Hidangan makanan Cina halal semakin mendapat permintaan di kalangan masyarakat Islam. Malah, restoran – restoran yang menyajikan makanan Cina halal ini kian bertambah di Malaysia terutamanya di sekitar ibu kota kerana sambutannya sangat menggalakkan.

Konsep Cina Muslim Klasik

Restoran Amber Chinese  Muslim yang dimiliki oleh Tuan Haji Ismail merupakan seorang Cina Muslim yang telah berhijrah ke Malaysia sudah menetap di sini selama 22 tahun. Beliau seorang yang fasih berbahasa Melayu menjadikan ia lebih mesra dengan pelanggan yang datang ke restoran ini.

Amber

Imej via facebook

Restoran ini menampilkan konsep Cina Muslim Klasik. Kesemua perabut berasaskan kayu serta dekorasi dalaman restoran dibawa khas dari Tanah Besar China bagi mengekalkan suasana seperti di negara China.

Pemilik restoran ini menyajikan pelbagai hidangan yang sememangnya menjadi hidangan utama di negara China. Ingin meneruskan legasi sehingga ke Malaysia, menjadi tujuan utama restoran ini diwujudkan.

Menu Hidangan Legasi China

Menu hidangan yang disajikan di restoran ini adalah sate mini kambing (toothpick), fried slice beef, sotong berempah, terung kacang panjang, sizzling tofu, ikan masak cili berempah, mee tarik berdaging, lamb leg, kebab kambing dan banyak lagi.

Daging Kambing

Imej via facebook

Mee tariknya pula merupakan mee homemade  yang dibuat sendiri oleh chef berbangsa Cina. Hidangan yang disediakan di restoran ini merupakan masakan yang diasaskan oleh bangsa Muslim Hui di China dan turut membawa pengaruh masakan dari Wilayah Utara China.

Hidangan di sini disajikan di dalam bekas atau pinggan yang sememangnya dibawa dari negara China. Hiasan sajian juga begitu unik bagi mengekalkan keaslian rupa hidangan tersebut.

Sajian Bertaraf 5 Bintang, Harga Bertaraf Restoran Biasa

Restoran Amber Chinese Muslim ini sememangnya mendapat perhatian para pelanggan sejak awal pembukaan lagi. Ini adalah kerana hidangan yang terdapat di sini telah terbukti sedap oleh pelanggan yang datang  menjamu selera.

Harga yang berpatutan untuk setiap hidangan  membuatkan ia semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Sudahlah murah, saiz hidangan pula agak besar dan boleh dinikmati dengan bilangan orang yang agak ramai. Puas hati kan ?

Amber

Imej via facebook

Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga jam 10.30 malam. Ruang makan yang disediakan adalah luas dan begitu selesa membuatkan pelanggan dapat bersantai dan menjamu selera dengan tenang serta santai.

Restoran ini sering dijadikan tempat untuk mengadakan sambutan majlis – majlis keraian. Malah, ramai celebrity serta orang kenamaan menjamu selera di sini. Terdapat juga ruang khas untuk VIP mengadakan majlis persendirian serta business leisure. Saiz restoran yang agak besar ini boleh memuatkan sehingga 130 orang pada satu – satu masa.

Restoran ini terletak di Nexus Bangsar South Kuala Lumpur dan sangat mudah untuk akses ke restoran ini. Datanglah bersama keluarga serta rakan taulan menjamu selera di sini kerana pastinya anda berbaloi menjamu selera di sini dengan bayaran yang begitu minima.

Alamat : Unit 1-14, Level 1, Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.