Terletak di Bandaraya Bersejarah, Melaka, Restoran Nyonya Makko memberikan suasana klasik kepada pelanggan yang datang. Bermula dari pintu masuk mereka, semuanya dihias dengan hiasan tradisional.
Ini termasuk kerusi rotan dan meja bulat marmar serta foto-foto hitam putih keluarga yang digantung pada dinding.
Bagi mereka yang beragama Islam dan baru pertama kali melihat Restoran Nyonya Makko, pasti akan menyangka ia sebuah restoran makanan Cina kerana ada tulisan Cina pada papan tanda mereka. Sebenarnya, Restoran Nyonya Makko menyediakan masakan Nyonya.
Imej via foursquare.
Untuk tambahan pengetahuan, ‘makko’ bermaksud ‘makcik’ di dalam budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya adalah pendatang dari Cina yang berkahwin dengan kaum Melayu. Perkahwinan campuran ini turut memberi kesan kepada masakan mereka.
Antara menu mereka ialah ikan goreng assam, pucuk paku tumis belacan, sambal sotong petai, lemak nanas udang, rendang daging, masak lemak udang, telur dadar cencaluk, sate ayam, ayam pong teh, tofu, cendol dan pelbagi lagi masakan yang menggabungkan citarasa Melayu dan Cina. Menurut pelanggan, masakan yang disediakan agak pedas.
Oleh itu, bagi peminat makanan pedas, ia amat menyelerakan. Malah, ada yang berpendapat makanan mereka agak manis.
Adakah makanan mereka halal? Ya, sudah tentu!
Menu yang dicadangkan dan mendapat pujian ramaia adalah cendol sotong sambal petai dan kamkumnas
Makanan mereka dijual pada harga sekitar RM8 sehingga RM45. Harga ini berbaloi dengan sebuah restoran yang disebut-sebut antara restoran Nyonya terbaik di Malaysia.
Oleh kerana ruang restoran tidak besar dan hanya boleh makan di dalam restoran, makan pelanggan sering terpaksa beratur menunggu giliran. Lebih-lebih lagi semasa waktu makan tengah hari dan makan malam. Pada masa kemuncak seperti itu, restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan.
Barisan pelanggan yang beratur juga panjang. Jadi, ini agak menimbulkan masalah jika anda datang dalam kumpulan yang besar dan tidak membuat tempahan terlebih dahulu. Ia lebih sukar untuk anda mendapatkan tempat duduk.
Restoran Nyonya Makko terletak berhampiran dengan Hotel Equatorial, Hotel Novotel, dan Hatten Square. Umum juga mengetahui yang hotel-hotel ini juga tidak jauh dari lokasi-lokasi pelancongan seperti A Famosa dan Menara Taming Sari. Maka, boleh dikatakan yang lokasi Restoran Nyonya Makko adalah amat strategik.
Di sini ada banyak parkir untuk mereka yang datang dengan menaiki kenderaan. Walaupun begitu, tiada kemudahan Wifi disediakan di Restoran Nyonya Makko. Anda datang untuk memberi fokus kepada hidangan anda.
Restoran Nyonya Makko beroperasi pada hari Rabu sehingga Jumaat. Mereka ditutup pada hari Selasa. Restoran ini mempunyai 2 masa operasi. Untuk makan tengah hari, pelanggan boleh datang dalam jam 11:30 pagi sehingga 2:45 petang. Manakala bagi makan malam pula, ia mula dibuka pada pukul 6 petang sehingga 9:30 malam. Untuk tempahan, sila hubungi 06-2840737.