Sempena bulan puasa, semestinya anda ingin berbuka puasa di destinasi buffet yang menarik. Jika anda berada di Pahang, anda memang beruntung kerana destinasi buffetnya banyak.

Untuk itu, kami ada sediakan 20 destinasi buffet Ramadhan di Pahang. Semestinya yang terkini dan pada tahun ini (2025), jadi teruskan membaca!

Buffet Ramadhan Pahang 2025

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Zenith KuantanJalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang138.0088.00Zenith Kuantan
Hani Steamboat Resthouse TemerlohResthouse Temerloh, Jalan Hamzah, 28000 Temerloh, Pahang69.0049.00Hani Steamboat Resthouse Temerloh
Grand Darulmakmur Hotel KuantanLot 5 & 10, Lorong Gambut, Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang118.00+45.00+Grand Darulmakmur Hotel Kuantan
Hotel CathayanaA 41, 3, Lorong Tun Ismail 5, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang89.00+Hotel Cathayana Kuantan
Swiss-Garden Beach Resort2656~2657, Mukim Balok Beach Beserah 26100, Kuantan, Pahang118.00+68.00+Swiss-Garden Beach Resort
Hotel Seri Malaysia TemerlohJalan Hamzah, Kampung Lubuk Cemperai, 28000 Temerloh, Pahang65.0048.00Hotel Seri Malaysia Temerloh
Sri Manja Boutique HotelB2-34, Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang88.0058.00Sri Manja Boutique Hotel
Hotel Seri Malaysia KuantanJalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang69.0039.00Hotel Seri Malaysia Kuantan
Shahzan Hotel KuantanLot PT 240, Jalan Bukit Ubi, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang85.0045.00Shahzan Hotel Kuantan
Grand Continental KuantanJalan Gambut, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang78.0045.00Grand Continental Kuantan
Avillion Cameron Highlands C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang68.0034.00Avilion Cameron Highlands
Hyatt RegencyTeluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang168.0088.00Hyatt Regency Kuantan Resort
Adena Beach ResortLot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang98.0078.00Adena Beach Resort Kuantan
Swiss-Belhotel KuantanJalan Tanjung Lumpur 1 Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang118.0048.00Swiss-Belhotel Kuantan
Hotel Sentral Kuantan45, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang78.0050.00Hotel Sentral Kuantan
De Rhu Beach Resort152 Mukim Sungai Karang Balok, 26100 Kuantan, Pahang78.0048.00De Rhu Beach Resort
AnCasa Hotels & Resorts2670, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Peramu Jaya Tiga, 26600 Pekan, Pahang98.0058.00AnCasa Hotels & Resort
Zenith Cameron HighlandJalan Majlis, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang98.0050.00Zenith Cameron
Mega View Hotel 567, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang83.0053.00Mega View Hotel

Zenith Hotel Kuantan

Hotel Zenith yang terletak di Kuantan ini menyediakan buffet berbuka yang bertemakan Iftar Tradisi Nusantara. Buffet bermula dari 1 Mac sehingga 29 Mac 2025, bertempat di The Dining Room. Harga untuk dewasa ialah RM138 manakala untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, harga ialah RM88.

No telefon: 012 542 9595 | 012 580 9595

Alamat: Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang

Hani Steamboat Resthouse Temerloh

Jika anda warga Temerloh, pilihan buffet Ramadan buat anda adalah di Hani Steamboat Resthouse Temerloh. Mereka menyediakan lebih 70 jenis hidangan menarik dan kesemua menu adalah berbeza mengikut hari.

Antara menu menarik menanti anda termasuklah steamboat, nasi briyani dan nasi minyak. Menu wajib setiap hari sepanjang Ramadan semestinya kambing golek dan gulai kawah. Pakej buffet ini bermula 7 Mac sehingga 29 Mac 2025.

Alamat: Resthouse Temerloh, Jalan Hamzah, 28000 Temerloh, Pahang

Grand Darulmakmur Hotel Kuantan

Jom berbuka dengan Ritma Rasa Ramadan di Hotel Grand Darulmakmur. Harga untuk dewasa ialah serendah RM118 dan RM60 untuk kanak-kanak dan OKU. 25% pula diskaun diberikan buat warga emas. Daftar ahli dan anda berpeluang mendapatkan harga yang lebih murah.

No tel: 09-511 8888 (Samb. 8593)

Alamat: Lot 5 & 10, Lorong Gambut, Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang

Hotel Cathayana

Hotel Cathayana Kuantan mengadakan buffet berbuka puasa dalam bentuk set pada kali ini, sesuai dengan temanya Ramadan Delight Fusion Set. Setiap set berbeza harga dan menu. Ada masakan tradisional dengan sentuhan moden yang pasti memikat selera.

Kemudahan seperti ruang solat untuk lelaki dan perempuan turut disediakan.

No tel: 09 5172000

Alamat: A 41, 3, Lorong Tun Ismail 5, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

Jom berbuka dengan Santapan Bayu Senja yang dianjurkan oleh The Garden Terrace, Swiss-Garden Beach Resort. Jika datang secara berkumpulan, dapatkan pakej keluarga iaitu setiap pembelian 10 pax akan mendapat 1 pax percuma sah sehingga 1 Mac 2025. Lebih 30 menu menanti antara termasuk bebek penyet, ikan salai, sup merah dan kambing golek.

No tel: 012-3930447

Alamat: 2656~2657, Mukim Balok Beach Beserah 26100, Kuantan, Pahang

Hotel Seri Malaysia Temerloh

Untuk buffet Ramadan Hotel Seri Malaysia Temerloh, harga yang ditawarkan ialah RM65 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak. Harga untuk pakej berbuka warga emas pula adalah RM55 sahaja. Anda akan disajikan dengan menu utama iaitu kambing golek dan murtabak, memang sedap!

Harga untuk tempahan awal juga turut ditawarkan dan ianya serendah RM55 sahaja namun terhad sehingga 28 Februari 2025. Untuk pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi mereka di talian 011-1332 8469.

Alamat: Jalan Hamzah, Kampung Lubuk Cemperai, 28000 Temerloh, Pahang

Sri Manja Boutique Hotel

Pelbagai menu menarik menanti anda setiap hari dengan pilihan menu masakan tradisi melayu, cina dan India. Bertemakan Inovasi Rasa Bangsa Malaysia, menu utama semestinya kambing golek yang akan dihidangkan setiap hari! Paling best, ada Kids Station khas untuk anak-anak! Pakej buffet ini diadakan bermula 4 Mac sehingga 27 Mac 2025.

No tel: 09-5716222 | 011-56595714

Alamat: B2-34, Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Hotel Seri Malaysia Kuantan

Bertemakan Selera Pantai Timur di Hotel Seri Malaysia Kuantan, pelbagai juadah menanti pengunjung yang pasti memuaskan tekak dan selera. Lain dari cawangan Hotel Seri Malaysia yang lain, hotel ini membawakan menu istimewa iaitu daging singgang dan kambing bakar. Dapatkan harga permula serendah RM59.90 sahaja untuk seorang namun terhad sehingga 2 Mac 2025.

Alamat: Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Shahzan Hotel Kuantan

Jika anda membuat tempahan sebelum 1 Mac 2025, anda dapat menikmati harga serendah RM75 sahaja serta setiap 10 pembelian baucar akan mendapat satu baucar percuma. Harga akan kembali pada asal iaitu RM85 (dewasa) dan RM45 (kanak-kanak).

Bertemakan Selera Kampung, pelbagai menu menarik menanti anda seperti kambing bakar, nasi arab dan sotong telur masin. Banyak menu lain menanti anda dan menu setiap hari.

No telefon: 09-513 6688

Alamat: Lot PT 240, Jalan Bukit Ubi, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang

Grand Continental Kuantan

Hotel Grand Continental Kuantan merupakan antara lokasi buffet Ramadan di Pahang yang menawarkan pakej berbuka bawah RM 100. Harga untuk dewasa ialah RM78 dan RM45 untuk kanak-kanak. Klik pautan ini untuk membuat tempahan.

Alamat: Jalan Gambut, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Avillion Cameron Highlands

Jika anda berada sekitar Cameron Highlands, lekaslah tempah buffet Ramadan yang ditawarkan oleh Avillion Cameron Highlands. Menyediakan Citarasa Antarabangsa, harga dewasa ialah RM68 dan RM34 pula untuk kanak-kanak. Buat tempahan segera untuk mendapatkan 15% diskaun satu minggu sebelum 24 Februari 2025.

Jika mahukan hidangan yang lebih berbaloi, ada juga konsep hidangan set untuk kumpulan yang kecil mahupun besar. Lebih jimat dan berbaloi.

Alamat: C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Hyatt Regency Kuantan Resort

Hyatt Regency juga tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadan pada tahun ini. Dengan Tema Tradisi Warisan, buffet Ramadan di Pahang ini berlangsung dari 5 Mac sehingga 29 Mac 2025. Anda boleh dapatkannya di buffet yang berada di Kampung Restaurant. Harga untuk dewasa adalah RM168 manakala kanak-kanak RM88.

No telefon: +60 16-963 4830

Alamat: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Adena Beach Resort

Jom berbuka di Adena Beach Resort serendah RM98 untuk dewasa manakala RM78 untuk kanak-kanak. Nak lebih jimat, buat tempahan awal dan anda boleh dapatkan harga RM78 sahaja. Dengan tema Gurindam Rasa Nostalgia Ramadhan, menu utama adalah daging masak darat dan kambing golek.

Alamat: Lot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang

Swiss-Belhotel Kuantan

Bertemakan Nostalgia Ramadan, pakej buffet Ramadan akan diadakan bermula 4 Mac sehingga 30 Mac 2025. Harga pakej memang berpatutan iaitu RM118 untuk dewasa manakala RM48 untuk kanak-kanak. Nak buat tempahan dengan lebih cepat? Imbas QR kod di atas.

No telefon: 09-404 8888

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur 1 Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Hotel Sentral Kuantan

Hotel Sentral Kuantan pula akan mengadakan pakej buffet Ramadan dari 6 Mac sehingga 29 Mac 2025. Menariknya, pengunjung akan berbuka sambil menikmati permandangan menarik kerana dapat berbuka di rooftop, tingkat 7 iaitu Roof Terrace Restaurant.

Kambing Bakar, Ayam Tandori dan Kari Kambing antara juadah istimewa yang bakal disajikan. Harga untuk tempahan awal hanya RM78 untuk dewasa, RM72 untuk warga emas dan RM50 untuk kanak-kanak.

Alamat: 45, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

De Rhu Beach Resort

Ini juga pilihan tempat berbuka puasa yang berbaloi untuk dikunjungi yang bermula RM78 untuk dewasa serta RM48 untuk kanak-kanak. Pengunjung berpeluang untuk solat Maghrib, Isya’ dan berterawih secara berjemaah.

Kebanyakan menu merupakan masakan minang, sesuai dengan temanya Selero Minang . Antara menu yang mencuri tumpuan semestinya kambing golek, satay, murtabak dan aneka salai!

Alamat: 152 Mukim Sungai Karang Balok, 26100 Kuantan, Pahang

AnCasa Hotels & Resort

Air Tangan Bonda pula merupakan konsep buffet Ramadan Pahang di AnCasa Royale Pekan. Harga memang berbaloi iaitu RM98 untuk dewasa manakala RM58 untuk kanak-kanak serta warga emas. Dapatkan harga promosi serendah RM78 sahaja yang sah sehingga 25 Februari ini!

Alamat:  2670, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Peramu Jaya Tiga, 26600 Pekan, Pahang

Zenith Cameron

Buffet Ramadan Pahang yang terakhir anda boleh dapatkan di Zenith Cameron yang terletak di Tanah Rata. Pakej yang berkonsepkan Sentuhan Ramadan Menggamit Kenangan ini diadakan bermula 7 Mac sehingga 27 Mac 2025 di The Dining Room.

5% diskaun akan diberikan jika anda membuat tempahan awal lebih 5 hari sebelum tarikh anda ingin berbuka di sini! Jom tempah tarikh berbuka anda sekarang!

Alamat: Jalan Majlis, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Mega View Hotel

Jom berbuka di Mega View Hotel yang menawarkan harga buffet bawah RM100 sahaja. Buffet ini berlangsung dar 3 hingga 13 Mac 2025. Dapatkan promosi dengan baucar beli 9 percuma 1! Kambing panggang, sup tomyam ayam dan aneka kerabu antara menu yang menanti anda!

Alamat:  567, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Kesimpulan

Sudah jumpa buffet Ramadhan di Pahang yang ingin ditempah? Sekarang pilihan sudah pun ada di depan mata. Hanya perlu memilih sahaja, jadi lekaslah membuat tempahan.

Yang penting, anda seharusnya membuat tempahan dengan lebih awal jika berminat. Mana tahu berkemungkinan anda akan mendapat harga promosi yang jauh lebih murah dan semestinya berbaloi? Selamat berbuka!

Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.