RM 99+. Namun anda perlu membuat tempahan sebelum 29 Mac ini.
Alamat: 71, Jln Icon City, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Bertemakan Citarasa Serantau, buffet Ramadhan di sini akan bermula pada 21 Mac sehingga 25 April 2023. Harga buffet adalah RM 128 untuk dewasa manakala RM 64 untuk kanak-kanak. Hubungi +604 892 8000.jika ingin membuat sebarang tempahan.
Alamat: 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Berkonsepkan Juadah Nostalgia, sudah pasti makanan tradisi menjadi menu utama untuk berbuka sepanjang Ramadan ini. Pakej buffet di Amari SPICE Penang akan bermula 27 Mac sehingga 19 April 2023. Yang pasti, pelbagai juadah enak menanti anda!
Alamat: 2, Persiaran Mahsuri, 11900 Bayan Lepas, Penang
Banyak juga destinasi buffet yang boleh anda terjah di sekitar Pulau Pinang ini ya! Menu-menu yang dihidangkan juga bukan calang-calang hebatnya, melihat gambarnya sahaja sudah bikin terliur!
Jika anda sudah terjumpa destinasi buffet yang anda bakal serbu, lekas-lekaslah membuat tempahan sebelum terlambat ya. Mana tahu boleh dapat harga promosi? Selamat berbuka!
Selain artikel buffet Ramadhan Penang, kami juga ada menulis artikel buffet Ramadhan di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.