Mencari buffet hotel di Penang?
Bagi yang berada sekitar Penang, sudahkah anda membuat tempahan di destinasi buffet kegemaran anda? Atau anda masih kekeringan idea mencari destinasi buffet untuk anda nikmati bersama keluarga atau sahabat handai?
Di Penang, sememangnya ada banyak hotel yang menawarkan buffet yang sedap-sedap. Berikut kami senaraikan 12 buffet hotel di Penang. Teruskan membaca!
Alamat: 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu buffet: Sabtu (6.30 pm-10.00 pm)
Makan Kitchen menawarkan pakej buffet istimewa bertemakan Streets of Penang Buffet Dinner pada setiap Sabtu. Berdasarkan tema, pasti menu utama merupakan makanan terkenal dan popular yang ada di Penang.
Pasembur, char kuey teow. sotong bakar, laksa kari nyonya dan pelbagai menu menarik menanti anda. Pasti dapat mengimbau nostalgia lama.
Harga pakej bernilai RM 148 untuk dewasa manakala RM 88 untuk kanak-kanak dan warga emas. Jika ingin membuat tempahan atau ada pertanyaan, hubungi +604 892 8000.
Alamat: No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat dan Sabtu (6.30 pm – 10.00 pm)
Di Hotel Royale Chulan, buffet bertemakan Triton’s Kitchen Seafood diadakan untuk makan makam pada setiap Jumaat dan Sabtu. Semestinya menu utama yang dihidangkan adalah menu berasaskan aneka makanan laut yang segar seperti sotong kurita, king crab, sotong dan lain-lain.
Antara menu enak ditawarkan adalah Sze Chuan Garlic Prawn, Salmon with Torch Ginger Salad dan Roasted Lamb Leg. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, banyak jenis pemanis mulut yang pasti membuatkan anda terliur.
Harga buffet ini ialah RM 99 untuk dewasa dan RM 79 untuk kanak-kanak dan warga emas. Kualiti sajian yang disediakan serta saiz hidangannya memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Alamat: PARKROYAL Penang Resort Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat & Sabtu (6.30 pm – 10.30 pm)
Berada sekitar Batu Ferringhi? Pantai di sini memang cantik dan salah satu resort yang popular ialah PARKROYAL Penang Resort. Resort ini juga turut menawarkan istimewa bertemakan International Seafood and Galore Buffet Dinner.
Walaupun begitu, sajian yang ditawarkan bukan sahaja terdiri daripada makanan antarabangsa malah sajian tempatan istimewa dari Penang pun ada! Antara yang menjadi tumpuan adalah Char Koay Teow, Kambing Masala dan Lamb Chop. Creme Brulée, Blueberry Cheese Cake dan Tiramisu Cake antara pencuci mulut istimewa buat pengunjung.
Buffet ini berlangsung di Cinnamon Asian Kitchen. Harga yang ditawarkan sekitar RM 148 untuk dewasa, RM 128 untuk warga emas dan RM 88 untuk kanak-kanak. Sebarang tempahan boleh hubungi +60 4 886 2288 atau [email protected].
Alamat: PMT 2200, Bertam Resort, Persiaran Bertam 8, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Sabtu (6.30 pm -9.30 pm)
Jom makan malam istimewa di Bertam Resort pada setiap Sabtu. Buffet yang bertemakan Seafood & Meat BBQ Dinner ini menawarkan hidangan makanan laut dan daging yang segar.
Harga juga berpatutan iaitu bermula RM 128 untuk dewasa, RM 88 warga emas dan RM 78 untuk kanak-kanak. Antara menu menarik menanti anda termasuklah Lamb Ribs, Slipper Lobster Thermidor dan BBQ Chicken Wings. Jika berminat, hubungi +604 577 8000.
Alamat: Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Isnin – Jumaat (12.00 pm – 2.30 pm)
Berada sekitar Seberang Jaya? Salah satu hotel terkenal yang menawarkan pakej buffet yang berbaloi ialah The Light Hotel Penang. Hotel bertaraf 5 bintang ini menawarkan buffet makan tengah hari pada weekday, jadi anda boleh datang pada hari bekerja bersama rakan sepejabat.
Harga buffet bermula dari RM 88 untuk dewasa manakala RM 62 untuk warga emas dan kanak-kanak. Tema bagi buffet ini adalah Buffet Galore, Sajian Sinaran Buffet Lunch.
Terdapat tiga lagi buffet yang ada di sini iaitu D’light Kayangan Brunch Buffet, Flavours of Nusantara Seafood Buffet Dinner dan Santapan Nostalgia Buffet Dinner yang diadakan pada waktu dan menu berlainan. Sebarang pertanyaan, hubungi 04-382 1111.
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Ahad (6.00 pm – 10.00 pm)
Shangri-La nama hotel yang pasti menjengah di minda jika kami sebut tentang hotel bertaraf 5 bintang. Hotel ini juga turut menawarkan pakej buffet Ahad yang bertemakan Sunset BBQ. Anda dapat merasai pengalaman luar biasa iaitu makan malam BBQ dengan panorama matahari terbenam.
Untuk dewasa, harga buffet di sini ialah RM 148 manakala untuk kanak-kanak RM74. Makanan laut yang dihidangkan panas-panas dan segar. Turut menjadi tumpuan semestinya aneka pizza, cheese wheel pasta dan makanan tempatan.
Sambil menikmati hidangan, pengunjung akan disajikan dengan persembahan istimewa dari band tempatan secara langsung.
Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Sabtu (6.30 pm – 10.00 pm)
Hotel Hard Rock adalah hotel tersohor yang pasti sudah tidak asing lagi di kalangan pembaca. Ianya mempunyai pelbagai cawangan dan salah satunya terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Hotel bertaraf 5 bintang ini turut menawarkan pakej buffet yang berharga RM 150 untuk dewasa dan RM 99 untuk kanak-kanak dan warga emas. Anda dapat menikmati buffet makanan laut yang segar dengan masakan enak. Buffet ini bertempat di Starz Diner.
Alamat: 25-A, Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Waktu Buffet: Setiap Ahad (12.00 pm – 2.30 pm)
Pada hujung minggu, semestinya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga bukan?Apa kata anda singgah menjamah hidangan buffet di hotel 4 bintang ini iaitu Bayview Hotel Georgetown?
Jenis hidangan yang disajikan ialah sajian Asia bertepatan dengan temanya Asian Buffet Delight. Sebut sahaja menu popular dari Korea, Jepun, India mahupun Malaysia, semuanya ada.
Buffet ini diadakan di Kopitiam. Harga buffet ialah RM 68 untuk dewasa, RM 62 untuk warga emas dan RM 50 untuk kanak-kanak, sangat berpatutan.
Alamat: 53, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang
Waktu Buffet: Jumaat & Sabtu (7.00 pm – 9.30 pm)
Evergreen Laurel Hotel Penang ini menawarkan buffet untuk makan malam pada hujung minggu. Hidangan yang disajikan berasaskan selera tempatan dan antarabangsa.
Harga untuk buffet juga memang sangat berpatutan. Untuk dewasa, harganya ialah RM 130 manakala untuk kanak-kanak dan warga emas, harganya ialah RM 85. Antara menu tumpuan adalah Slipper Lobster, Sushi dan Shashimi serta pelbagai makanan laut.
Sebarang maklumat lanjut, hubungi 04-222 9988 ext.2819/2820 atau email kepada [email protected].
Alamat: Magazine Rd, George Town, 11900 George Town, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat & Sabtu (6.30 pm- 9.30 pm)
Hotel JEN yang bertaraf 4 bintang ini turut menawarkan hidangan buffet makanan laut pada Jumaat dan Sabtu. Jika anda penggemar makanan laut, anda perlu cuba di sini!
Harga buffet di sini ialah RM 128 untuk dewasa dan RM 64 untuk kanak-kanak, sangat berpatutan. Chili Crab, Pan Fried Salmon Filled with Pepper Coulis Sauce dan banyak lagi lauk istimewa ditawarkan jika anda menempah buffet yang berbaloi ini.
Alamat: 183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat, Sabtu & Ahad
Hotel The Wembley, Penang ini juga merupakan antara lokasi buffet hotel di Penang yang wajib anda singgah. Hotel ini menawarkan buffet untuk berbeza bermula Jumaat hingga Ahad. Hubungi 604-259 8123 atau Whatsapp 019-348 8123 untuk sebarang maklumat atau tempahan.
Untuk Theme Buffet, harganya ialah RM 88 untuk dewasa, RM 44 untuk kanak-kanak dan RM 68 untuk warga emas yang akan diadakan pada makan tengah hari, Sabtu dan Ahad.
Untuk Surf & Turf Buffet pula, harganya ialah RM 120 untuk dewasa, RM 61 untuk kanak-kanak dan RM 93 untuk warga emas. Buffet ini hanya ada pada Jumaat bermula 6.00 pm hingga 9.30 pm.
Pakej buffet terakhir adalah Seafood Splash Buffet iaitu makan malam pada Sabtu. Pakej ini bernilai RM 148 untuk dewasa, RM 71 untuk kanak-kanak manakala RM 113 untuk warga emas.
Alamat: Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Makan malam paling best semestinye barbeku bersama yang tersayang. Nak barbeku dengan eksklusif? Apa kata anda pilih buffet Saturday Barbecue Hot Grill Dinner yang diadakan pada setiap Sabtu bermula 7.00 pm hingga 10.00 pm.
Harga buffet yang ditawarkan ialah RM 98 untuk dewasa, RM 78 untuk warga emas dan RM 58 untuk kanak-kanak. Sarapan di sini berasaskan hidangan tempatan dan Asia. Semua bahan segar, bersaiz besar, lazat dan semestinya menjanjikan kekenyangan. Hubungi 04 8927169 untuk membuat sebarang tempahan.
Ada buffet hotel di Penang yang berjaya mencuri hati anda? Kami yakin pasti ada, kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan pasti sesuai dengan citarasa anda.
Nasihat kami, anda patut membuat tempahan pada tarikh yang lebih awal. Jika ada rezeki, berkemungkinan anda boleh mendapat harga promosi yang jauh lebih berbaloi. Selamat menjamu selera!
Mencari lokasi buffet di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.