Kebiasaannya kalau ke Temerloh Pahang, sudah tentu ramai yang mencari hidangan patin tempoyak yang sememangnya sangat popular di kawasan ini. Sebut sahaja Temerloh, pasti ramai yang mengaitkannya dengan patin tempoyak.

Apa kata kali ini kita ubah selera dengan mencuba hidangan steamboat pula jika berada di Temerloh. Sebenarnya tak banyak restoran yang menyediakan hidangan steamboat di Temerloh ini pada waktu  malam. Agak sukar untuk mencari restoran steamboat yang murah dan sedap.

Steamboat and Grill

Imej via facebook

Steamboat & Grill di Bandar Temerloh

Terdapat sebuah restoran steamboat terletak berhampiran bandar Temerloh iaitu Rotarium Buffet Steamboat yang berada di Dynaton Bukit Angin, Temerloh. Memandangkan ianya sebuah restoran steamboat, sudah pastilah anda akan dapat melihat banyak lauk pauk, sayur – sayuran, daging perapan, mee, bihun serta bermacam lagi di sini tersusun rapi di ruang yang disediakan.

Restoran ini menyediakan hidangan steamboat dan grill membolehkan pelanggan menikmati hidangan dua dalam satu. Konsep buffet memudahkan pelanggan membuat pilihan lauk – pauk yang digemari.

Steamboat

Imej via facebook

Pelbagai Pilihan Lauk

Sudah pasti anda rambang mata untuk memilih lauk pauk sebagai hidangan. Pergi sahaja ke bahagian seafood, bermacam – macam yang ada. Terdapat udang, ketam, sotong, isi ikan, kupang, lala, kerang, pepahat dan bermacam lagi. Kepingan ayam juga turut disediakan.

Di bahagian bebola pula, bermacam jenis yang ada. Terdapat bebola udang, bebola ikan, bebola ketam, crabstick dan bermacam lagi. Sayur – sayuran segar juga banyak disediakan buat para pelanggan. Kehijauan sayuran membuatkan ramai pelanggan tertarik untuk menikmatinya.

Terdapat kepingan mee kering, bihun, maggi kering turut disediakan untuk dimakan bersama. Di bahagian untuk grilled pula, bermacam jenis perapan ada di sini. Terdapat daging black pepper, daging sweet sour, ayam bbq, ayam black pepper, ayam cili dan bermacam lagi. Kepingan perapan daging kambing juga turut menjadi pilihan pelanggan.

Kambing Perap

Imej via facebook

Suasana Tenang dan Santai

Suasana restoran ini sememangnya selesa dan luas. Tambahan pula layanan para pelayan di sini sangat mesra dan ramah juga. Penampilan pelayan dengan pakaian yang bersih dan kemas membuatkan anda terasa begitu selesa dan tenang.

Restoran ini mengenakan caj sebanyak RM 10 untuk setiap 100 gm makanan yang tidak habis atau dibuang begitu sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan para pelanggan membazir makanan yang diambil tetapi tidak dapat dihabiskan. Disarankan agar pelanggan mengambil sedikit demi sedikit bagi mengelakkan pembaziran.

Anda boleh duduk berjam – jam di restoran ini bagi menikmati hidangan steamboat di sini tanpa perlu khuatir. Ada juga pelanggan yang duduk makan di sini sehingga empat jam lamanya untuk menjamu selera dengan aman.

Steamboat

Imej via facebook

Bagi yang bercadang untuk makan di sini, adalah lebih baik untuk tiba awal agar berpeluang menikmati kesemua lauk pauk yang disediakan. Jika tiba lewat, sudah tentu bahan – bahan untuk steamboat semakin berkurangan. Sos pencicah steamboat juga sangat sedap dimakan bersama.

Selain steamboat, Rotarium Steamboat juga menyediakan pelbagai makanan lain seperti nasi goreng, kuih – muih, cocktail, ABC dan dua jenis minuman yang disediakan secara percuma. Selesai menikmati hidangan steamboat, anda boleh menikmati dessert sebagai hidangan pencuci mulut yang sememangnya lazat.

Terdapat dua harga yang berbeza iaitu untuk weekday, RM 28.90 (Dewasa) & RM 15.00 (Kanak – Kanak). Manakala untuk weekend pula harganya adalah RM 33.00 (Dewasa) & RM 20.00 (Kanak-Kanak)

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 3.00 petang.

Alamat : Dynaton Bukit Angin, Temerloh

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.