Disini dikongsi 5 sebab kenapa anda perlu mencuba dan segera ke Briyani Asli Johor Selere Tokwan Putrajaya

#1 Portion Besar

Portion yang agak besar dan boleh di makan untuk 2 orang. Untuk lebih romantik lagi, bolehlah berkongsi sesama pasangan. Barulah harmoni rumah tangga.

Briyani Asli Johor Selera Tokwan Putrajaya 2

#2 Briyani Kambing Wajib Cuba

Briyani Paling Popular ialah Briyani Kambing yang sangat lembut masuk mulut je hancur. Dengar sahaja sudah tentu terliur.

Briyani Asli Johor Selera Tokwan Putrajaya

#3 Cepat Datang!

Sila datang awal untuk mendapatkan nasi briyani ini. Semua Nasi dan lauk akan ‘sold out’ menjelang pukul 2 petang.

#4 Boleh Cuba Nasi Ayam Warisan dan Nasi Paprik Campur

Bagaimana pula bagi mereka yang bukan peminat briyani? Pada yang ada anak kecil atau tidak makan Briyani, restoran ini turut menyediakan Nasi Ayam Warisan dan Nasi Paprik Campur.

#5 Air Penuh Kasih sayang

Air paling ‘win’ ialah Air Asam Boi. Ianya tidak menggunakan serbuk instant tetapi direbus dan blend biji asam boi dengan penuh masih sayang begitu.

Briyani Asli Johor Selera Tokwan Putrajaya 3

Rasanya cukup 5 sebab kami kongsikan kenapa anda patut ke restoran ini.Selebihnya anda patut datang dan mencubanya.Ini info lengkap restoran ini.

Restoran Selera Tokwan Putrajaya
No 8 Jalan P8 G/1 (sebelah ayer@8)
Presint 8, Putrajaya.
012-6088148
Facebook : Selera Tokwan Putrajaya

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.