Nasi kandar dan utara berpisah tiada. Selalunya perniagaan nasi kandar dimonopoli oleh mereka dari keturunan mamak. Namun kini ramai orang Melayu sudah mula menceburi perniagaan ini. Salah satunya Abang Mad Nasi Kandaq Melayu.

Jika nasi kandar lain berniaga di dalam kedai, Abang Mad Nasi Kandaq hanya berniaga di tapak pasar malam. Walaupun hanya gerai, ia mempunyai auranya yang tersendiri. Keenakan nasi kandarnnya berjaya membuatkan pelanggan beratur panjang walaupun hanya baru lebih seminggu dibuka.

abang mad nasi kandaq

Abang Mad Nasi Kandaq Melayu 5 Jam Dah Habis

Nasi kandar di gerai Abang Mad Nasi Kandaq Melayu terletak di tapak pasar malam Junjung. Beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam kebiasaannya akan habis dijual dalam tempoh lima jam sahaja.

Sebanyak 10 jenis lauk ditawarkan kepada pelanggan. Antaranya daging masak hitam, gulai sotong mamak, ayam goreng halia, telur rebus, telur goreng, bendi rebus, dan kurma ayam.

abang mad nasi kandaq melayu

abang mad nasi kandaq melayu bendi

abang mad nasi kandaq melayu ayam goreng

Menariknya gerai nasi kandar ini akan mula dipenuhi pelanggan sebelum dibuka lagi. Pelanggan sudah mula beratur untuk membeli nasi kandar di sini.  Setiap hari gerai ini hanya menyediakan hidangan untuk 350 orang sahaja.

Tak sampai jam 10 malam semua hidangan telah habis. Rahsianya ialah harganya yang berpatutan dan diyakini bersih.

Pemilik gerai nasi kandar ini juga ramah melayan pelanggan. Setiap hari pasti ramai yang beratur untuk menikmati nasi kandar ini. Kari sotong, kurma kambing dan ayam goreng halia antara yang menjadi pilihan pelanggan di sini.

Lokasi

Tapak Pasar Malam Junjong

Junjong, Kedah, Malaysia

Buka Sabtu hingga Khamis

Facebook : Nasi Kandar Abang Mad

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.