Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet Ramadhan KL Kuala Lumpur Selangor untuk sesi iftar nanti?

Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda tuju untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai?

Jangan risau, kami ada senarai buffet Ramadhan KL yang terkini. Harga yang dipaparkan adalah harga normal. Jika sempat, dapatkan harga early bird untuk penjimatan berganda! Nak maklumat lebih lanjut? Tekan sahaja link yang disertakan pada setiap tempat.

Melalui artikel ini, kami kongsikan senarai buffet Ramadhan yang boleh anda terjah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Buffet Ramadhan 2024 Kuala Lumpur

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur 3, Jalan Jambu Mawar, Jinjang Selatan, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur80.0050.00Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur
Aloft Kuala Lumpur Sentral5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur138.00 – 178.00Aloft Kuala Lumpur Sentral
Eastin Hotel Kuala LumpurPusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor195.00Eastin Hotel Kuala Lumpur
Sheraton Petaling Jaya HotelLorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor118.00-168.00 (Feast) | 128.00+ (Grand Ballroom)59.00 – 84.00+ (Feast) | 64.00+ (Grand Ballroom)Sheraton Petaling Jaya
Royale Chulan Kuala Lumpur5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur228.00110.00Royale Chulan Kuala Lumpur
Corus Hotel Kuala LumpurPersiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur138.0098.00Corus Hotel Kuala Lumpur
Element Kuala LumpurIB Tower, 8, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur188.0094.00Element Kuala Lumpur
Pullman Kuala Lumpur City Centre4, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur258.00+129.00+Pullman Kuala Lumpur City Centre
Sama-sama HotelJalan Cta 4b, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor178.0078.00Sama-Sama Hotel
Sheraton Imperial Kuala Lumpur HotelJln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur198.00 – 228.0099.00 – 114.00Sheraton Imperial Hotel
The Westin Kuala Lumpur199, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur228.00110.00The Westin Kuala Lumpur
Le Meridien Kuala Lumpur2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur208.00-218.0099.00Le Meridien Kuala Lumpur
Novotel Kuala Lumpur City Centre 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur168.00138.00Novotel Kuala Lumpur
Adamson Hotel 279, Jalan Haji Hussein, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur80.0050.00Adamson Hotel
Hotel Maya Kuala Lumpur138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur147.0079.00Hotel Maya Kuala Lumpur
World Trade Centre 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur128.0073.00River Side Cafe & Restaurant
Tamu Hotel & Suites120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur169.00+85.00+Tamu Suites & Hotel
Dorsett Hartamas Kuala LumpurPlaza Damas, D-G-8 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur168.00138.00Dorsett Hartamas Kuala Lumpur
The St. Regist Kuala LumpurNo 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur252.00+126.00+The St. Regist Kuala Lumpur
Premiera Hotel Kuala Lumpur232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur150.0075.00Premiera Hotel Kuala Lumpur
Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur198.00108.00Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur
Berjaya Times Square HotelKuala Lumpur168.0088.00Berjaya Times Square Hotel
Seri Pacific HotelJalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur160.0080.00Seri Pacific Hotel
ibis@KLCC32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur99.00 – 119.0079.00 – 99.00ibis Kuala Lumpur City Centre
Impiana KLCC HotelImpiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur245.00+122.50+Impiana KLCC Hotel
Sofitel Kuala Lumpur Damansara6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur228.00+Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Grand Millenium Kuala Lumpur160, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur168.00+84.00+Grand Millenium Kuala Lumpur
The RuMa Hotel and Residences 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur218.00109.00The RuMa Hotel and Residences

Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur

Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam menawarkan pakej buffet Ramadan yang mampu milik dengan harga berpatutan pada tahun ini. Bertemakan Tradisi Warisan, pelbagai menu menarik yang ditukar pada setiap minggu menanti anda. Antara menu yang menjadi tumpuan adalah Nasi Tiga Benua, Shabu Shabu Curry Mee, Nasi Ulam, Laksa Penang dan Sup Kambing Berempah.

Harga memang berpatutan iaitu serendah RM 80 untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak serta RM 60 untuk warga emas. Namun jika anda membuat tempahan sehingga 8 Mac 2024, anda dapat menikmati harga istimewa iaitu RM 70 untuk dewasa manakala RM 40 untuk kanak-kanak dan RM 55 untuk warga emas.

Alamat:  3, Jalan Jambu Mawar, Jinjang Selatan, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Jom berbuka di Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan tema Nostalgia Kampung Baru dan kali ini mereka berkalobarasi bersama influencer terkenal iaitu Azfar Heri. Terdapat lebih 100 menu setiap hari yang terdiri daripada menu tradisi dan antarabangsa.

Dapatkan harga promosi serendah RM 138 di Nook dengan kadar RM 138 sahaja bermula 13 Mac sehingga 17 Mac dan 3 April sehingga 8 April ini. Harga kembali normal iaitu RM 178. Pelbagai tawaran menarik menanti anda yang membuat tempahan awal. Sebarang maklumat lanjut, hubungi 012-3383095.

Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Eastin Hotel Kuala Lumpur

Jom ber ‘Icip-Icip Kampungku’ di Eastin Hotel Kuala Lumpur. Antara menu yang masti membuat anda menelan liur adalah kambing panggang, nasi briyani, sup gear box berempah, ayam penyet cabai hijau dan banyak lagi!

Dapatkan harga early bird dengan hanya RM 156 untuk seorang sebelum 14 Mac 2024. Lebih murah dan berbaloi! Bufet Ramadan ini berlansung dari 15 Mac sehingga 8 April 2024 dan pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara lansung. Whatsapp talian 016-262 2070 untuk tempahan.

Alamat: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Sheraton Petaling Jaya Hotel

Di sini anda mempunyai dua pilihan sama ada ingin berbuka di Feast atau Grand Ballroom. Feast dengan tema edisi Ramadannya Citarasa Nostalgia manakala Grand Ballroom mengenakan tema Santapan Iftar.

Dapatkan harga pelancaran Citarasa Nostalgia di Feast serendah RM 148.00 untuk dewasa manakala RM 74.00 untuk kanak-kanak. Santapan Iftar turut menawarkan harga promosi serendah RM 118 untuk dewasa manakala RM 59 untuk kanak-kanak. Jika anda berkenan dengan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor ini, buat tempahan segera!

No telefon: +60 17-228 6098

Lokasi: Jalan Utara C, Petaling Jaya, Selangor

Royale Chulan Kuala Lumpur

Warna Rasa merupakan tema buffet Ramadhan kali ini di Royale Chulan Kuala Lumpur. Pakej ini pasti tidak akan menghampakan anda dalam menyediakan hidangan yang terbaik. Lebih 150 hidangan menanti anda! Lebih unik, mereka turut menyediakan jajan dan biskut zaman dahulu yang mampu mengimbau memori lama.

Dapatkan segera harga promosi serendah RM 188.00 yang sah sehingga 9 Mac 2024! Sebarang maklumat, pertanyaan mahupun tempahan telefon atau Whatsapp 019-325 4718.

Lokasi: No 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Corus Hotel Kuala Lumpur

Dondang Sayang Coffee House bawakan pakej buffet Ramadhan bertemakan Gempita 29 Malam bermula 12 Mac sehingga 7 April 2024. Lebih 200 pilihan menu ditawarkan buat pengunjung dengan sentuhan menu klasik dan kontemporari.

Pakej buffet bermula 12 Mac sehingga 7 April 2024 dari 6.30 petang hingga 10.00 malam. Nikmati diskaun sebanyak 25% jika anda membuat tempahan dari 14 Febuari sehingga 5 Mac. Paling best, ada cabutan bertuah secara mingguan.

No telefon: 03-2161 8888 | +60 12 287 5820

Lokasi: Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia, Kuala Lumpur

Element Kuala Lumpur

Trace Restaurant & Bar akan menyajikan makanan tradisi Melayu, Cina, menu barat dan timur tengah dengan tema Selera Awangan. Anda boleh memperoleh harga promosi serendah RM 148 jika anda membuat tempahan pada 13 Mac 2024. Pakej buffet ini bermula 14 Mac sehingga 7 April 2024. Klik pautan untuk melihat senarai menu dan tempahan.

Lokasi: Ilham Tower, 8 Jalan Binjai, Kuala Lumpur

Pullman Kuala Lumpur City Centre

Sedap Restaurant membawakan pakej bufet Ramadan bertemakan Aroma Nusantara bermula 11 Mac hingga 7 April 2024. Buat tempahan sehingga 10 Mac 2024 untuk mendapatkan harga promosi serendah RM 181 untuk dewasa manakala RM 90.50 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah, tiada bayaran dikenakan.

Paling luar biasa, mereka menyediakan durian dan pengunjung boleh menambah RM 50 untuk makan durian tanpa had! Sultan Lamb Shank dan Ayam Panggang Bazooka antara menu istimewa menanti anda!

Lokasi: Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur

Sama-Sama Hotel

Anda dapat merasakan sajian Asia jika memilih untuk berbuka di sini. Anda juga boleh dapatkan harga promosi sebelum 20 Februari 2024 dengan kadar RM 138 sahaja untuk dewasa. Jika anda ingin mencuba makanan tradisi dari pelbagai negara, anda memang patut berbuka di sini!

No telefon: +016 22620469

Lokasi: Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Jalan Cta 4b, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor

Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Raikan bulan mulia ini dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan untuk berbuka di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Dengan konsep Nostalgia Retro, dapatkan harga promosi serendah RM 158 sahaja sebelum 9 Mac 2024. Pakej buffet bermula 13 Mac hingga 2 April 2024.

No telefon: +60 12-337 9980 | +603 2717 9933

Lokasi: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

The Westin Kuala Lumpur

Kampung Nelayanku merupakan konsep buffet bagi The Westin Kuala Lumpur pada kali ini. Sudah pasti pelbagai hidangan buffet berkonsepkan masakan melayu disediakan dengan enak. Pihak hotel menawarkan pakej promosi serendah RM 150 hingga RM 175 sehingga 13 Mac 2024. Layari The Westin Kuala Lumpur.

Lokasi: 199 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Le Meridien Kuala Lumpur

Imarah Selera Nusantara di Latest Recipe akan diadakan bermula 12 Mac hingga 11 April 2024. Harga yang ditawarkan adalah RM 158 hingga RM 168 untuk dewasa manakala RM 99 untuk kanak-kanak dengan waktu promosi yang terhad iaitu 13 Mac 2024.

Terdapat lebih 300 menu tradisional dan moden yang ditawarkan buat anda. Antara menu istimewa dan luar biasa termasuklah kambing biri-biri, Daging Kepal Tempayan, Mee Kow Tim, Gulai Tetel dan Ayam Royale.

No telefon: +60322637888

Lokasi: 2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur

Novotel Kuala Lumpur City Centre

Novo Kambing Golek, Mamu Penang Char Kuey Teow, Trio Grande Siakap dan pelbagai menu lain yang lazat menanti anda di Novotel Hotel Kuala Lumpur. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Rendang Daging Betawi, Ayam Pongteh Peranakan dan Kari Kepala Ikan Kandar antara menu tradisi yang pasti kena dengan tekak anda!

Bertemakan Citarasa Desa, dapatkan harga early bird serendah RM 148 sebelum 6 Mac 2024. Jika anda ahli Accor Plus, 20% diskau diberikan buat anda! Lebih berbaloi dan jimat!

No telefon: 016 229 9274

Lokasi: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Adamson Hotel

Adamson Hotel antara pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2024 yang menawarkan harga bawah RM 100. Walaupun begitu, lebih 100 sajian disediakan dengan enak. Kambing golek, sup tulang kambing, bubur lambuk, gulai kawah dan lemang antara menu yang disediakan.

Dapatkan harga early bird dengan potongan RM 68 untuk dewasa, RM 58 untuk warga emas dan RM 40 untuk kanak-kanak.

No telefon: 012 230 9505 | 011 2855 6455

Lokasi:  279, Jalan Haji Hussein, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Hotel Maya Kuala Lumpur

Di Hotel Maya, buffet Ramadan bertemakan Seloka D’Maya dan menawarkan lebih 100 pilihan menu dengan enam kaunter menu dan 17 warung. Kambing panggang bersama sos lada hitam dan Asam Pedas Claypot Melaka merupakan dua menu istimewanya.

Bukan itu sahaja, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan band secara langsung yang mendendangkan lagu kontemporari. Buat tempahan sehingga 15 Febuari 2024 untuk mendapatkan harga serendah RM 127 sahaja! Pakej buffet di sini bermula 12 Mac sehingga 7 April 2024.

Lokasi: 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

World Trade Centre

River Side Cafe & Restaurant di World Trade Centre membawakan pakej bufet bertemakan Selera Warisan Kampung bermula 13 Mac hingga 8 April 2024. Mereka menawarkan lebih 300 menu kampung yang menyelerakan. Bukan itu sahaja ada juga Nasi Kandar Saddam dan Nasi Mandy. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi serendah RM 108 sahaja.

No telefon: 03-2614 6701 | 03-2614 6702

Lokasi: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tamu Hotel & Suites

Suasana@27 Restaurant akan menyajikan pelbagai menu menarik sempena Ramadan dengan tema Cerita Citarasa Ramadhan. Harga promosi serendah RM 120 pada Januari dan RM 130 sepanjang Januari sehingga minggu pertama Ramadan ditawarkan buat pengunjung.

No telefon: 03-2603 1999

Lokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dorsett Hartamas Kuala Lumpur

Jadi 1000 yang terawal untuk dapatkan tawaran harga serendah RM 138 untuk dewasa, lebih jimat untuk anda nikmatiknya. Bertemakan Sinaran Dorsett, nantikan kemunculan istimewa dari chef terkenal di Malaysia iaitu Dato’ Chef Ismail berkalobarasi bersama Chef Ahmad dan krew yang lain untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan sedap.

Ayam Golek Istana, Ikan Patin Masak Tempoyak, Lawar Terung, Lomak Cili Padi Daging Salai, Bubur Lambuk Istimewa GM dan kambing panggang antara menu istimewa menanti anda! Buffet Ramadan ini diadakan bermula 13 Mac hingga 7 April 2024.

No telefon: 012 688 3043

Lokasi: Plaza Damas, D-G-8 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

The St. Regist Kuala Lumpur

Jom berbuka dengan Malam Warisan Melayu yang menyajikan makanan tradisi dan tempatan di seluruh negeri. Pakej buffet Ramadhan bermula 13 Mac sehingga 8 April 2024. Hubungi nombor di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut.

No telefon: +603 2727 6696

Lokasi: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Premiera Hotel Kuala Lumpur

Galeri Nostalgia Legenda merupakan konsep buffet Ramadan bagi Premiera Hotel. Anda pasti gemar dengan menu utama iaitu Ramadan! Nikmatilah pelbagai hidangan yang lazat, termasuk Kambing Panggang, Sup ‘GearBox’, Ikan Siakap Stim dan Daging Masak Lemak Cili Padi. Mereka turut menawarkan durian untuk pengunjung, memang spesial!

Jom peroleh harga jimat dengan RM 110 untuk dewasa sebelum 11 Mac 2024! Tak cukup dengan itu, anda boleh bertarawih di sini di surau yang berada di Tingkat 7 dan pengunjung boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma.

Tahukah anda, setiap pembelian buffet, RM 1 daripadanya akan disumbangkan kepada Yayasan Artis Malaysia Veteran. Pengunjung juga berpeluang memenangi Iphone 15 Pro Max dan pelbagai hadiah menarik.

Lokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur

Pakej buffet Ramadan di sini bermula 14 Mac sehingga 7 April 2024. Dengan tema Khazanah Sajian Desa, sudah pasti menu tradisi dihidangkan kepada anda dan lebih 150 pilihan menu buat anda. Hubungi atau Whatsapp talian di bawah untuk memperoleh harga istimewa.

No telefon: +603 2298 1888 | 016 336 6792 | 016 336 0261

Lokasi: No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Berjaya Times Square Hotel

Di Berjaya Times Square Hotel pula, buffet Ramadan di sini bertemakan Selera Nostalgia Do Re Mi. Pakej buffet ini bermula dari 13 Mac sehingga 8 April 2024. Dapatkan harga promosi bermula 24 Januari sehingga 5 Mac 2024 dengan kadar RM 128 untuk dewasa manakala RM 68 untuk kanak-kanak.

Kari Kepala Ikan Getaran Jiwa, Sup Gearbox Jeritan Batinku, Pulut Ayam Cikgu Ros dan Lemang Ahmad Albab antara menu istimewa yang bakal disajikan buat anda! Jika anda berbuka di sini, anda akan disajikan dengan persembahan dari band tempatan secara lansung.

No telefon: +6018 940 8343

Lokasi: 1 Jalan Imbi, Kuala Lumpur

Seri Pacific Hotel

Jom berbuka dengan Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel bermula 14 Mac sehingga 7 April ini! Dengan pembelian pakej buffet sebelum 6 Mac 2024, anda dapat menikmati harga serendah RM 130 sahaja.

No Whatsapp: +6014 289 3404.

Lokasi: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

ibis @ Kuala Lumpur City Centre

Tema buffet ramadan kali ini di ibis KLCC adalah Citarasa Warisan Kampung yang akan diadakan pada 12 Mac sehingga 8 April 2024. Anda boleh dapatkan pakej serendah RM 99 untuk dewasa manakala RM 79 untuk kanak-kanak jika membuat tempahan dari 12 Mac hingga 22 Mac 2024.

Antara menu spesial buat anda yang ingin berbuka di sini semestinya kambing golek, gulai kawah dan sup tulang kambing. Bukan itu sahaja, anda akan disajikan dengan persembahan ghazal moden secara lansung. Memang meriah!

No telefon: 03 2778 3388

Lokasi: 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Impiana KLCC Hotel

Tonka Bean Cafe & Deli merupakan lokasi yang akan diadakan pakej berbuka ini dengan tema Bazaar Ramadan Buffet Jalan Pinang. Lebih 180 menu menanti anda. Bagi penggemar durian, anda boleh menikmatinya dengan puas sewaktu berbuka!

Nak lebih jimat, dapatkan harga promosi serendah RM 188, terhad sehingga 2 Mac 2024 sahaja. Surau disediakan di tingkat satu dan ada imam yang akan mengetuai tarawih anda di sini. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan dari Seni Melodi Band.

Klik pautan ini.

Lokasi: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Bertemakan Destinasi Rasa Serantau, sebanyak 25% diskaun akan diberi jika anda membuat tempahan awal buffet sebelum 12 Mac 2024! Tak cukup dengan itu, 20% diskaun akan diberikan buat mereka yang dine-in dari 12 Mac sehingga 18 Mac ini.

Ketupat Sotong, Ketam Alaska, Nasi Biryani Buluh Berlauk dan Kambing Golek Nusantara antara menu istimewa yang akan disajikan buat anda. Buffet ini akan berlansung dari 12 Mac sehingga 9 April ini! Tunggu apa lagi? Jom buat tempahan sekarang!

No telefon: +603 2720 6688 | +60 17 511 7725

Lokasi: No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Grand Millenium Kuala Lumpur

Jangan lepaskan peluang untuk turut merasai Jom Makan dengan menu utama iaitu sembilan jenis Belangan Bakar dengan masakan Melayu, Cina dan India. Menu seperti asam pedas, kari masala dan kung pao akan dimasak menggunakan periuk tanah. Kambing panggang pun ada dan paling menarik, ia diperap dengan ramuan istimewa.

Buat tempahan pada 9 Mac 2024 dan anda berpeluang mendapatkan harga serendah RM 135 sahaja! Layari My Millennium untuk sebarang maklumat dan tempahan.

Lokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

The RuMa Hotel and Residences

SANTAI Pool Bar & Lounge di The RuMa Hotel & Residences membawakan pakej buffet Ramadan bertemakan Citarasa Warna-Warni untuk tahun ini. Segala hidangan pasti dapat mengimbau nostalgia terhadap masakan melayu.

Pakej buffet bermula 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024. Buat tempahan sebelum 20 Mac 2024 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20%! Layari The RuMa Hotel & Residences untuk membuat tempahan.

Lokasi: 7, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Disini kami kongsikan senarai buffet Ramadhan yang boleh anda terjah sekitar Shah Alam:

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Pusat Konvensyen Centre Shah Alam (SACC)9, 14, Jalan Perbadanan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor118.00+68.00+Pusat Konvensyen Centre Shah Alam
TH Hotel Kelana JayaJalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor85.0055.00TH Hotel Kelana Jaya
Hotel Armada Petaling JayaLot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor158.0079.00Hotel Armada Petaling Jaya
One World HotelCity Centre, First Avenue, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor238.00119.00One World Hotel
Grand Barakah Hotel AmpangJalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor Ampang, 68000 Shah Alam, Selangor98.00 (Dewan Perdana Cenderawasih) | 58.00 (Dewan Teratai)58.00Grand Barakah Hotel Ampang
Concorde Hotel Shah Alam3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor145.0075.00Concorde Hotel Shah Alam
Nexus Regency Suites & Hotel2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor88.0049.00Nexus Regency Suites & Hotel
Acapella Suite Hotel & ResidencesNo. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor120.0070.00Acapella Suite Hotel & Residences
Hotel TeneraPersiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor138.00-158.0068.00Hotel Tenera
Mardhiyyah Hotel & SuitesNo 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor165.00 100.00Mardhiyyah Hotel & Suites
Avante Hotel1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor198.00108.00Avante Hotel
Geno HotelJalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor138.0082.00Geno Hotel

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)

Jom berbuka di sini dengan tema Selera Orang Kita. Menu utama semestinya Kambing Kebuli, berbeza dengan buffet di tempat lain. Harga early bird adalah serendah RM 98 dan anda boleh dapatkannya sebelum 13 Mac 2024. Layari SACC Mall untuk membuat tempahan.

Lokasi: No.4, Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam, Selangor

TH Hotel Kelana Jaya

Bertemakan Juadah Nostalgia, TH Hotel Kelana Jaya menawarkan pelbagai menu enak. Buat tempahan awal untuk mendapatkan harga serendah RM 75 sahaja. Bukan itu sahaja, setiap 10 baucar akan mendapat satu pakej percuma.

Pakej berbuka akan diadakan bermula 13 Mac sehingga 8 April 2023. Kelebihan berbuka di sini adalah anda boleh solat berjemaah sewaktu maghrib dan terawih di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya. Parkir dan wifi juga disediakan buat anda dengan percuma.

No telefon: 03 – 78736297

Lokasi: Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor

Hotel Armada Petaling Jaya

Kemilau Ramadan bermula pada 12 Mac hingga Mac sehingga 9 April 2024. Harga early bird akan ditawarkan sehingga 10 Mac dengan terhad. Melalui tawaran ini, anda hanya perlu membayar RM 128 sahaja. Nak maklumat lanjut, segera hubungi nombor tertera.

No telefon: +603 7954 6888

Lokasi: Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor

One World Hotel

Berbuka dengan Seribu Satu Rasa di One World Hotel untuk menikmati pelbagai juadah tradisi di Cinnamon Coffee House. Jangan lepaskan peluang untuk memperoleh diskaun dengan RM 190.00 untuk dewasa manakala RM 95.00 untuk kanak-kanak sebelum 29 Mac 2024! Pakej berbuka puasa ini akan diadakan bermula 11 Mac sehingga 9 April 2024.

No telefon: +603 7681 1113 | WhatsApp (+6016-210 9521)

Lokasi: First Avenue, Bandar Utama City Centre, Petaling Jaya, Selangor

Grand Barakah Hotel Ampang

Cenderawasih Grand Ballroom dan Dewan Teratai tidak melepaskan peluang untuk mengadakan buffet Ramadan dengan tema Rumbia dan Warisan Bonda. Ia diadakan bermula 11 Mac sehingga 9 April ini.

Dewan Teratai mengadakan harga promosi dengan harga RM 38 sahaja untuk hari pertama Ramadan, untuk semua peringkat umur. Harga memang mampu milik!

No telefon: 019 758 4070

Lokasi: Jalan Selaman 1/2 Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang, Ampang, Selangor

Concorde Hotel Shah Alam

Sesekali ajak keluarga berbuka di hotel pasti seronok. Ajak sahaja yang tersayang berbuka di Hotel Concorde Shah Alam. Jika berkesempatan, dapatkan tawaran serendah RM 125 dari 12 Mac hingga 14 Mac dan 7 hingga 9 April 2024 agar lebih jimat dan berbaloi.

Pakej berbuka puasa ini diadakan bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024. Bertemakan Warisan Ibunda, pelbagai menu tradisi akan dihidangkan buat anda. Surau dan imam untuk solat dan terawih disediakan buat pengunjung.

No telefon: +603 5520 8000

Lokasi: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor

Nexus Regency Suites & Hotel

Buffet Ramadan di Nexus Regency Suites & Hotel pasti dapat memenuhi citarasa berbuka anda. Pelbagai jenis hidangan melazatkan disediakan oleh Seni Kitchen untuk pilihan anda.

Anda perlu cuba kerana pakej buffet sangat berbaloi dan mampu milik. Buffet Ramadan di sini akan berlangsung dari 16 Mac sehingga 6 April 2024. Dapatkan harga early bird serendah RM 80 tertakhluk pada waktu tertentu.

Berita baik buat mereka yang datang secara berkumpulan, setiap 10 tempahan/pax akan mendapat 1 pax percuma. Jangan lepaskan peluang, cepat buat tempahan selagi pakej masih ada!

No telefon: 010-222 9591 / 010 232 7978

Lokasi: 2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor

Acappella Suite Hotel & Residences

Nak berbuka dengan Citarasa Acappella? Jom berbuka bersama Acappella Suite Hotel & Residences yang bermula 15 Mac hingga 7 April 2024. Jika anda membuat tempahan sebelum 14 Mac ini, anda akan mendapat harga serendah RM 100 untuk dewasa dan RM 60 untuk kanak-kanak.

Kambing Panggang Golek, Sup Ayam Mamak dan Sup Tulang, Nasi Bukhara Kambing dan Nasi Hujan Panas antara menu yang disediakan buat pengunjung.

No telefon: +603-5039 8888

Lokasi: No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Hotel Tenera

Jom buat tempahan awal sebelum 29 Februari untuk mendapatkan harga promosi serendah RM 98 sahaja. Dengan tema Lip-Lap Lip-Lap Ramadan, lebih 150 menu akan disajikan buat pelanggan dan banyak gerai menarik menanti!

No telefon: 019-332 9417 | 019-385 4796

Lokasi: Persiaran Kemajuan, Bangi, Selangor

Mardhiyyah Hotel & Suites

Jom merasai menu buffet Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites yang bertemakan Destinasi Rasa. Kali ini, ia diadakan di Royale Songket & Tung Yuen Chinese Restaurant dan majoriti manunya adalah menu tradisi seluruh negeri. Menu istimewa yang menanti anda termasuklah Gulai Lemak Padang Urat Keting, Bubur Lambuk Daging Rusa, Tulang Merah Singapore Roti Paun dan Smoke Hickory Roasted Whole Lamb.

Tawaran RM 135 diberikan untuk 2000 yang terawal sehingga 29 Febuari ini. Ruang solat disediakan bersama Imam untuk solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan Subuh.

No telefon: 019 273 6801

Lokasi: Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

Avante Hotel

Rasai keenakan Santapan Rasa Sayang hanya di Avante Hotel. Antara menu yang menanti anda adalah Sotong Sumbat Bakar, Rendang Tok, Daging Bakar Masak Lemak, Perut Masak Lemak Cili Api dan sebagainya. Harga promosi akan ditawarkan sehingga 12 Mac ini dengan kadar RM 168 untuk dewasa.

No telefon: 03 7681 7666 / 016 302 7838

Lokasi: 1, Persiaran Bandar Utama, PJU6 Bandar Utama City Center, Petaling Jaya, Selangor

Geno Hotel

Lokasi terakhir pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk kawasan Shah Alam adalah Geno Hotel.

Memang anda akan merasai pengalaman yang menarik, bertemakan Nostalgia Buffet Ramadan jika berbuka di sini kerana banyak menu yang menyelerakan. 4 set menu akan bertukar dan antara yang menarik adalah kambing golek, sup kawah, dan ayam masak kari Kapitan. Layari Facebook Geno Hotel untuk melihat kesemua menu tersebut.

Harga early bird serendah RM 110 untuk dewasa manakala RM 70 untuk kanak-kanak dan warga emas dan terhad sehingga 2 Mac.

Lokasi: Geno Hotel Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Shah Alam, Selangor

Disini kami selitkan juga dalam senarai buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor yang boleh anda terjah di sekitar Putrajaya. Untuk orang yang tinggal sekitar Putrajaya, Bangi dan Puchong mungkin berminat dengan lokasi yang akan kami kongsikan ini:

Buffet Ramadhan 2024 Putrajaya

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Pusat Konvensyen Centre Putrajaya (PICC)International Convention Centre, Jalan P5, Presint 5, 62000 Putrajaya108.0054.00Pusat Konvensyen Centre Putrajaya
The Everly Hotel1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya98.00 – 138.00The Everly Hotel
Mariott PutrajayaIOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya198.0099.00Mariott Putrajaya
Zenith PutrajayaJalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya168.0098.00Zenith Putrajaya
Pulse Grande HotelTaman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya138.0070.00Pulse Grande Hotel
Le Meridien PutrajayaLebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya188.0094.00Le Meridien Putrajaya
Dorsett PutrajayaPrecinct 3, 62000 Putrajaya139.0088.00Dorsett Putrajaya
Park In by Radisson PutrajayaJalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor108.0068.00Park In By Radisson Putrajaya
Glow PutrajayaXM9R+VW, Presint 13, 62300 Putrajaya68.0028.00Glow Putrajaya
BaraOmbak Marina PutrajayaBoraombak Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya79.5045.50BaraOmbak Marina Putrajaya

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Cita Rasa Klasik membawakan kepada anda menu-menu klasik yang pasti mengimbau 1001 memori lalu. Menu utama yang disediakan sudah pasti kambing golek dan aneka rendang Chef Azman. Buffet ini diadakan bermula 13 Mac sehingga 8 April 2024.

No telefon: +603 8887 6000

Lokasi: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

The Everly Hotel Putrajaya

Bertemakan Fiesta Ria Ramadan, The Everly Putrajaya bakal menyajikan persembahan ketika berbuka puasa. Harga yang ditawarkan serendah RM 98 sahaja untuk dewasa jika anda berbuka dari 14 Mac sehingga 21 Mac. Harga kembali RM 118 sehingga RM 138 untuk Mid Special dan Finale Deal.

No telefon: 03-8892 2929

Lokasi: No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1, Putrajaya

Marriott Putrajaya

Harga early bird ditawarkan sehingga 11 Mac ini. Anda boleh dapatkan harga serendah RM 148 bagi dewasa dan RM 74 bagi kanak-kanak. Dengan tema Pahlawan @ Pentas Citarasa, anda boleh merasai pelbagai menu tempatan dan Asia.

No telefon: +603 8949 8888 (ext.1888)

Lokasi: IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Zenith Putrajaya

Kali ini Zenith Putrajaya mengadakan buffet Ramadan bertemakan Jom Iftar Selera Zenith bermula 13 Mac hingga 7 April 2024. Dapatkan harga promosi iaitu RM 128 untuk dewasa manakala RM 68 untuk kanak-kanak. Namun harga ini terhad sehingga 12 Mac 2024.

Tak perlu lagi pening mencari buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor, datang saja ke sini dan nikmati setiap makanan bersama yang tersayang.

No telefon: +603 8893 9993

Lokasi: No 1, Jalan P2/A, Presint 2, Putrajaya

Pulse Grande Hotel

Jom Bazar Santai Iftar di Pulse Grande Hotel Putrajaya bermula 12 Mac sehingga 8 April 2024! Makanan yang disajikan semestinya makanan yang dapat mengimbau kenangan masa lalu anda. Ada juga menu dengan citarasa Asia dan antarabangsa. Jika sempat, dapatkan harga tawaran serendah RM 105 sehingga 10 Mac 2024!

No telefon: 03-8887 8888

Lokasi: Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya

Le Meridien Putrajaya

Tahun ini, menu-menu buffet di Le Meridien Putrajaya lebih menarik dan sedap. Bertemakan Destinasi Rasa ‘Santapan Raja Sehari’, buffet Ramadan kali ini diadakan bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024.

Dapatkan harga early bird serendah RM 158 untuk dewasa manakala RM 79 untuk kanak-kanak sebelum 12 Mac ini. Lebih berbaloi dan jimat.

No telefon: +603 8689 6888

Lokasi: Lebuh Irc, Ioi Resort City, Sepang, Putrajaya

Dorsett Putrajaya

Mungkin anda tertarik untuk berbuka dengan #Bismillah Buffet Ramadan di Dorsett Putrajaya. Jika ya, anda boleh membuat tempahan mulai 1 Febuari 2024 untuk dapatkan harga RM 100 untuk seorang, namun terhad untuk 3000 baucer sahaja. Di sini, mereka menyediakan pelbagai menu tempatan dan tradisi yang enak.

Terdapat lebih 160 juadah pilihan anda bermula 13 Mac hingga 8 April 2024. Bukan itu sahaja, pengunjung akan disajikan dengan persembahan secara langsung setiap hari.

No telefon: 016 668 0265

Lokasi: Precinct 3, 62000 Putrajaya

Park Inn by Radisson Putrajaya

Anda pasti tertarik dengan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor yang ini. Bertemakan Warna-Warni Warisan, buffet ini diadakan bermula 12 Mac hingga 8 April 2024. Lebih 100 hidangan menanti anda. Sambil makan, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara lansung. Tak cukup dengan itu, pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah secara mingguan

No telefon: 03 8911 1999

Lokasi: Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor

Glow Putrajaya

Ada lagi buffet Ramadan yang menarik iaitu di Glow Putrajaya. Jom buat tempahan awal dengan hanya RM 48 untuk dewasa. Tawaran harga bawah RM 100 ini memang mampu milik.

Antara menu istimewa yang disediakan adalah nasi arab, ayam panggang, gulai daging umbut pisang dan lain-lain. Nak tengok pelbagai menu lain? Layari Facebook Glow Putrajaya.

No telefon: 013 347 8857

Lokasi: Glamping Wetland Putrajaya, Persiaran persekutuan, Presint 13, Putrajaya

Banyak juga destinasi buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk tahun ini. Harga yang kami sertakan juga berpatutan dan kurang RM200. Pasti anda sudah mula rambang mata!

Bagi yang sudah mula merancang untuk berbuka ke destinasi yang kami sertakan di atas, kami nasihatkan agar anda membuat tempahan awal untuk mendapat harga promosi yang jauh lebih murah. Anda digalakkan membuat tempahan secara dalam talian kerana ada tempat yang memberikan harga yang lebih murah berbanding walk-in.

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin masih tidak menemukan destinasi buffet yang berpatutan harganya. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!

*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberi info yang relavan dan terkini tentang tempat buffet Ramadhan di KL Kuala Lumpur dan Selangor.

Kami juga ada menulis artikel yang lain seperti:

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.