Sebaik melangkah kaki di Bistro Café 137, jangan pula anda terkejut dengan silinder berbentuk ‘tower’ berada di atas meja makan. Tower bukan sebarang tower, kerana ia mengandungi air minuman yang dihidangkan bersama set makanan.

Bistro Café 137 ini terletak di Ampang Jaya, Selangor berani menampilkan kelainan bagi menarik perhatian pelanggan. Silinder ‘tower’ ini menjadi tarikan istimewa buat para pengunjung yang datang bersama rakan taulan dan juga keluarga.

Nasi Goreng

Imej via facebook

Café ini berlatarbelakang pemandangan hijau di sebelah luar memberikan suasana yang nyaman ketika menjamu selera. Pelanggan juga akan dihiburkan dengan persembahan artis undangan pada waktu – waktu tertentu.

Pemilik café ini iaitu Normaliza Zainuddin yang mengusahakannya bersama suami tercinta iaitu Manjit Shah menampilkan pelbagai variasi makanan. Antara makanan yang disajikan di café ini terdiri dari makanan Thai, barat dan juga makanan tradisi seperti laksa nyonya dan juga asam pedas pari.

Silinder Tower

Set hidangan yang disajikan bersama air silinder ‘tower’ ini merupakan makanan barat, Thai dan juga burger. Anda boleh memilih ‘starter tower’ yang terdiri dari nugget ayam, kepak ayam goreng serta French fries. Jika memilih ‘Thai tower’ pula, anda akan dihidangkan dengan set hidangan tipikal yang terdiri dari nasi putih untuk empat orang serta masakan pilihan masing – masing.

Silinder Tower

Imej via facebook

Bagi set hidangan barat pula, ia dihidangkan dengan pasta, hidangan gril dan juga chicken chop. Untuk hidangan set burger, anda akan dihidangkan dengan ‘burger delight tower’ yang menggunakan patty homemade untuk kepuasan pelanggan. Bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkan hidangan di café ini adalah yang segar sahaja menggunakan resepi tersendiri.

Café ini juga menampilkan konsep restoran keluarga yang lebih santai dengan pilihan menu sebanyak 50 jenis termasuk air. Saiz hidangan di sini juga agak besar dan boleh dikongsi ramai.

Ada ABC Special

Anda boleh memesan ABC Special sebagai hidangan pencuci mulut yang ternyata begitu unik. Ia menggunakan tembikai dan boleh dikongsi sehingga empat orang. ABC Special ini turut  menjadi kegemaran beberapa orang pelanggan tetap yang sanggup datang ke café ini hanya untuk menikmati ABC Special di sini.

ABC Special

Imej via facebook

Minat Manjit Shah yang  merupakan seorang mualaf terhadap ilmu berkaitan nombor menyebabkan café ini diberi nombor 137 kerana mewakili maksud tertentu. Kafe ini juga menyediakan  makanan bagi majlis – majlis tertentu seperti majlis tahlil, doa selamat buat rumah kebajikan terpilih setiap bulan.

Café ini dibuka setiap hari mulai jam 2 petang hingga jam 2.00 pagi dan sering mendapat kunjungan ramai terutama di hujung minggu. Pelanggan yang datang pula terdiri dari kumpulan keluarga yang meluangkan masa makan bersama seisi keluarga. Namun, ramai juga yang datang untuk meraikan majlis hari jadi serta reunion di sini.

Alamat : 15-1, Jalan Awf 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.