Di Bukit Lanchong, terdapat satu restoran yang cukup terkenal dengan hidangan Ayam Penyet. Ianya juga sentiasa menjadi buah mulut dek kerana penangan Ayam Penyet di sini.

Ayam Penyet Bukit Lanchong

Imej via Instagram

Jika anda baca ulasan tentang restoran ini di Internet, kebanyakan memang positif-positif belaka. Malah, ada juga yang mengatakan mereka memang ketagih dengan Ayam Penyet di sini!

Wah, nampaknya bukan biasa-biasa restoran Ayam Penyet Bukit Lanchong ini, ya? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya, teruskan membaca!

Ayam Penyet, Enak dan Sambal Pedas Menyengat!

Lihat nama restoran sahaja sudah tahu hidangan apa yang paling popular di restoran ini – semestinya Ayam Penyet? Agak-agak mengapa ianya begitu istimewa?

ayam penyet bukit lanchong

Imej via Instagram

Menurut ramai pelanggan, Ayam Penyet di sini rangup dan saiznya juga besar. Rasanya juga enak, semakin anda kunyah semakin terasa kelazatannya. Memang nikmat!

sambal ayam penyet Bukit Lanchong

Imej via Foursquare

Hidangan ini disajikan bersama ulam-ulaman dan yang paling istimewa, sambal hijaunya. Jika anda penggemar makanan pedas, anda pasti akan menyukainya kerana sambalnya memang tersangat pedas!

Aneka Jenis Lauk Pauk, Bikin Ramai Pelanggan Rambang Mata!

Bukan Ayam Penyet sahaja yang boleh didapati di sini, malah lauk-pauk lain juga wajib anda cuba. Kesemuanya juga enak-enak belaka, memang rugi jika tak rasa!

ikan keli @ ayam penyet bukit lanchong

Imej via Foursquare

ikan kembung

Imej via Instagram

Antara lauk-pauk yang disediakan ialah burung puyuh, ayam kampung, ikan kembong dan ikan talapia. Kesemua lauk dihidangkan bersama ulam-ulaman dan sambal istimewa restoran ini.

Lauk ikan keli merupakan antara lauk yang terlaris. Saiz ikan keli yang besar, isinya yang lembut dan rangup di luar menjadi punca utama ianya begitu digemari.

Servis Restoran Terbaik & Kebersihan Terjaga

Singgahlah di mana-mana restoran pun, kedua-dua aspek ini pasti dititikberatkan oleh setiap pelanggan – servis dan kebersihan restoran. Jika tidak terjaga, memang larilah pelanggan!

pekerja ayam penyet bukit lanchong

Imej via Foursquare

Jangan risau, kebanyakan pelanggan yang singgah di sini memuji servis restoran yang cukup baik. Pekerja-pekerja di sini dikatakan ramah dan makanan juga cepat sampai.

Dari segi kebersihan pula, aspek ini turut dipuji. Patutlah ramai pelanggan mengakui yang mereka kerap ke sini, servis dan kebersihannya memang ‘tip top’!

Banyak Lagi

bakso

Imej via Instagram

Kurang menggemari nasi? Cubalah Bakso di restoran ini. Baksonya dihidangkan bersama bebola daging yang besar dan cukup sedap. Sambalnya yang pedas menggandakan keenakan hidangan ini.

Selain itu, anda juga boleh mencuba  masak lemak pucuk paku di sini. Jika digandingkan bersama Ayam Penyet atau lauk-pauk lain, pasti lebih lazat dan mengenyangkan!

Kesimpulan

Kami yakin pasti ramai sudah tidak sabar-sabar mahu menikmati Ayam Penyet di sini, bukan? Singgah sahaja sebelum terlepas peluang. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat menjamu selera!

Alamat: Kampung Bukit Lanchong (3632 A-2, Jalan Besar), 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 pagi – 9.30 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik sekitar Shah Alam? Klik sahaja di link di bawah ya!
25 Tempat Makan Best Di Shah Alam 2019 (Wajib Dalam List)

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.