Anjung D Tasek Biru mendapat nama kerana lokasinya yang terletak di hadapan Tasik Biru, Kundang, Rawang. Suasana persekitaran tasik ini sangat  mempesonakan terutamanya di sebelah petang.

Udara yang bertiup sepoi – sepoi bahasa sangat mendamaikan hati dan fikiran jika anda berkunjung ke sini. Sebelum menjamu selera di Anjung D Tasek Biru ini, anda boleh beriadah bersama keluarga dan juga rakan taulan.

Steamboat

Imej via facebook

Pelbagai Pilihan Hidangan

Restoran ini menyediakan dua ruang makan yang berlainan buat para pengunjung. Sekiranya pengunjung memilih untuk menjamu selera hidangan bbq dan steamboat, mereka perlu naik ke tingkat atas.

Bagi hidangan ala carte, ianya hanya disediakan di bahagian bawah sahaja. Jadi, pelanggan yang ingin  menjamu selera perlu membuat pilihan terlebih dahulu.

Anda juga boleh memilih set makanan yang terdiri dari pelbagai lauk pauk seperti siakap tiga rasa, kerabu mangga, tomyam, sayur campur, telur dadar, daging goreng, buah – buahan dan juga minuman.

Set makanan ini boleh dimakan oleh 4 hingga 5 orang dengan harga hanya RM 95.00 untuk satu set.

Anjung D Tasik

Imej via facebook

50 Jenis Pilihan Steamboat

Bagi hidangan steamboat pula, ternyata ianya cukup berbaloi kerana terdapat hampir 50 jenis pilihan buffet seperti pelbagai jenis makanan laut, sayur – sayuran, fishball, buah – buahan serta ais krim sebagai pencuci mulut.

Selain makanan laut, terdapat daging lembu, kambing dan ayam diperap bersama rempah ratus istimewa untuk dibakar.

Anda juga boleh mencuba hidangan sate yang turut disediakan buat para pelanggan steamboat.

Meja hidangan steamboat boleh memuatkan sehingga 8 orang pelanggan yang dibekalkan dengan satu set dapur serta plate membakar bbq.

Mee Udang

Imej via facebook

Pemandangan Tasik Yang Menarik

Pada permulaan pembukaan restoran ini, restoran ini kerap dikunjungi oleh pengunjung luar kawasan Kundang. Namun, semakin hari restoran ini turut dikunjungi pelanggan sekitar.

Lokasi restoran yang sangat strategic serta memiliki pemandangan persekitaran yang menarik membuat para pelanggan gemar menjamu selera di sini.

Western

Imej via facebook

Kemudahan Lain Yang Ada Di Sini

Persekitaran yang sangat menarik turut membuatkan restoran ini menjadi pilihan para pelanggan untuk mengadakan sebarang majlis yang bersesuaian.

Restoran ini turut menyediakan dewan terbuka buat para pelanggan dan ternyata ia sering menjadi lokasi pilihan pelanggan untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini.

Selain majlis perkahwinan, terdapat juga majlis sambutan harijadi diadakan di sini.

Ada juga pelanggan yang mengadakan seminar dan sebagainya. Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah seperti tandas dan surau yang bersih buat para pelanggan.

Restoran ini dibuka mulai jam 6.00 petang hingga jam 12.00 malam setiap hari. Walaubagaimanapun, menjelang waktu tengahari, ia turut dibuka dengan menyajikan set makan tengahari seperti set ayam penyet mee udang serta ketam buat para pelanggan yang datang.

Menjelang petang hingga ke malam, barulah hidangan ala carte serta steamboat dibuka kepada para pelanggan.

Alamat : Anjung D Tasek Biru, Kompleks Pavilion, Taman Tasik Biru 17, Tasik Biru Kundang, 48050 Rawang Sungai Buloh.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.